Thursday, October 13, 2016

Menternak lemak di Pretz N’ Beanz Bangsar

Dah lama rasanya tak buat segmen menternak lemak dekat blog aku ni. Kali ni segmen menternak lemak kembali lagi. Hoyehhh ᕙ( •̀ ︿•́ )ᕗ. Ehehe.

Siapa dekat sini suka Pretzel? Aku suka pretzel! Best makan dekat Pretz N’ Beanz ni sebab menu dia banyak gila. Bukan ada pretzel je. Macam-macam ada.Semua sedap-sedap pulak tu.



Pretzel Tower- Regular (RM35)

Sebab terlalu suka pretzel, terus order Pretzel Tower. Hee. Ada 12 mini plain pretzels. Datang dengan 9 dipping sauce.Pretzel dia quite cute. Hehe. Suka pretzel dia. Lembut je. Kalau makan panas-panas lagi sedap. Pretzel dekat sini memang freshly bake so memang sedap dan lembut ah.

Ada 9 Dipping Sauce yang korang boleh try.
Untuk savoury aku suka tomato salsa and satay sauce.
Yang sweet aku suka nutella and caramel :)

Tu semua list dipping sauce. Macam-macam rasa ada. Kalau ambil mini tower, boleh pilih 4 dipping sauce. Pilih je mana yang berkenan di hati (◠‿◠✿)



Pizza Tom Yam ni paling tak sabar nak try. Bila dalam menu nampak pizza tomyam, rasa macam kena order  ni. Unik gila kot pizza perisa tomyam. Dah lah aku memang hantu tomyam. Wajib cuba ni.

Tom Yam Seafood Pizza. Ada 2 size.
7" - RM16.50
10" -RM24.50

Sedap pizza ni. Memang rasa tomyam! Hehe. Ada rasa masam-masam tomyam, pedas dan masin nya pon cukup rasa. I loikeeee~

Teriyaki Chicken Pizza
7" - RM15.50
10" -RM26.50

Aku memang suka teriyaki sebab ada rasa manis-manis sikit.Ni ayam teriyaki pulak. Lagi lah kegemaran. Hehe. 

Aku try pizza yang baru je haritu. Tom Yam Seafood, Teriyaki Chicken dengan Smoked Salmon. Pizza yang baru ni semua sedap!!

Ada banyak pizza dia yang korang boleh pilih. Tapi yang baru tu semua memang sedap rasa dia. Sila cuba ★~(◡‿◕✿)

Dah try pizza. Try spaghetti pulak. Wow sungguh menternak lemak. Haha.

Duck Confit Spaghetti- RM18.50

Haaa yang ni pon sedap. Rasa light.Cukup rasa, cukup masin. Itik pon rasa moist je, memang dimasak dengan sempurna. Epal Danish bagi 4 bintang. *feeling Nora Danish*. Ehehe.

Spicy Corned Beef Spaghetti- RM21.50

Yang ni pon aku recommend. Rasa pedas-pedas sedap. Cukup rasa. Kalau korang suka makan spaghetti yang ada rasa pedas sikit, order ni. Serious tak menyesal.

Spaghetti dia pon banyak pilihan. Tapi kalau korang terpinga-pinga nak pilih apa. Aku memang recommend lah untuk try Duck Confit Spaghetti dan Spicy Corned Beef Spaghetti.


Air aku order Green Tea With Topping Cream. Apa-apa yang ada kena mengena dengan green tea memang aku suka. Air ni pon sedap. Ada setengah green tea pahit, yang ni aku suka sebab rasa manis dia seimbang. Cukup lemak berkrim disukai ramai. Hehe.

Aku suka makan dekat Pretz N’ Beanz ni sebab suasana dia selesa dan bersih. Nak lepak dengan member dan family pon sesuai. Menu makanan pon banyak. Semua sedap pulak tu. Yang aku pergi ni dekat Pretz N’ Beanz Bangsar. Semua makanan disediakan oleh Halal Certified Central Kitchen .

Diorang ada buat catering service jugak kot-kot kalau korang nak buat birthday party atau gathering. Ada provide House of Taste catering service with these cuisines- Nyonya cuisine, Kampung taste, Chinese, Barbecue, Western, International of specially customized theme. Macam-macam jenis masakan ada. Korang tinggal pilih je.


18 October 2016 ni, hari Selasa, (one day only), pukul 12pm - 3pm ada Breast Cancer Awareness Campaign with BCWA (Breast Cancer Welfare Association) organization. Please join and have an examination for free. 

Ada promosi:

-Buy 1 Pretzel Pizza & *Free 1 Pretzel Pizza in 7" on 18 October. 
-Wear Pink and get *10% off on ala carte food items from 7th to 21st Oct. 
*Terms and conditions apply. 


Ni alamat cafe yang dekat Bangsar. Aku waze je.

PRETZ n' BEANZ Cafe Bangsar
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
03-22019026

Facebook: Pretz N’ Beanz
Instagram: Pretz N’ Beanz


18 comments:

  1. ya allah, terliur tengok gambar..kalo depan mata ni,confirm makan xnmpk org sebelah dah.hehe

    ReplyDelete
  2. akk suka segmen menternak ni cik epal ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi ni port menternak lemak nak share ni. Stay tuned! Haha

      Delete
  3. Replies
    1. memang sedap pon. bukan macam lagi dah hehe

      Delete
  4. sume tu memang puan epal makan ke?banyak tu..hihi..panggil puan epal pn sedap gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak puan epal. cik epal jugak yang sedap. ehehe (˶◕‿◕˶✿)

      Delete