Tuesday, October 25, 2016

Lelaki tak suka perempuan pakai make up? YE KE?

Ada tengok video lelaki-lelaki yang cakap tak suka perempuan pakai make up. Suka yang natural tak pakai make up kata nya. Bila tunjuk gambar perempuan naked face tak ada make up lansung, dann dann lah suruh tepek bedak sikit lah, pakai lipstick sikit lah. Poooodahhh. Tang tu lah nak betulkan statement cakap suka perempuan make up nipis.Aik? Tadi cakap tak suka perempuan pakai make up. Insan keliru betul lah depa ni. Tak payah lah cover-cover. Cakap je lah kau nak perempuan cantik sebenarnya kan? Ehehe.


Natural beauty konon. Dah kalau perempuan tu "natural" je, bukan "natural beauty" di mata kau macam mana? Lelaki ni cakap je tak suka perempuan pakai make up. Tapi bila keluar, perempuan cun yang pakai make up tu lah yang ditoleh nya. Cakap je lah nak yang putih glowing mulus gebu gebas tanpa make up. Tak payah cakap nak natural beauty sangat lah. Cakap je lah nak yang BEAUTY. 😏


Kalau lelaki cakap, "tak suka perempuan mekap." Macam tipu je.Ehehe. Tapi kalau lelaki cakap "tak suka perempuan mekap tebal." Itu aku percaya. Maksud diorang ni sebenarnya nak yang natural tu yang make up tak heavy. Tak ada lah make up tebal gila sampai kalau tampar muka tu jerebu satu kampung. Haha.



Ada jugak suami yang tak bagi isteri make up. Maybe sebab wife dia kalau make up lagi nampak huduh dari muka natural sebab wife tak pandai make up. Atau pon maybe dia malas nak habis kan duit beli kan isteri dia barang make up. Atau pon malas nak tunggu wife bersiap mekap lama sangat. Atau pon dia memang jenis tak suka lansung tengok perempuan pakai make up,memang jenis suka naked face. Tapi kalau suami jenis camni bagus ah, tak payah membazir nak beli mekap. Cuma jangan bila keluar, si suami ni kepala berpusing toleh perempuan yang make up cun sampai mata tak berkelip sudah. Cakap biar serupa bikin lah kan. Hehe. Atau pon yang tak suka perempuan pakai make up tu mungkin jenis lelaki yang dari kategori sedar diri tak berapa handsome/stylo. Daripada tak ada terus, kang membujang lak sampai ke tua. So dia pon suka perempuan sejenis macam dia. Yang simple. Tak melawa.



Retis-retis ni kalau tak make up muka pucat je pon tapi still ada yang cantik jugak ah bagi aku bila natural tak pakai make up lansung.Tapi ada juga yang memerlukan make up untuk nampak cun. Yang pasti, semua nya pon bila dah pakai make up lagi lah nampak jelita wow meletop gitchuwww.


Lelaki selalu kata tak suka perempuan mekap tebal, tapi kalau ada dua perempuan, sorang mekap cun  (yang macam gambar 'after' retis-retis dekat atas ni) dan sorang tak mekap (yang macam gambar 'before'), yang mekap tu jugak depa puji lawa dan menarik.Lelaki ni selalu nya lain di mulut lain pulak di hatinya sebab tak nak kena soal banyak-banyak dengan perempuan. Nak sedap kan hati perempuan.



Yang lelaki tak tahu, it takes MAKEUP to look NATURAL .


Make up ni ada 2 jenis. Make up nipis atau tebal. Tak ramai perempuan yang lawa tanpa make up. Selalunya lelaki akan tertarik tengok perempuan lawa. Tak kisah lah dia mekap nipis ke tebal. Bila dah kenal hati budi dan dah jatuh sayang, muka tak make up pon dia cakap lawa. Sebab hati dah sayang kan. Kalau perangai baik, semua nampak cantik je kot.Kalau dah suka, perempuan tu dia tak mekap pun kita rasa cantik. Cuma kalau dia mekap masa keluar tu lebih kemas la.


Perempuan ni naluri dia memang sukakan kecantikan dan sentiasa nak nampak cantik.
Terserlah lah pada tuan badan dan make up tebal ke nipis ke atau naked face. Bukan semua perempuan dilahirkan dengan kecantikkan yang semula jadi. Kalau dah memang jenis natural beauty tu memang untung lahhh. Tak calit pape pon lawa. Aku kalau keluar pon calit-calit jugak lah muka ni. Paling basic pon pakai bedak dengan lipstick. Kalau ada event, baru makeup lebih sikit. Pada pendapat aku, elok lah biar nampak kemas sikit muka tu. Tak lah berubah sangat pon dari muka asal cuma nak nampak fresh dan kemas tak sememeh je muka tu. Cukuplah sekadar menaikkan seri wajah dan nampak lebih menarik.


Bagi aku, penting sebenarnya pandai jaga penampilan diri ni. Pandai make up kira bagus gak. Kena pendai serasikan dengan keadaan jugak lah. Kalau setakat pergi pasar kejap je pon tak payah make up pon tak apa. Kalau ada event or job interview ke apa, calit lah sikit muka tu.Tapi tak payah over. Jangan makeup macam opera cina pulak. Tampar pipi berdebu kata kau. Hahaha. Simple dah la. Yang penting sedap mata memandang. Tebal sangat pon tak lawa.


Tapi realitinya ada jugak perempuan yang ikut condemn orang pakai make up ni. Bagi aku, kalau nak makeup, make up je ah. Kalau tak nak make up sudah. Semua tu terpulang. Janji happy tak kacau hidup orang sudah.


Kebanyakan perempuan make up ni diorang buat bukan untuk lelaki pon. Sebab diorang nak rasa yakin dan ada self-confidence jer.  So tak ada masalah pon nak grooming diri tapi make sure kita  happy dengan diri kita. Yang penting, jaga solat, jaga diri, jaga kebersihan, jaga pemakanan dan kemas. Cantik itu akan datang sendirinya bila kita jaga benda-benda penting ni. Be yourself! Setiap orang ada kecantikan yang tersendiri. 😘


Apa pendapat korang? Korang rasa betul ke lelaki tak suka perempuan pakai make up? πŸ€”








41 comments:

  1. terus teringat video yang di share di fb,,

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Ada share gak video ni kt fb hari tu. Pergh, bernanah tengok kaum adam tu mengomen. PAstu bila tunjuk gambar natural, dia pun adjust ayat dia balik. Mencik! Hipokrit angat!
    Apapun, tak semua benda perempuan buat utk tarik perhatian si lelaki.Si lelaki? Tepuk dada tanya diri sendiri je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. dan dann lah terus tukar statement πŸ˜…

      Delete
  3. lelaki suka perempuan pakai make up tetapi lelaki juga suka kalau perempuan yang without make up pun dah cantik (natural beauty)lagi-lagi kalau perempuan itu isteri mereka. Agree??

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa tak sayang bini katanyehh 😜

      Delete
  4. Bagi saya.. lelaki mmg lagi suka kalau perempuan pakai make up... haaaa... tapi yg akhir sekali tu saya setuju. Yang penting jaga solat,jaga diri, jaga kebersihan,jaga pemakanan dan kemas...

    Nice entryπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jaga benda-benda penting baru terkeluar kecantikan nya tersendiri ☺️

      Delete
  5. muja pun dah lama menyampah dengan lelaki yang kata tak suka perempuan pakai mekap atau pun kata suka perempuan muka pucat lesi. kadang2, terfikir juga. bila dia cakap macam tu, mmg dia maksud macam tu atau double meaning. mungkin juga dia cakap lain, maksud sebaliknya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tak pe. Mata cakap lain, hati cakap lain 😝

      Delete
  6. yang penting sebenarnya pompuan make up and bercantik2 utk kepuasan sendiri je hehe

    ReplyDelete
  7. Betulll betulll sesgt cik epal..
    Akak setuju..
    Utk keyakinan diri sbnrnya..
    X ada niat menunjuk cantik tp utk lebih yakin pd diri sendiri..
    Sbb akak ni kategori org yg rendah tahap keyakinan pd diri sendiri..
    Tambah dgn penyakit akak kalau x conteng skit muka ni nampak sgt kusamnya dik..
    Pucat lesi je ropenya...
    Mula dlu make up time nak g keje je..
    Last2 hubby ckp "keluar ngn abg pn make up le jgk asyik g keje je make up.."
    Hihihihuhu big boss dh bg green light apa tggu lg..
    Mula ler mengumpul koleksi sendiri segala lipcetik..
    Tp hubby pesan make up jgn mcm badut sikit2 je asal nmpk x pucat sgt.. ;)
    So skrg kalo x conteng skit muka ni rasa pelik je dh jadi x biasa.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sakit apa tu? Semoga cepat sembuh hendak nya 😊
      Bigg boss dah bagi green light ok lah tu. Perempuan kan memang fitrah suka mencantik kan diri ni. Asal nampak muka kemas pon dah ok kan kan πŸ˜‰

      Delete
  8. kita makeup bukan utk mereka sbnrnya tetapi utk membina rasa confident kita di kelayak ramai.

    Hi sy kezia . Pertama kali jenguk blog sis


    saya follow sis terus ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Lelaki jangan perasan sangat eh 😁

      Delete
  9. "... maybe sebab wife dia nampak huduh dari muka natural.."

    aduhai cik epal. tergelak gelak I baca tau >,<

    nyampah aih bila lelaki keluarkan topik macam ni. sebab first kita ni make up bukan untuk impress dorang pun. sukatilah nak tenyeh apa pun.

    second, tak caya langsung dorang tak suka pompuan tak make up. make up nipis, pakai lipstick jadah semua tu still dinamakan make up.

    dulu kalau baru kapel dengan sesapa entah pastu dorang start tegur pasal make up, jangan ini jangan itu memang clash terus lah. ahahha belum apa apa dah control -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah nya. Make up nipis ke natural ke. Still make up lah tu. Dah tunjuk muka naked face, suruh tempek bedak dengan lipstick pulak. Memang insan keliru πŸ˜†

      Delete
  10. biler makeup rase konfiden sikit kot ,
    semua orang suka tengok benda yang cantik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kata lelaki je. Perempuan pon suka tengok perempuan cantik πŸ˜†

      Delete
  11. Betul! berpenampilan kemas tu penting kowt. Setuju sangat awak. yup lelaki mmg camtu. tau ckp je nak yg natural x suka perempaun makeup, tp hakikatnya kang yg lawa2 tu lah yg di jelingnya 😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nak yang sedia lawa tanpa makeup. Tapi perempuan cun camtu tah nak ke dia ke tak tah 😝

      Delete
  12. Kadang laki ni bukan tau mendalam sangat pun pasal makeup yg dia tau bila sebut makeup mungkin dorang membayangkan makeup yg tebal berkepuk kepuk macam opera cina.... sbb tu dorg main ckp je tk suke pompuan bermakeup... padahal unt menampakkan muka pompuan tu sedikit naik seri still kena gunakn bedak,gloss & everything... kan3??!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess. Memang pon. Bila dengar perkataan "make up" je dah imagine makeup tebal berkepuk kepuk macam badut. πŸ˜ͺ

      Delete
  13. Mekap nipis dan tak over ok je kot. Lagi jelita gituh.

    ReplyDelete
  14. Orang laki memang macam tu nak natural beauty la apa la tapi yang pakai make-up la dijelingnya

    Btw shailene woodly cantik jugak kalau tak make-up and dia selalu tak make-up tebal sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa pulak si woodly ni. Kena google jap lagi hehe

      Delete
  15. Cakap tak serupa bikin. Mmang mcm tu lah laki2... hehe

    ReplyDelete
  16. Menipu je dia org ckp tk suka pmpuan make up. Statement ue yg laki toleh yg make up tu mek sokong ! Entah pape jantan bg statement cm tu.

    Satu lg statement lelaki tk suka pmpuan pkai shawl. Pkai bawal lg nmpk manis. Itu lg satu dusta yg dia org reka. Pdhal yg shawl tu la dia duk ckp modern la, style la, lawa la. Spesis dua alam btoi yg bg statement cam tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah yang pakai bawal tu muka memang lawa dia cakap lah suka perempuan pakai bawal. Sebenarnya nak perempuan lawa je πŸ˜†

      Delete
  17. cantik adalah subjektif. Setiap orang ada cantiknya yang tersendiri. bagi saya cantik dalam cantik luar adalah paling baik. Betul kata cik epal. Bila kita jaga solat jaga kbersihan dan terutama sekali jaga hati insyaAllah semua teserlah dengan sendirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar cantik luar dalam konsep nya πŸ€‘πŸ˜„

      Delete
  18. lelaki sbenarnya lg suka tengok pompuan make up

    ReplyDelete
  19. hahaha..ade2 sja statement lelaki ni kan..

    ReplyDelete