Wednesday, October 19, 2016

My pokok kelapak . Muehehe

Budak banyak perangai.

Umur baru setahun sama dengan jagung tapi kadangkala memberi kegembiraan dan tidak lupa juga kepada tekanan. Time dia baik perangai helok tu rasa macam alololo kuci kuci kuci, nak tambah anak lagi sorang lah,ramai satu team bola pon takde hal lah. Tapi time dia tengah banyak songeh berperangai aneh ngamuk jerit itu tak nak ini tak nak, terus aku lupa kan lah saja hasrat nak menambah anak buat masa sekarang. Urut dada jugak melayan budak kecik ni. Padahal kecik je lagi tapi boleh bikin kepala pusing.


A video posted by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on
Semalam tengok wayang cerita Inferno. Ok lah. Boleh layan lah cerita ni. Tak ada lah best gila and tak ada lah tak best lansung. Not bad lah. Mula-mula agak confused dan tak faham tengok cerita ni. Dah nak habis tu baru paham semua benda. Sebab keliru mana satu orang baik mana satu jahat. Last-last yang macam innocent tu lah yang paling hampeh. Podeje betul.




My pokok kelapak.

Kuat makan dan kuat minum. Pantang nampak straw. Semua dihirup nya.


Kalau bawak Han keluar, semua benda dia suka tunjuk. Nampak pokok tunjuk, nampak replika lembu besar-besar dia tunjuk, nampak bangunan tunjuk, nampak banner aiskrim dia tunjuk. Semua benda yang dia nampak lah dia tunjuk. Kadang-kadang kita ni gigih lah bawak dia pergi tempat yang dia tunjuk tu nak bagi dia gembira. Nanti dah sampai tempat yang dia tunjuk tu, dia pi tunjuk benda lain pulak. Haha sabor je lah. Insan keliru betul aku. Atau pon dia saja-saja je kot nak bagitahu aku apa yang dia nampak yang dia rasa menarik. Kalau dekat rumah dia selalu tunjuk benda yang ke arah makanan lah. Bangun pagi-pagi terus tunjuk peti ais. Suruh ambil kan strawberry dia nak makan. 




Kadang-kadang menggembirakan, kadang-kadang stress layan ini budak. 




Itu lah kehidupan.Kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.  *tetibahhh*

'Pokok kelapak' nak terbang ke mana tewww?



Kadang-kadang pukul 4-5 pagi Han pergi tepuk-tepuk pipi aku or husband laju-laju. Sakit tahu? Suruh bangun main dengan dia. Perghh pagi-pagi buta dah ajak main. Miong kepala aku. Tak pon bagi remote suruh bukak kan tv nak tengok Mother Goose Club. Hari-hari pasang benda tu, sampai aku dah naik hafal dah semua lagu. Kenapakah hidup aku kini di kontrol oleh budak kecik?? Oh tidak.

17 comments:

  1. Replies
    1. Tapi pokok kelapa tu tak boleh panjat hehe

      Delete
  2. hehehe comelnya rambut Han.

    gitulah jadi parents ni. I dulu pun dihantui nursery rhymes ni. seriously lagu lagu tu mindfuck kami, atas motor dok nyanyi lagu tu, sampai office lagu tu -,-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tahu tak pe. Kadang tetiba je ternyanyi lagu-lagu tu semua. Sebab dah hari-hari dengar

      Delete
  3. HAha.. Demi cinta kuturut jua.. XD

    ReplyDelete
  4. Haha rambut Han win ..budak kecik kalau tak bangun pagi beno memang tak sah lepas tu tido balik =='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia tidur balik takpe.Kita pon boleh tidur balik. Ni dia tak nak tidur balik yang masalah tu. Kena lah melayan nak tak nak pon 😂

      Delete
  5. Ank mek pun same, org azan sbuh je bangun. Pastuh tk tido dh. Guling guling dekat kita, hntuk kepala. Sakit gile. Mek dpt ulser kat mlut ni pn mmg jasa hantukan tu la --' biasanya lepas 15min azan, baru akn lights on and kluar blik ntuk main dgn dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azan subuh bangun ok lagi. Kita pon boleh terus solat subuh. Ni yang sebelum subuh pon dah bangun. Adoi. Memang mata macam panda lah. Haha

      Delete