Friday, November 18, 2016

Bawak Han main dekat Little Kingdom




Har-hari ada lah hari Han. So boleh kata selalu jugak ler bawak Han ni main indoor playgorund. Tapi aku dengan husband tak suka pergi mana-mana time weekends sebab confirm ramai orang. Memang pergi mana-mana pon suka pergi time weekdays je. Aman damai sikit. Hehe.

Little Kingdom ni Indoor Playground/ Edutainment Theme Park. Dah beli tiket nanti kena pakai wristband.


Boleh ler ambil kertas ni kalau tak nak terlepas Game Challenge.


Best jugak lah dalam ni. Masuk-masuk je dah rasa macam ada dalam alam fantasi. Budak-budak mesti suka.

Seronok ler Han main tanpa batasan.

Main lah ulang alik turun naik gelongsor namplohlapan kali pon. Tak berebut dengan orang.Hehe. Semua benda ni lembut je so selamat lah kalau budak-budak main. Tak ler benjol kepala kalau kena bucu ke apa.

Pastu naik ride ni.

Kalau ramai orang ni kena ler beratur kan. Kitorang ilek-ilek je masuk lenggang kangkung.

Terus boleh main.

Ride ni ada pistol. Boleh kumpul point main tembak-tembak.

Han dapat stereng pon gembira dah. Beriya dok pusing-pusing stereng tu konon drive kereta.

So mak bapak Han ler yang main tembak-tembak dalam ni.

Haa tembak mende alah yang berlampu ni. Dapat ler kumpul points. Kalau anak kecik lagi, kau lawan berdua je lah dengan laki kau tengok siapa kumpul lagi banyak markah. Tapi tak ada hadiah pon. πŸ˜† 

Dah habis ride, Han nak naik lagi. Pastu budak yang jaga tempat ni bagi je aku satu keluarga nak main banyak mana pon. Diorang yang offer awal-awal. Dah tak ada orang kan. Semua benda ni kitorang yang punya lah. Haha.

Han nak pergi kelas memandu pulak.


Comel gila lesen. 

Ready nak buat lesen.

Kena pandang web cam tu untuk snap gambar lesen.

Pastu masuk bilik ni.Sebelum drive kena tengok video pendek pasal lalu lintas dan jalan raya. Han pulak dok mengintai kereta dekat dalam. Tak sabar nak drive letteww πŸ˜† 







Padahal mak bapak dia je yang beriya drive. Dia dok sebelah je. Itu pon dah dapat lesen L. Senang betul hidup. Haha.

Aku drive sorang.

Han dengan papa Han. Dalam ni ada game. Sambil-sambil drive tu kena cari huruf tersembunyi. Dah jumpa semua huruf tu kena gabungkan jadi one word. Memang kacang goreng sangat game nya. Untuk budak-budak ok lah main. 


Tadi kan ada snap gambar dengan web cam tu kan? Nanti gambar anak kita ada lah tertera dekat situ. Kalau kena tahan road block, pastu kau keluarkan lesen ni. Confirm kena cepuk dengan abang JPJ. Haha.


Tapi lesen ni tak terus dapat on the spot. 2 minggu baru siap. Pastu dia suruh datang ambil sendiri. Aku pergi Little Kingdom ni bulan lepas. Tak ambil pon lagi lesen ni. Tah apa khabar lah lesen Han dekat sana tu. Harap sihat sejahtera je lah hendak nya 😝 



Cantik hall ni. Sesuai lah kalau nak buat birthday party anak.

Pastu main game uji minda ni. Dorang bagi block kayu pelbagai bentuk pastu suruh kita guna semua benda tu untuk jadi satu bentuk dalam paper. Paham tak apa aku explain ni? Tak faham sudah. Aku pon tak reti nak explain. Haha.

Husband aku dok cakap "mencabar gak game ni walaupun level budak-budak je". Sebab husband aku tak dapat buat. Haha. Main game ni pon berkerut. Pastu pass dekat aku. Nasib aku terror. Sap sup sappp sekejap je aku settle kan.Senang je rupanya. Terus aku berlagak depan dia. Haha.

Cehhh game level kanak-kanak mumayiz pon tak lepas ke bang. 😝 


Tengok video ni paham ler kot game uji minda yang aku maksudkan. Ehehe 



Ada indoor playgorund jugak dalam ni. 

Han ni pantang nampak bola. Semua dia kasi baling.

Apa pakai cengkerang pink je tu sis?  Astaghfirullah. Aurat tu sis. Terus transform jadi #ustazahmediasosial. Haha. 😝 

Bagus anak aku menunduk kan pandangan. Tak layan pon awek seksi dekat sebelah. Jeling pon tidak.

Gerremmm je tengok pompuan cengkerang pink dekat sebelah ni. 

Han tetap tak layan. Lantak ko ler nak pakai apa pon kan. Main pasir lagi syok πŸ˜… 

Untunglahhh main gelongsor tak ada orang kacau.

Seronok ler dia main gelongsor ulang-alik lapanplohnam kali.

Pastu main baling pasir.



Tapi ibu-ibu bapak-bapak sekalian jangan risau tu bukan pasir betul. 

Sebab benda tu seed je. Tak berdebu dan kotor macam pasir. So selamat ler. Cuma kena pantau jugak budak-budak kecik ni takut masuk mata ke, masuk telinga ke, masuk hidung ke, masuk mulut ke apa kan. Bukan boleh percaya sangat budak-budak ni πŸ˜‚ 



Ada gym untuk Han. Comel gila gym ni. Boleh ler kids acah-acah workout. Hehe.




Toilet dia comel gilaaaa.

Suka pulak aku toilet comel-comel sebegini. Haha.πŸ˜„ 

Dah puas main, boleh ler balik. Tempat ni best jugak untuk kids. Besar la dari indoor playgorund biasa. Tempat ni 2 tingkat. Kalau budak-budak 3-4 tahun ke atas lagi sesuai lah bawak sebab ada art class, kelas memasak, kelas music and etc. Kalau besar Han ni main slide, main bola, main "pasir" tu dia seronok lah. Kalau anak korang besar 4 tahun tu boleh ler datang time weekends masuk kelas-kelas tu. Weekends meriah ler sikit and ada maskot.

Ni harga tiket.

Single pass (1 ticket) – RM80.00
Partner pass (2 tickets) – RM 130.00
Family pass (4 tickets) – RM 200.00
Children (3 years old and below) – FREE
Senior citizens (60 years old and above) – FREE


Haritu aku masuk bayar RM130. Han masuk free je. Jangan lupa bawak stokin. Budak-budak mahupun mak bapak budak better semua yang nak masuk pakai stokin siap-siap. Senang nak main semua tempat. Little Kingdom ni dalam Parkson Maju Junction Shopping Mall. Dekat KL.


Boleh ler bawak anak korang bersuka ria dalam ni. Entah-entah mak bapak nya yang gembira lebihπŸ˜„ 

12 comments:

  1. Kita yg besar ni pun teruja tengok, jangan kata budak2 je suka...Hanis pun suka kalau masuk dalam ni. Rasa nak kecik semula..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kadang-kadang tu mak bapak nya yang excited lebih πŸ˜‚

      Delete
  2. bestnya ! tak sabar nak ada anak. HAHAAH

    ReplyDelete
  3. Bestnya! Anak2 saya mesti teruja jugak ni. Thanks for review cik epal, memang dah terpengaruh sungguh ni hihi

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa.. Tengok kat sini je pun dah teruja. Belum lagi tengok depan2 hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok depan-depan lagi lah teruja. hehe πŸ˜„

      Delete