Tuesday, November 8, 2016

Menternak lemak di Amber Chinese Muslim Restaurant


Tetiba rasa nak belanja parents makan. Ayah aku tu dah kenal sangat lah. Tak minat sangat makan western. Nak makan kena ada lauk-lauk dan nasi. Pastu si Jofliam memberi idea makan dekat Amber Chinese Muslim Restaurant. Halal ye. So apa lagi. Serbuuu lah.


Datang-datang tengok menu. Semua nampak lazat ni. Kena tulis dekat kertas code makanan dan minuman pastu bagi kertas dekat waiter. Aku pon apa lagi. Main tulis je pelbagai code sesedap rasa. Dah siap, bagi waiter kertas tu pastu waiter tu cakap. "Is it too much?"

Banyak sangat ke? Pastu cancel lah sikit yang mana patut ni. Ni lah menu-menu yang berjaya di ternak lemak. Ehehe.



Nampak sedap tak?

Teruk nau ni bangg selfie dengan makanan. Kah Kah Kah.


Ok ni aku review jujur ye. Yang mana sedap aku cakap sedap. Yang tak sedap aku cakap "so-so" je lah. Tapi ni bagi tekak dan deria rasa aku lah ye. Heee.

Lamb tu rasa kambing.
Duck tu rasa itik.

Oii apa kah review makanan begini?


Shang Hai Marinated Duck - RM23.32

Ni aku suka. Rasa lah kemanisan itik tu. Boleh lah feeling-feeling di Shang Hai bila makan itik ni. Daging itik pon lembut dan moist je. I loikeee~ πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Roasted Lamb Chops - RM50.88

Ni ada 2 size. Tapi ambil yang size kecil. Size kecil pon boleh makan 4 orang. Kalau ambil size besar, satu geng bas rombongan Cik Kiah kot boleh makan. Ehehe. Salah satu roasted lamb yang sedap yang aku pernah try. Lamb ni crunchy tapi dalam masa yang sama isi nya lembut je. Tak liat lah. Lamb tu ada rasa masin sikit, pedas sikit dan ada bau wangi rempah cina. Bila tarik je daging kambing tu,memang senang je dia terpisah dengan tulang tu. Perghh. Memang di masak dengan sempurna lah.Yang ni korang boleh try.
 πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Penuh mulut dengan makanan. πŸ˜†

Spicy & Sour Shredded Potato - RM10.60
Roasted Squid- RM2.33 secucuk. So ambil 3 cucuk ni dalam RM7.

Shredded potato tu ibu aku yang order. Aku pon pelik asal dia order kentang tu. Pastu ibu aku cakap. Nak rasa sebab kentang dia potong panjang-panjang. Laaa kentang potong dadu ke potong panjang ke lain ke rasa dia? Haha. Last-last ibu aku lak yang menyesal order sebab rasa plain sangat. Kentang ni korang tak payah order pon takpe. Seksa nak menghabis kan nya.

Roasted squid ni macam sotong versi kebab. Walaupun rempah dekat sotong tu macam kuat sikit tapi aku suka gak sotong ni. RM2.33/stick. Boleh di cuba.

Braised Fish in Brown Sauce RM41.23

Aku order ni sebab dalam gambar nampak begitu menggiurkan. Dah sampai ikan ni depan mata nampak macam sedap gak kan? Ikan dia besar tapi rasa kuah dia aku rasa biasa-biasa je lah. Tak sedap sangat bagi tekak aku. Not recommended.



Sizzling Tofu - RM16.96

Ok yang ni memang syurgaaaa! Paling banyak-banyak menu yang aku order, ni paling sedap bagi aku. Maybe sebab aku suka benda yang masam manis. Sos tofu ni manis macam sos thai. Tapi sedap gilaaaa! Kalau korang datang sini. Yang ni memang wajib order! πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Peach Tea- RM5.30
Pineapple Juice - RM.5.30
Orange Juice - RM5.30
Mineral water - RM1.59

Air semua sedap!

Han pon nak makan jugak.



Sotong berempah tadi. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Fried Sliced Beef- RM41.23

Tengah-tengah dok sedap makan. Menu ni pulak sampai.Tengok dalam buku menu nampak kuah dia macam pekat. Tapi bila sampai kuah cair dan rasa pon cannot go. Ni pon aku tak recommend untuk korang order. Rasa biasa je.

Bff atok. Sambil tunggu satu lagi menu kitorang order, bergurau senda lah Han dan atok nya.


Toothpick Lamb - RM33.92

OK ni sedap gak. Rasa rempah-rempah dia tu memang diadun dengan sempurna lah. Nak menyucuk satu-satu tu sebab lambat sikit kot sampai menu ni.Ehehe. Kitorang habis dah makan semua lauk, baru toothpick lamb ni sampai. So ni bungkus bawak balik suruh parents aku makan depan tv. Ehehe. Tapi yang ni boleh order. Sedap! πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Total kitorang makan ni semua RM246.86 (include GST). Makan 4 orang. Sesuai makan ramai-ramai kalau datang sini. Memang aku akan datang sini lagi untuk order Roasted Lamb Chops and Sizzling Tofu!! Tofu tu sedap gila lah. Aku suka. Tertelan-telan ailio mengenangkan kesedapan nya. Heee. Kalau datang lagi, yang 2 tu wajib order, yang lain-lain tu nak try menu lain pulak. Sebab menu dia boleh tahan ramai gak. Haha.


Ni alamat restaurant:
Unit 1-14, Level 1, Nexus Club House,
No 7, Jalan Kerinchi, 59200, Kuala Lumpur.


Dalam bangunan Nexus, Bangsar South. Level 1. Konon lepas makan nak tengok wayang. Tapi hampa. Nexus ni tak ada apa sangat pon. Banyak tempat makan je. Memang semua kedai pon kedai makan dekat sini. So kalau korang datang sini, memang sediakan perut kosong untuk makan je lah. Hee.

Ok tu je nak cerita. Bye! πŸ˜„

18 comments:

  1. Menariknya kambing dan itik tu...
    Wargh.. rasa cam nak kunya skrin komputer.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kambing tu sedap πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

      Delete
  2. alolo manjanya Han dengan atok ye

    baca review Cik Epal ni, rasa tertelan telan ailio jugak tengok tofu tu. >,<

    ReplyDelete
  3. time lapar tengok post ni boleh jadi baran ni.huhuhu
    review yg jujur tp ntah bila gamaknya nak turun kl. :(

    ReplyDelete
  4. tofu tu menggiurkan la.. mek pun suka tofu cam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tofu tu memang sedap πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

      Delete
  5. nampak sedap la makanannya boleh cuba nati hehe

    ReplyDelete
  6. Sedap nye tengok makanan dalam gambar ni.. huhuhuhu saya terliur lah Cik Epal! Harga dia pon boleh tahan lah.. kalau student kene kumpul duit dulu lah... hahaha.. apa2 pon terima kasih share tempat , harga n rase makan kat sana.. nice entry .. oh lagi satu, bagus Cik Epal dan Encik suami belanja parents.. patut dicontohi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka belanja orang makan sebab diri sendiri suka makan πŸ˜‹

      Delete
  7. Cantik lah cik epal pakai shawl macam tu..
    Boleh share tutorial x? hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok lah kot rajin nanti buat tutorial hehe 😁

      Delete
  8. last week bru g mkn.. first time.. sedappppp gilerr..
    tofu tu.. ngn lamb chop.. sedapp giler..

    lg satu yg sedap... ayam goreng kecik2 dia. ntah ape name..
    mcm aym goreng rempah je.. tp.. dia punya lembut.. rase mmg terrbaeekkk...
    n air dia mmg pure jus la.. terasa manis buah dia.. sebijik2 dlm gelas tu
    perghhh... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam goreng kecik-kecik? Yang cucuk lidi besi macam sotong tu ke?

      aah air jus dia memang sedap :D

      Delete