Sunday, October 9, 2016

Nasi lemak kukus depan kubur dan memanah panahan asmara di Grand Lexis Port Dickson (part 2)

Haaaaa Han meninjau lain macam je swimming pool tu. Nak terjun lagi lettew. 
Sambungan ENTRI GRAND LEXIS sebelum ni.


Second day, kitorang satu family breakfast dekat luar. Sama tempat aku makan ikan bakar dekat ENTRI NI. Alamat dia sama je. Dekat area situ jugak. Cuma kedai ni dekat sebelah ikan bakar tu. "Nasi Lemak Kukus Depan Kubur" nama kedai ni. Agak seram jugak nama kedai ni beb. Haha. Depan kedai tak nampak kubur pon. Kubur halimunan barangkali. Heee. Tapi nasib baik nasi lemak dia sedap. Roti canai dia pon garing sedap.

Pastu self service pulak. Memang meriah lah aku ambil accessories nya. Sambal dan kacang mesti mahu lebih ye. Ikan bilis aku kurang suka so tak ambil. Hee.

Parents aku suka sambal petai dia. Pastu mempengaruhi aku lak tu suruh ambil banyak sikit sambal petai. Sedap kata nya.

Ok add-on sambal petai pulak. Ambil satu pinggan penuh. Sedap mengunyah, tinggal suku je nampak.Enak jugak sambal petai dekat sini.

Roti tampal. Roti canai dekat sini pon garing. Sedap ah. Total makan satu family dalam RM15++. Murah gila. Dah ah sedap. Memang baerbaloi-baloi ah.


Pastu balik Grand Lexis balik. Diorang terus gi memanah. Tapi Han berry pulak. Terpaksa aku balik hotel jap membersihkan dia dan mandi kan dia balik kasi wangi. Diorang gi lah memanah dulu. Banyak aktiviti yang kita boleh buat dekat Grand Lexis ni. Memanah ni salah satu aktiviti lah kita boleh main beramai-ramai dengan family.




Sebab aku datang lambat sikit membersihkan Han. Sampai-sampai tengok depa ni tengah syok memanah. Dah 2 game pulak tu. Amboi-amboi syok beno main tak tunggu aku.

Gaya macam hebat sangat lah tu. Kuikui.




Ok dah tiba giliran aku. Tapi aku main sorang-sorang je. Depa semua dah habis arrow. Mula-mula kena pakai sarung tangan tiga jari. Entah apa nama saintifik sarung tangan ni tah. (nama saintifik pon bolehhh. Hakk) Tapi sarung tangan khas untuk memanah lah. Tak reti aku nak pakai. Aku pon nak suruh orang yang jaga tempat ni ah pakai kan. 

Baru 2-3 langkah nak pergi dekat orang tu nak suruh pakai kan. Sekali dia ni tahan aku sambil berkata "ish itu pon tak reti pakai, meh i pakai kan"

Elehhhhhh cemburu lettewww. Kahkah. Orang yang jaga ni pulak lelaki. 

Tah pape. Itu pon nak cemburu. Dulu masa zaman bercinta dia ni memang bukan spesis cemburu lansung ah. Dah kahwin ni baru aku nampak lah bibit-bibit kecemburuan dia. Tapi aku suka jerrr bila dia ada sifat sebegitu. Kahhhh.


Oit ni nak memanah ke nak berpanahan asmara ni?



Ok syok memanah sorang-sorang.Mesti seronok diorang menyaksikan aksi memanah aku yang terlampau hebat sangat-sangat ni. Kehkeh. *tangan ke dada mata ke atas mulut herot sikit*



Acah-acah Katniss Everdeen.  


First time aku memanah ni. Nampak macam cool dan senang je memanah ni kan? Hazab jugak weh sebenarnya. Sakit tangan aku. Tangan kita kena lurus dan pegun. Tak boleh bergerak goyang-goyang sebab nanti akan bagi kesan bila kita nak lepaskan arrow. Sebab tu arrow nya senget-benget tah kemana-mana. Kejap ke hulu kejap ke hilir kejap masuk dalam pasir. Sebab tangan senget lah! Hehe. Tengok orang buat macam senang. Tapi mula-mula memang susah. Lama-lama baru rasa best walaupun tangan lenguh sikit.



Wow hebat sangat ni sampai boleh shoot yang kuning tengah ni. Walaupun satu arrow je yang kena dekat kuning tengah tu tetap lah kena kecoh satu kampung ye. Haha. Ok lah kan. Janji hado yang kena. Yang lain-lain panahan asmara semua jatuh kambus ke dalam pasir. Kuikui.


Saat terakhir bersama private pool. Ecehh.

Gembira seketul Han bercuti dengan atok. Bff atok ni. Tapi nak balik dah. Bye-bye atok.

Bye-bye Grand Lexis Port Dickson. See you when i see you (˶◕‿◕˶✿)



18 comments:

  1. Aa mek dgr memanah ni sakit tgn jugak .. Yg bab makan tu mmg brbaloi laa mkn bnyk tu tp hrga ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sakit jugak lah tangan. maybe sebab tak reti main hehe

      Delete
  2. wow... syok bercuti sis... syok juga tgk nasi lemak tu... terus lapar

    ReplyDelete
  3. Bestnye memanah! Ada style dah tu. ekekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. style je lebih. arrow nya tah kemana-mana. sedihh :D

      Delete
  4. Syoknya memanah.. ALa2 robin hood gitew..

    ReplyDelete
  5. hahah... cantik ibu han. selalu jugak pi PD tapi tak perasan pulak nama kedai berhantu ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kubur nya takde pon. nama je seram. haha

      Delete
  6. Untuk bercuti cuti sebegini pun kena sediakan budget yang besar juga kan.

    ReplyDelete
  7. Saya pun pernah ke sini. Tapi tak main pulak memanah tu. Nasik lemak tu sangat menggiurkan hehe

    ReplyDelete
  8. bestnya... wow.. excited la tu han tu.. tak sabar dh nmpk gayanya.. hehehe..

    #fly dari solehahkahaku.blogspot.my

    ReplyDelete
  9. as Salam, salam ukhuwah dari Bunda..

    ReplyDelete
  10. lagi power dari katnis ni heheh :P

    ReplyDelete
  11. meleleh ayaq liur tengok makanan hehe

    ReplyDelete