Monday, November 14, 2016

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers dan Sos Mushroom Blackpepper (Step by step)

Dekat rumah aku ni dah lama tak beli beras. Akan ada beras kalau family mak mertua/family aku datang rumah. Sebab time tu baru masak lauk-pauk nak makan dengan nasi. Ni husband aku ni ah tak nak makan nasi. Dia bising badan dah naik pastu salahkan aku masak lauk macam-macam pastu dia TERmakan. Aik? Salah kan aku pulak badan dia naik. Kongasam betul. Sekarang ni hari-hari dia nak makan ayam. Hari-hari kalau aku masak ayam pon dia tak kisah. Lagi dia suka. So mereput lah aku di rumah hari-hari makan protein. Haha. Tapi tak pe, aku ok je. Sebab nanti kalau keluar jalan-jalan boleh menternak lemak macam-macam. Hee 😝



Harini nak share resepi Ayam Panggang Kenny Rogers yang lazat macam makan dekat kedai  πŸ˜‹

Nak makan macam tu je pon boleh tapi ni saja gedik nak makan dengan sos mushroom blackpepper. Ok meh cekidaut resepi.





AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS


1 ekor ayam - bersihkan dan tak payah potong kecik-kecik

Bahan - bahan untuk perap ayam:

3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos lada hitam 
1 sudu besar lada hitam kasar 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr (aku guna yang 'no added MSG')
2 sudu besar gula 
2 sudu besar mixed herbs
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk blend bahan perap.
Sedikit butter. 

Campak je semua bahan dekat atas ni (kecuali butter) dalam blender dan blend dengan sedikit air. 

Kiub ayam Knorr tu aku guna yang 'No Added MSG'. Nampak tak gambar seketul ayam warna putih  janggut merah seciput dan sedikit pesanan di bawah ayam tersebut? Kalau pergi mana-mana supermarket,dekat bahagian kiub ayam tu korang boleh cek. Ada yang ada MSG, ada yang tak ada. Of course lah aku akan ambil yang 'No Added MSG' ni.


Cara-cara nak buat Ayam Panggang ala Kenny Rogers aku explain dekat bawah beserta dengan gambar:

2 sudu besar mixed herbs

1 sudu besar lada hitam kasar 

Sedia untuk di blend kan.

Bahan-bahan untuk perap ayam yang aku tulis dekat atas tu masuk je semua (kecuali butter) dalam blender dan blend dengan sedikit air. 

Lumurkan bahan-bahan tadi dekat keseluruhan badan ayam yang dibersihkan di luar dan di dalam. Dalam ayam tu pon masuk kan bahan perap jugak tau!



Lumur lah atas bawah kiri kanan keseluruhan body ayam ni seperti mandikan bayi anda. *Dah jadi mak-mak ni,ingat bayi jerr.Saja nak menyerlahkan sifat keibuan 😝. Lah sangattt. Kihkih*

Bahan perap yang blend tadi, aku tinggal kan half untuk nak sapu lagi lepas bakar ayam tiga puluh minit pertama nanti.
Perap ayam selama 1 jam 30 minit.Nak perap lama lagi pon boleh. Letak ayam yang diperap dalam peti ais. Bahagian bawah tau. Jangan pi letak atas pulak.

Sementara nak tunggu ayam lepak dalam peti ais dan di perap dengan jayanya. Kita buat-buat busy buat sos mushroom blackpepper pulak.



SOS MUSHROOM BLACKPEPPER

*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/2 cawan fresh milk
*2 kiub ayam knorr (aku guna yang no added MSG)
*1 sudu sos tiram
*1 sudu besar serbuk lada hitam
(Yang tanda * ni semua blend)

2 sudu butter (untuk tumis)
2 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air panas)
2 cawan air
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos lada hitam
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Garam dan gula ni pandai-pandai adjust ikut situasi sos. Ini mungkin kerana sos kita berbeda.Hee 😁

1 tin cendawan butang (dihiris halus)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih



1/2 cawan fresh milk

Lalu blend lah semua bahan yang aku tulis kena blend tadi.

Pastu ambil 2 sudu besar tepung gandum.

Bancuh dengan sedikit air panas.

Bancuh ala-ala begini.Ni nak letak dalam sos nanti.

Ok dah boleh start buat sos. 2 sudu butter untuk tumis. Api jangan kuat sangat. Hangus pulak butter kang. Api ala-ala je.

Bila butter dah cair, masuk kan bahan yang di blend tadi.

Pastu masuk kan bancuhan tepung gandum kita tadi.

2 cawan air. Pastu masuk kan lah semua bahan yang aku explain dekat atas tadi. Kicap, sos lada hitam and etc.


Last sekali masuk kan cendawan butang yang dihiris tu.

Kacau je lah sampai pekat. Time ni nak bukak api besar sikit pon boleh. Tapi kena selalu kacau.

Sampai lah jadi pekat macam ni. Tutup api. Done.

Ok sos mushroom blackpepper siap! Now nak uruskan ayam balik.


Dah perap ayam 1 jam 30 minit. Tibalah masa untuk ayam kita bersauna dan berehat pula di dalam oven ye. Letak butter dulu sebelum nak bakar/panggang ayam ni. Aku cotet je butter atas ayam tu begitu. (Cotet apa kah? Janji korang paham sudah lah ye. Haha)

Panaskan oven dulu selama 20 minit. Suhu 180C, api atas bawah ye. Bila oven dah panas. Bakar selama 1 jam 30 minit. Tapi bakar 30 minit dulu.


Ayam yang di bakar selepas 30 minit.

Mula-mula aku bakar ayam 30 minit dulu. Kan tadi ada tinggalkan sikit bahan perapan tu kan? Haa time ni lah nak guna balik.

First 30 minit keluarkan ayam. Pastu letak bahan perap yang aku tinggalkan half tadi. 

Pastu sapu ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis dekat bawah tu. Buat macam ni sebab tak nak bagi ayam terlampau kering. Pastu bakar balik ayam dalam oven selama 1 jam.

Ni lah hasil nya. Selepas dah masuk oven 2 kali selama 1 jam 30 minit.



Ni letak sikit minyak dan campuran rempah yang menitis dekat bawah ayam tu. Nampak effect glowing sikit ayam tu 😝

Nak ratah makan begini saja pon sedap dah. 



Tapi kalau nak gedik-gedik, boleh lah makan bersama sos mushroom blackpepper tadi. Haha. πŸ˜†


Nyum-nyum.  πŸ— πŸ—πŸ—

Coleslaw tu pon homemade. Resepi coleslaw ala KFC tu boleh tengok dekat ENTRI INI.


Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak cuba resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers dan Sos Mushroom Blackpepper ni. 

ok bye! πŸ‘‹




29 comments:

  1. huuuu sedapnya. boleh suruh my umi try masak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suruh umi buat lebih sikit. Buat lapan ekor ayam :p

      Delete
  2. sedapnya, terliur ni. :)

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  3. sedap....tak sangka senang jugak cara dia gat kan rumit sgt..hheheh thank for sharing resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang lah jugak. You are welcome! :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Fuhh terror betull..dan sedap sgt nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je nak buat ni. Tak ada lah terror sangat :D

      Delete
  6. teruja tgk resepi ayam ni.. bila free nk buat nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba bagi tahu jadi ke tidek hehe

      Delete
  7. OWSEMMM...u memang sangat pandai memasak..i like ;)

    ReplyDelete
  8. nak kena try nih.... nampak sodap sangat!!!!

    ReplyDelete