Wednesday, November 16, 2016

Resepi Coleslaw ala KFC yang senang dan sedap ! (Step by step)

Aku suka gila makan coleslaw KFC. Kalau beli snack plate tu pon memang selalu tukar mash potato ke coleslaw. So ada 2 lah coleslaw dalam snack plate aku. Kadang-kadang pergi KFC semata-mata order coleslaw je. Makan ratah begitu je pon aku dah happy. Aku memang senang dibela. Sumbat je makanan dah gembira. Haha.


Disebabkan terlampau suka dengan coleslaw KFC, aku buat sendiri je lah dekat rumah. Makan lah banyak mana pon kalau nak. Hee.




Rasa dah sebijik macam coleslaw KFC! Aku telah bepuas hati lantas mahu share dengan korang betapa senang nya nak buat coleslaw ala KFC ni! Sharing is caring katanyehhh.





BAHAN-BAHAN COLESLAW ALA KFC :

1/4 bahagian sayur kobis
1 batang lobak merah
1 sudu besar jus lemon
5 sudu besar mayonis
1/4 cawan susu segar
1 sudu besar gula putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam


CARA-CARA NAK BUAT COLESLAW ALA KFC :

Ambil kobis. Potong 4. (Ikut besar mana kobis korang. Kobis aku beli ni besar. Kalau kecik sangat,guna sebiji terus atau half)
Pastu ambil 1/4 kobis tu.
Potong dan buang bahagian keras yang aku tunjuk tu.

Hiris kobis start dengan bahagian bucu dia ni. Hiris lah senipis yang boleh. Pisau kasi tajam eh.

Hiris lah sampai habis kobis tu. Pastu melintang kan kobis tu. Potong kecik-kecik.

Sampai jadi begini.

Carrot tu aku potong dadu kecik-kecik macam ni untuk lebih feeling persis coleslaw KFC. Tapi suka hati korang lah nak potong carrot tu macam mana. Nak potong bentuk dadu ke, bentuk kereta ke, bentuk kipas siling ke. Ok je. Tak ada siapa yang marah. Hehe.

1/4 cawan susu. Aku guna measurement cup. Aku guna fresh milk atau dalam bahasa ibunda nya susu segar.

Tuang susu segar ke dalam mangkuk yang ada carrot segar dan kobis segar tadi.

Campak 5 sudu besar mayonis. Pastu kacau.

Tuang 1 sudu besar jus lemon

Campak 1 sudu besar gula putih

Campak garam sikit.

Serbuk lada hitam sikit.

Pastu kacau lah macam kacau dodol. Haha.

Ok dah kacau bagi sebati semua. Rasa sikit. Kalau ada rasa yang tak puas hati, pepandai lah adjust garam gula semua tu. Aku puas hati je dengan rasa coleslaw ni. Hehe.

Masuk kan dalam tuppaware.

Masuk lah dalam apa-apa bekas yang ada penutup.

Pastu bagi coleslaw tu lepak dalam peti sejuk. Sejuk kan lah lama sikit. At least 3 jam. Makan coleslaw sejuk-sejuk baru lah nyaman beb masuk tekak. Aku buat coleslaw ni malam, esok nya baru makan. So dalam semalaman jugak lah biar dia lepak dalam peti ais. Bila makan esok nya lagi sedap sebab sayur tu nanti berair dan sebati dan rasa dia lebih 'smooth'. Sebab dah perap semalaman kan.


Tapi kalau korang jenis tak menyabo nak makan time-time tu jugak, suka hati korang lah.Nak makan, makannn. Tak ada siapa nak marah pon. Hee.


Rupa bila dah keluarkan dari peti sejuk. Nampak tak coleslaw basah-basah tu? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Jadi dah lah tu. Nak ratah begitu saja pon sedap. Tekstur dia crunchy krup krap krup krap bila kunyah. 

 
Ni makan dengan ayam panggang Kenny Rogers lagi ah sedap. Hehe. Nahh resepi ayam panggang Kenny Rogers  (klik link) kalau nak buat jugak.


Amaciam? Senang gila kan nak buat coleslaw ala KFC ni? Kalau buat potluck ke, buat BBQ ke hape, boleh lah offer diri buat coleslaw dan try resepi coleslaw ni.

Selamat mencuba ! πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Siapa lah yang cipta perkataan coleslaw ni eh? Macam kreatif gak ah kobis carrot bermayonis tu boleh jadi COLESLAW! Canggih sangat. Pastu semua orang sebut coleslaw lak tu. Wow! So Amazing! Mesti yang cipta nama coleslaw ni kepala hotak dia berjambul sebab terlampau kreatif! Hahaha. Dah, merepek. 
K bye.πŸ‘‹


38 comments:

  1. mesti sedap ni.. nk trylah.. guna resepi ni... thanks sudi share

    ReplyDelete
  2. waaa..pandainya buat coleslow ala2 KFC g2..sgt bgs in details..yumm..yum.. :)

    ReplyDelete
  3. cik epal try buat tutor yg kentang putar pulak :)

    ReplyDelete
  4. suka jugak coleslaw sebab dia sayur yg berbunyi krup krap krup krap haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. krup krap krup krap yang sedap tu hehe

      Delete
  5. cik epal..mash potato meletop pom2 resipi plissssss.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tu nanti next entry pulak πŸ˜„

      Delete
  6. Bolehlah mencoba dari beli kt kepci tu.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan lah hari-hari kalau nak. Tak ada siapa nak marah πŸ˜„

      Delete
  7. Sedapnya coleslaw...nak trylah resepi ni

    ReplyDelete
  8. fullamak... sedap ni.. kalo ada sagat senang jugak sagat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak nak sagat. Senang sikit. Rasa sama je nanti pon hehe πŸ˜„

      Delete
  9. tq cik epal.
    memag suka coleslaw, selalau buat tak letak susu pakai mayo jew. tq again
    jemput singgah cikmijah.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak susu sebab saja nak bagi dia basah-basah πŸ˜„

      Delete
  10. sedapnye.. kena try ni dah ade resepi ni.. hehhe

    ReplyDelete
  11. Sedap. Akakpun suka makan coleslaw ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kategori sayuran paling sedap nak makan πŸ˜„

      Delete
  12. Can't wait to try this! Biasa saya guna susu pekat je ganti susu segar. Rasa dia still sama :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah try lagi guna susu pekat. Kalau guna susu pekat tu still letak gula ke eh? πŸ˜„

      Delete
  13. Thanks cik epal sharing resepi ni.Saya pun hantu coleslaw. Kalau ratah coleslaw pun menjadi. Ada try buat juga sendiri, tapi setakat ini x boleh lawan lagi yg KFC punya. Nak cuba yang resepi ni pulak, mana tahu menjadi kan :)

    ReplyDelete
  14. Thanks cik epal sharing resepi ni.Saya pun hantu coleslaw. Kalau ratah coleslaw pun menjadi. Ada try buat juga sendiri, tapi setakat ini x boleh lawan lagi yg KFC punya. Nak cuba yang resepi ni pulak, mana tahu menjadi kan :)

    ReplyDelete