Friday, December 30, 2016

Share tips travel dengan anak kecil . Thanks Majalah Pa & Ma for the feature!


Aku rasa travel dengan baby bawah setahun memang best sebab tak banyak songeh.  First time bawak Han jalan jauh masa dia 4 bulan. Time tu pergi Istanbul. 11 jam direct flight. Dalam flight pon dia ok lah sebab dia tak meragam sangat. Baby bawah setahun ni dia tahu tidur-susu-nak main-tidur-yak-susu-main-susu-tidur balik. So senang lagi nak handle. 


Dekat Istanbul ni yang best nya sebab boleh kata orang sana suka sangat budak-budak. Banyak lah benda best yang jadi dekat kitorang masa dekat Istanbul. Aku ada cerita dalam majalah ni. Sebab tu agak nya akak yang interview aku ni bagi tajuk "Percutian bersama Han bawa tuah buat Cik Epal". ๐Ÿ˜†



Baru-baru ni aku pergi Jepun. Han dah nak dekat 2 tahun. Dah toddler ni memang kita tak boleh nak predict lah perangai dia macam mana. Beza lah masa travel dengan Han time dia baby dan toddler. Sekarang dia dah pandai tantrum. Bila dia tetiba menangis tak henti kadang-kadang stress jugak. Lagi-lagi kalau benda tu jadi dalam flight. Sebagai parents kena pandai main peranan, kena pandai tackle anak dan kena sentiasa bagi dia selesa. 


Kalau pergi travel dengan anak kecil ni ubat-ubat anak jangan lupa bawak. Termometer pon bawak. Stroller/carrier bawak yang mana korang selesa. Snek-snek untuk anak pon bawak. Yang penting SABAR bawak lebih. Ehehe.


Banyak tips aku dah share dalam majalah tu. Cuma bagi aku,berlapang dada lah melayan kerenah anak yang penuh warna-warni. Sabar dan ikhlas akan tukarkan mood kita daripada negatif kepada positif. Baru lah kita akan rasa seronok berjalan. Husband and wife dua-dua kena kerjasama lah kalau nak travel dengan anak kecil ni.Kalau sorang je buat kerja nanti stress boleh bergaduh pulak laki bini.  Apa yang penting? Kerjasamaaaa. Wonderpet betul. Hehe. Sebab dah korang sendiri yang nak bawak anak berjalan kan. So memang kena prepare fizikal dan mental lah nak layan anak ni. Kita travel nak seronok. Elak kan stress ok. Semoga setiap percutian yang kita plan berjalan dengan baik. Kalau korang ada plan nak travel dengan anak kecil,harap nya dapat pengalaman yang manis travel dengan anak untuk dikenang bersama-sama.


Bagus jugak ada instagram (@cikepal06) ni. Kadang-kadang lupa bila pergi mana-mana tempat. Bila tengok gambar dekat instagram, boleh ingat balik memori.


Btw, Thanks Majalah Pa & Ma for the feature! ๐Ÿ˜Š

12 comments:

  1. Alhamdulillah..PC suka melihat suami isteri atau ibu bapa yang pergi bercuti tidak kiralah dalam atau luar negara sentiasa bawa anak-anak..suka sangat..sama-sama menikmati percutian..sama ada anak itu masih baby atau sudah kanak-kanak seterusnya dewasa melainkan anak itu sendiri yang membuat keputusan tidak mahu ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena bawak. Tak sedap hati kalau tinggal dekat sesiapa. Baik bawak je. At least anak depan mata ๐Ÿ˜„

      Delete
  2. yelah kan . bawah setahun tak pandai melasak. cuma leceh banyak barang kena angkut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak yang perlu je. Cuma bertambah sikit lah barang dari cuti berdua. Agak-agak memang tak guna tu tak payah bawak. ๐Ÿ˜„

      Delete
  3. Kak Ummi anak 4 orang ni , kalau travel stress juga kadang..sorang nk itu sorang nak ini..hehehe sabaq memang kena bawa extra vaganza .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada anak ni memang kesabaran lah yang kena lebih ๐Ÿ˜„

      Delete
  4. bwk baby ke.. toddler ke.. dua2 pun 1 cabaran utk parents. hope to face the same xperience too.. 1 day.. in shaa allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang diri sendiri dengan husband lah kena prepare mental. Sebab budak-budak ni memang unpredictable ๐Ÿ˜Š

      Delete
  5. Betul tu.. Budak2 apa dia tau. Tak selesa mulalah diorang buah hal. Parents diorang kenalah lebih bersabar melayannya hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak selesa diorang tahu nangis je. Kena lah melayan. Kalau tak parents pon ikut nangis sekali. Haha ๐Ÿ˜„

      Delete