Tuesday, November 1, 2016

Terjebak pulak tengok Suri Hati Mr Pilot ni . Emosi tengok si Warda yang banyak berahsia . Hehh

Jarang aku nak ikut cerita melayu dari first episod sampai habis ni. Selalu nya kalau tengok pon mesti sekerat je. Maybe marketing cerita ni dari awal yang membuatkan aku nak tengok first episod sampai lah melekat ke hujung-hujung episod ni.



Sebab nak tengok Neelofa pon ye gak. Ye lah dia kan macam dah lama tak berlakon so nampak macam ekslusif gitu. Pastu nampak macam ada kimia je dengan si Fattah tu. Hero dan heroin pon sedap mata memandang. Yang pegang watak-watak lain pon rupa not bad. Lagu-lagu pon sedap.Boleh lah nak tengok rilek-rilek santai-santai sebelum tidur. Suri Hati Mr Pilot ni drama melayu yang aku ikut setelah sekian lama lah tak follow drama melayu.








Masa awal-awal episod tu ada ah nampak scene-scene yang pelik dan nampak macam tak real sikit. Lagi-lagi yang scene asyik terserempak dekat airport tu. Balik-balik terserempak.  Asyik terserempak je. Pastu terserempak lagi. Dah kenapa asyik nak terserempak je? Dah nampak macam tak real pulek. Hee. Pastu kawan si Warda tu asyik lah sakit perut. Setiap masa sakit perut nak berry. Apa hal tah. Suruh dia makan pil chi ket tek on sana.


Lagi satu scene yang tak boleh blah.Ada ke orang tahan pilot dekat airport mintak tolong tangkap kan gambar? Tak kisah lah kau nak bergambo dalam airport tu tapi dalam banyak-banyak orang lalu-lalang, pilot yang kau suruh tangkapkan gambar kau? Pastu mintak permission nak tangkap gambar pilot dengan "partner" dia pulak. Haha macam kelako. Tak logik pon ye. Tak tahu lah scene ni dalam novel macam mana. Tapi kalau tak ada scene ni pon tak pe kot. Sebab nampak macam pelik pulak. Muehehe.


Tapi episod lepas-lepas tu, rasa macam geram pulak dengan si Warda. Gigih angkut kotak barang-barang kenangan dengan ex bf dari rumah parents bawak ke rumah dia. Dah lah selamba tenuk je simpan kotak kenangan bersama ex boyfriend dalam laci. Suami jumpa memang hangin lah dia kan. Kau dah kenapa terkenang-kenang lagi ex bf.  Bila dah kantoi dengan laki, tahu pulak marah.



Warda si sengal-sengal ubi.


Kenapa lah semua benda kau suka berahsia Warda oiii. Ada satu scene tu pergi masuk rumah lelaki sorang-sorang. Eee kau ni dah kenapa Warda? Bijak lah sikit. Laki model tu dah ah saiko and suka dekat dia. Mengada-ngada betul jumpa sorang-sorang masuk rumah dia pulak. Memang cari nahas namanya.Pastu suka sangat jumpa lelaki lain tak bawak teman. Selama ni ex bf dia si Muslim tu text punya lah tak layan tapi bila Muslim ajak jumpa dia boleh pergi jumpa berdua-dua an? Gila ah.Dah lah jumpa laki lain tanpa izin suami pastu nak expect suami kau faham niat kau? Memang tak lah kan.Pastu semua benda dia buat dia berahsia dan tak nak explain.Kan dah banyak salah faham.



Dah lah salah faham, pastu masing-masing tak nak explain benda betul. Laki nya pulak accident, nak jadi cacat pulak,sah-sah kepala otak tak berapa betul cakap benda bukan-bukan tak fikir banyak kali. Yang si Warda ni pulak pergi lari bawak diri pi oversea sampai 4 tahun. Gila kentang lenyek betul. Merajuk sampai bertahun-tahun. Eeeee bengong betul lah Warda ni. Aku pulak rasa terbengong-bengong tengok dia ni. Haha.


Episod semalam,kaki Ejaz sihat walafiat dah pulak.  Tapi kali ni Ejaz tu pulak yang aku rasa bengong. Warda ni dah balik Malaysia dah. Tapi Ejaz ni selalu pulak keluar dating dengan Khairina tu. Yang Khairina ni pulak feeling-feeling suka dekat Ejaz . Ejaz ni pulak tak cerita yang dia still suami orang and tak cakap dia anggap pompuan tu kawan je. Tu kang si Warda tu nampak kang mula lah salah faham lagi tu. Hehhh.




Dalam cerita ni semua kerjaya hebat tak nak kalah. Pilot lah, engineer lah, doktor lah tapi semua perangai macam kanak-kanak ribena je bercinta. Ni menunjukkan tak kisah lah kau kerja high profile sekali pon, tapi bila bercinta tak mustahil kau akan buat benda bodoh like cemburu buta, layan ex boyfriend, cepat percaya cakap orang, cepat buat andaian sendiri tanpa tanya benda betul. Betul lah kata orang cinta itu buta. Hujung-hujung episod ni, jadi stress lak tengok cerita ni sebab masing-masing tak nak explain. Tu lah penting nya komunikasi dalam perhubungan suami isteri ni. Dah jadi suami isteri ni mana boleh semua benda nak rahsia-rahsia. Kena banyak cakap dan berbincang. Tak puas hati je kena cakap. Tak boleh pendam-pendam. Ni dok lari membawa diri, sampai bila-bila masalah tak selesai. *Stress mak enon* Haha.


Tapi kalau mereka ni semua tak ada perangai suka berahsia dan tak nak explain benda betul, cepat pulak cerita ni habis ye tak? Kena lah sengal-sengal ubi berperangai kanak-kanak ribena dalam percintaan, baru lah DRAMA katanyehhh. Kihkih. Kalau tak, tak jadi lah drama kalau semua nya smooth je. Ye dok?


Tak pasal-pasal aku jadi pengulas cerita ni. Kahkah. Bagi aku yang tak baca novel cerita ni dan tak tahu lansung apa sinopsis cerita ni, aku judge dengan apa yang aku tengok dekat tv tu je lah. Yang aku suka sebab cerita ni cepat dan tak meleret. Satu episod tu macam dia dah cover la semua benda yang kalau dekat drama lain mungkin makan berminggu-minggu episod. Nak follow pon rasa best ah sebab cepat je dia cerita semua benda.


Neelofa pulak cantik dalam cerita ni. Make up pon natural je. Suka pulak tengok semua ootd dia dalam cerita ni. Baju dia pakai semua lawo.Neelofa pon jarang berlakon lately so nak tengok lah cerita dia berlakon.Layan jugak lah cerita ni. Minggu ni nak habis dah. Korang tengok ke Suri Hati Mr Pilot ni? Emosi tak tengok Warda yang banyak berahsia sampai banyak salah faham tercetus ni? Ehehe.




20 comments:

  1. xlayn sbb rumah sewa xde astro..:)

    ReplyDelete
  2. sis suka tengok lara aishah...nk tengok citer ni xde astro huhuuuu

    ReplyDelete
  3. hahah bc hat ni lg syiok dri tgk crita tu... pengulas terbaik puan epal ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok cerita tu geram tengok si Warda tu sebenarnya. Sebab semua benda dia nak rahsia. Emosi kita yang melihatnya. Kihkih

      Delete
  4. Serius..saya yang dah lama tak tengok drama melayu pun boleh terjebak tengok cerita ni. Cliche juga sikit2 jalan cerita dia. Tapi memang best, tak meleret sangat. Dan yes, suka sangat semua ootd neelofa dalam cerita ni!! Tapi yela,orangnya pun dah cantik. Pakai tudung nampak serkuk pun still cantik gak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab cerita adapatasi novel kan. So macam cliche lah jugak. Cuma sebab pelakon ada rupa jugak kot orang nak tengok.

      Delete
  5. maria pun tengok gak ahh tapi sampai episod 8 je. gigih tengok semata-mata nak tengok neelofa. hehek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. cun pulak dia dalam cerita ni. hehe

      Delete
  6. kite tengok.. betul la si warda ni sengal sengal ubi. tak pepasal kite pon rasa sesengal sesame..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengal-sengal ubi sebab semua benda tak nak explain. Geram pulak tengok nya. Haha

      Delete
  7. sebijik pendapat kita...geram sangat kat warda...xleh faham kenapa husband marah...dengan orang lain boleh plak cakap pasal dosa...scene kat airport yg amikkan gambar tuh a bit klise...tapi lagi pelik sebab ada ke nak amikkan gambar warda n ejaz tapi pakai hp orang tuh...ntah sapa2 jer boleh yer bg strangers simpan gambar kita? adoi...reminds me kenapa dah lama tak layan drama...layan korean drama lagi syiok...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. scene dekat airport tu memang kelako lah. Dah lah suruh pilot tangkapkan gambar pastu dia nak tangkap gambar pilot dengan partner pilot pulak.Macam pelik. Hehe. Tapi Warda tu memang hati keras betul. Semua benda buat-buat tak faham.

      Delete
  8. Kan.. Emo je tgk si wadahh ni. Heiiihhh

    ReplyDelete
  9. Tulah..... eiiiiiii geram je ngan Warda nih! Cube terus terang? Tapi betul jgak, kalau tkde konflik boring lah pulak ceritanye ye dok? Yg ootd neelofa tu saya suka sangat... cantik mata memandang.. 😍

    ReplyDelete
  10. Macam best drama ni.... Kalau cerita yg tak meleret, novel aA+bB-Hlovate boleh la dijadikan drama. Hukhuk

    ReplyDelete
  11. hi cik Epal, saya tgk MR.Pilot ni tapi tdklah update sangat..mulanya saya tdk berapa minat dengan Fattah Amin tapi bila tgk watak yang di bawakan,sesuai pula dengan neelofa.. :)

    ReplyDelete
  12. Haha siot je wardah tu bile bac.merajuk sampai 4 tahun 😂😂

    ReplyDelete