Friday, November 11, 2016

Review cerita seram Ouija 2: Origin of Evil (2016)


Walaupun aku banyak terperanjat tengok cerita ni. Tapi Han kemain lena tidur di pangkuan aku. Boleh lah layan cerita ni dengan tenang bila dia tidur. ๐Ÿ˜†


Nak review sikit cerita Ouija 2 ni. Don't worry. Aku review movie jarang bagi spoiler. Ehehe ๐Ÿ˜


Sinopsis Ouija 2: Origin of Evil (2016)


Cerita "Ouija 2" 2016 ni sebenarnya kesinambungan Ouija (2014). Kalau korang tengok cerita Ouija (2014) tu lebih kurang je dengan cerita ni. Tapi beza dia cerita Ouija first tu diorang panggil roh Debbie sebab nak tahu punca kenapa dia mati. Ouija 2 ni pulak cerita pasal family yang tinggal dekat rumah yang sama dengan Debbie.



"Ouija: Origin of Evil (2016)" ni cerita pasal seorang ibu tunggal (Alice) yang besarkan 2 orang anak perempuan, Lina dan Doris. Ayah budak-budak ni dah mati, so nak tak nak mak dia kena do something lah untuk buat duit. Mak dia ni pulak scammer yang kreatif lah. Niat nak ringankan beban tapi dengan cara menipu. Tapi suka pulak aku tengok cara mak dia ni menipu. Memang kreatif. Hehe. Cerita pasal 3 beranak ni selalu lah jadi bualan, sebab katanya terror panggil roh orang yang dah mati untuk jumpa dengan keluarga yang masih hidup untuk lepaskan rindu.

Start suspen bila mak dia ni beli Ouija bawak masuk rumah. Beli untuk buat prop baru sebenarnya.


Papan Ouija ni papan kayu yang ada angka, huruf dan simbol. Menurut kepercayaan masyarakat, Ouija ni selalu digunakan untuk berkomunikasi dengan roh orang yang dah mati. Macam board spirit tu.

Nak main Ouija ni ada 3 syarat. Syarat dia tak boleh main sorang-sorang, tak boleh main dekat kawasan perkuburan dan bila dah habis main mesti kena ucap 'good bye'.


Lepas mak dia beli papan Ouija tu, mak dia rasa papan Ouija tu tak real. So dia buat something untuk scam customer dia lah. Tapi sebenarnya dia dah start main sorang dah & tak ucap 'good bye'. Pastu dia biar je Ouija tu atas meja. So memang mak dia ni dah langgar syarat lah.


 Tiba-tiba anak bongsu dia (Doris) nampak Ouija tu, dia pon try main. Doris ni pulak nak sangat berhubung dengan ayah dia. So, Doris ni try lah berhubung dengan ayah dia yang dah mati. Doris ni pon dah kira langgar syarat jugak sebab main sorang-sorang.



Tapi diorang tak sedar yang diorang ni dah panggil roh jahat yang ada dekat papan Ouija yang diorang main tu. Doris ni pulak dalam diam-diam ada bakat terpendam untuk berhubung dengan dunia lain dan berkawan pulak dengan salah satu "penghuni" dalam rumah diorang. Mak dia si Alice ni pulak sedar yang Doris ni ada bakat untuk gantikan diri dia. So mak dia ni memanfaatkan lah Doris untuk buat duit.


Tapi time ni main Ouija dengan paderi. Paderi ni dah dapat tahu dah kenapa Doris jadi camtu. Saje je nak test.


Tapi lepas Ouija tu ada dalam rumah, memang banyak lah benda aneh yang jadi. Yang pasti anak bongsu dia (Doris) tu selalu lah buat benda pelik macam ada "benda" yang control dia.



So korang rasa apa akan jadi dengan family ni? Diorang mati ke selamat? Siapa dan apa di sebalik Ouija ni?



Haaa kena lah pi tengok.



===========================

Review aku:


- Cerita ni seram dia ok-ok lah bagi aku. Cuma banyak part terkejut. Ada satu scene tu aku terkejut sampai tercampak lah popcorn aku. Tumpah separuh popcorn aku dekat bawah. Hangin je laki aku dekat sebelah. Haha.




- Yang part Doris nganga punya besar tu macam kelakar pon ada. Kalau pakai tudung bawal pin bawah dagu pastu nganga besar macam tu, confirm pin tertanggal terbang tah kemana. Haha. ๐Ÿ˜‚

- Hantu Ouija ni ada lah keluar sekali-sekala.Macam orang minyak pon ada. Hantu orang minyak tu tak seram tapi muka Doris tu lah yang macam haremmm. Kongasam betul. Terkejut banyak tengok Doris tu je sebenarnya ๐Ÿ’

- Start seram bila mak dia dah beli Ouija tu. Bagi aku cerita dia tak slow dan tak bosan. Ok lah jugak layan cerita ni.





Kesimpulan nya, Ouija ni tak seram mana pon cuma tu ahh mengejutkan.Bab nk bagi heart attack tu memang banyak. Haha. Nak tutup pintu pon sound effect macam kena bom. Watdehek betul. Tapi bagi aku best je cerita ni. Tak ada lah rugi sangat tengok. Sebab aku pernah tengok cerita hantu yang lagi tak best, bosan gila dan tak berbaloi lansung. Bagi aku Ouija 2 ni masih dalam kategori boleh dilayan.


Bagi aku storyline dia best jugak. Storyline aku boleh bagi 7/10.

Rate seram: 5/10
Rate terperanjat: 8.9/10 ๐Ÿ˜‚

























































From Doris, with love ๐Ÿ˜


Sesiapa yang tak tengok lagi cerita ni, boleh lah tengok. Muehehe. Bye!


11 comments:

  1. tak tengok lgi crita ni...tunggu kuar online...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi keluar lah tu ๐Ÿ˜„

      Delete
  2. Mmg kna tgk nih sbb ouija first dulu dah best...aish terkejut scroll nak komen nampak muka Doris -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ni memang ada kena mengena dengan Ouija first. Kira cerita ni sebelum cerita Ouija first tu . Rumah yang sama. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  3. HAHAHAHAHA GAMBAR LAST TU TERKEJUTTTTTT

    ReplyDelete
  4. Tak tengok lagi cerita ni..mesti seram kan.

    ReplyDelete
  5. nanti beli cd tengok kat umah jew ;)
    pas tue takut nak pi dapoq hahahahaaa

    ReplyDelete