Wednesday, October 5, 2016

Review Grand Lexis Port Dickson dan makan sedap D'terapung


Haritu lepas wedding adik aku, satu family pergi bercuti dekat Grand Lexis Port Dickson. First time aku sampai sini.Tapi yang best nya dekat Grand Lexis ni, semua bilik memang ada private swimming pool. Tak payah share dengan orang lain. Memang privacy habis lah. Boleh pakai baju apa-apa je nak bila berenang. Tak ada guard nak prit prit tiup wisel kalau kau tak pakai baju swimming. Orang honeymoon confirm suka ah. Kalau nak short vacation dengan family pon sesuai.


Bilik dia pon ada macam-macam jenis. Harga pon berlainan untuk setiap bilik. Ni 3 jenis bilik yang ada:


Tower Block (area bangunan sama dengan tempat check in)
-Sky Pool Villa
-Sky Pool Grand Villa

Landscaped Garden (area macam rumah teres)
-Deluxe Suite
-Premier Suite (2 bedrooms)
-Garden Pool Vila
-Grand Garden Pool Villa

Water Villas (atas laut)
-Deluxe Pool Villa
-Executive Pool Villa
-Premium Pool Villa
-Grand Pool Villa


 Ni rate yang masa aku pergi baru-baru ni. Kalau nak bilik dalam bangunan sekali tempat check in (Tower Block), harga RM650. Ni harga paling murah tak silap aku. Family aku duduk Water Villas-Premium Pool Villa, harga RM700. Aku duduk Water villas Grand Pool Villa, harga RM850. Agak mahal jugak bilik-bilik dekat sini.Pastikan percutian korang berbaloi-baloi lah dengan bawak family ramai-ramai. Jangan risau semua bilik ada private pool.Dekat sini check in pukul 4 pm, check out pukul 12pm. Pandai-pandai korang lah nak adjust masa. Selalu hotel check in pukul 12pm kan? Kenapakah dekat sini check in pukul 4pm?? Kedeks sangat masa nya tu. Haha.



Aku lambat sikit sampai. Family aku dah check in dulu.Masuk bilik family aku jap. Family aku ambil bilik ni, Water Villas (Premium Pool Villa). Harga RM700. Bilik dia memang ada 2 king beds. Sesuai kalau nak bawak family ramai-ramai.

Macam ni lah private pool dalam Water Villas-(Premium Pool Villa) ni. View tertutup sikit.


Kitchen dia ada microwave. Kalau bawak maggi atau nak panas kan instant food senang lah. Kopi, teh, pinggan mangkuk tu semua ada.



Washroom dia pon besar. Ada seperate shower room dan toilet.


Beriya Han tengok air laut sebab nak tengok 'fish'.


Dekat Water Villas ni ada see through glass panel. Boleh tengok air laut dekat bawah bilik. Tapi jangan lah membayangkan air laut jernih warna biru. Paham-paham je lah air laut Port Dickson berwarna apa. Ehehe


Bersungguh-sungguh tu nak tengok 'fish'. Tak ada 'fish' pon tapi Han still kagum tengok laut bawah glass ni.



Dah lepak bilik family, pastu check in bilik kitorang pulak.


Ni bilik kitorang. Ambil Water villas (Grand Pool Villa). Ada 2 king beds jugak. Sama macam bilik family tadi.

 Dalam dia lebih kurang sama je dengan Premium Pool Villa yang family aku duduk tadi. Ada jugak basic pantry kitchen.

Washroom pon sama je.

Yang beza dia cuma view. Bilik ni atas laut dan menghadap laut. Water villas (Grand Pool Villa) ni harga dia RM850. Beza dia sebab boleh tengok view laut. Yang Premium Pool Villa tadi bahagian pool dia tertutup. Yang ni terbuka.

Tapi view dia kurang lawa bagi aku. Kalau air laut jernih memang best lah. Tapi bilik ni sesuai untuk orang yang tak suka rasa terperuk. Duduk bilik ni rasa bebas dan minda lapang.

Shower room dengan toilet memang asing. Sambil mandi boleh tengok view laut jugak.

Begini lah view nya dari tingkap shower room.

Toiletries. 
Sabun, syampu, ubat gigi dan sebagainya.

Sampai bilik aku pon still Han nak tengok 'fish'.

Gigih tau tunjuk 'fish' dekat aku. Batang hidung fish pon tak nampak.Yang ada air gerak-gerak je pon. Haha.




Kudap-kudap jangan dilupakan time bercuti ni. Eh eh baru perasan Twisties dah tukar packaging baru.

Dah ada private pool dalam bilik hotel ni memang asyik berendam je lah anak-beranak ni karang.


Ok baru cakap. Dah gedebush Han masuk kolam.

Kedalaman swimming pool ada lah 4 kaki. Ok lah paras perut air nya.

Lama jugak berendam dalam ni.

Oh ye, kalau korang jenis tak kisah pasal view. Janji korang nak ada private pool dalam bilik, aku suggest ambil bilik dekat Tower Block pon dah ok. Harga bilik tu RM650. Murah sikit dari Water Villas ni.


Kalau ikutkan memang pricey lah harga-harga bilik dekat sini. Dia menang dekat private pool dalam bilik tu lah. Nak bawak family ramai-ramai ok lah kalau bercuti dekat sini. Baru rasa berbaloi sikit.


Dah habis berendam, keluar jalan-jalan cari pasal jap. Tengok aktiviti apa yang boleh buat dalam Grand Lexis ni.


Best pulak pakai seluar besar gedobosh macam ni. Rasa selesa yang amat pulak. Ehehe. 

Masa check in bilik, kitorang naik buggy sebab malas nak usung luggage berat. Dah petang-petang tu saja nak jalan kaki area sini nak tengok apa yang ada. Kang pakai buggy laju beno bawak nya. Tak dapat menikmati permandangan. Ecehh. Ni area depan water villa. Jalan dekat sini macam lalu dekat kampung yang tenang pulak.



Han.. Ini lah tempurung kepala. Eh kelapa.

Tapi Han muka tak ada perasaan. Lebih seronok tengok 'fish' walaupun batang hidung fish sekor pon tak nampak. Imaginasi terlebih anak aku ni.




Yang belakang aku tu bilik 'Landscaped Garden'. Cantik jugak bilik area garden tu. Ada 2 tingkat. Swimming pool dalam bilik bawah tertutup. Dekat atas terbuka. Pilih nak yang mana. Dekat Grand Lexis ni nak yang bukak ke tutup ke semua hado.



Jalan punya jalan dah sampai entrance. Macam-macam aktiviti jugak yang boleh buat dekat sini.


Muka gembira nampak kereta. Terus pusing-pusing stereng acah-acah drive kereta. Tapi malang nya kereta ni bukan remote control punya. Kena tekan paddle jalan sendiri. Disebabkan Han kecil lagi, tak boleh lah naik.

Terus buat muka kesian.



Nak masuk dalam ni ingatkan free. Tapi kena bayar.

Bayar RM10. Main lah setengah jam kau dalam tu. Tapi kitorang tak main pon.

Nak wrestling ala-ala sumo??

RM20.00 nett. Beradu kekuatan lah kau di situ. Yang ni pon kitorang tak main.

Meh sini Han bawak nekma main satu game.


Last-last kitorang pilih main Giant Snake & Ladder. Sebab nak main game yang satu family boleh main. So game ni lah yang sangat sesuai nak main seisi keluarga time petang-petang ni.

Haa tudiaa snake & ladder versi gergasi kata koo. Yang ni aku tak ingat lah ayah aku bayar berapa. RM20 tak silap kalau nak main game ni.

Time nekma jalan je, suruh Han baling dadu.

Dua orang dekat sebelah tu asyik mengharapkan aku dapat ular je suruh mengundur balik. Caittt kongasam. Haha. Nasib baik merasa jugak naik tangga walaupun tak menang. Kehkeh.


Dia ni nak baling dadu pon over.

Berkat Han baling kan dadu kepada nekma.....

Akhirnya nekma orang pertama yang menang dan menjadi juara! Tahniah diucapkan. Heee.


Tetiba masing-masing dapat naik tangga. Kemain bergembira tiga-tiga duduk port serentak. Jaga-jaga, lagi 2 step ada ular sedang menunggu tu. Haaa jangan seronok sangat.

Last-last aku yang dapat ular tu. Kahkah.

Husband menunggu kedatangan aku dengan penuh dramatis.

Dah duduk sama satu port pulak. Sebab sebelum ni beriya aku gelak kan dia kena baham ular. Sekali aku pon kena. Choyyy.

Sebab Han cemburu orang lain boleh main. Tak ajak dia pulak. Terus dia bawak lari dadu.

Tak sedar dadu lagi besar daripada dia. Ada hati sibuk nak main jugak tu. Haha.    

Dari petang sampai ke senja baru habis game. Sebab Han asyik curi dadu, game banyak tergendala. Haha. Semenjak dapat kaki ni. Tah kemana-mana lah dia berlari tu.

Balik hotel naik buggy. Dah malas nak jalan kaki. Hehe. 


Buggy ni free of charge je.  Nak pergi mana-mana sekitar Grand Lexis ni boleh call je buggy suruh ambil korang dari bilik. Service buggy dia aku suka,pantas je sampai bila call. Bawak buggy pon laju. Tak sampai 1 minit patplohnam saat dah sampai dah kau dekat bilik.

View luar bilik di kala senja.

Ok malam tu kitorang satu family nak pergi makan dekat D'terapung. Tapi masa kitorang pergi ni hari Isnin, kedai ni tutup lah pulak. Huuuu. 

So makan lah dekat kedai depan-depan D'Terapung ni.

Pilih seafood.

Besar nya sotong.

Ikan pon fresh.

Mula-mula order satu jug air orange, satu jug air apple. Pastu nampak waiter dia bawak satu air putih ni dekat meja makan sebelah. Pastu masing-masing pandang sama sendiri. Eh eh macam sedap je air putih tu. Nampak menggiurkan sangat tu.Hehe. Pastu tanya waiter tu, tu air apa putih-putih tu. Air durian belanda katanya. Cancel lah air apple, tukar air durian belanda. Sedap weh air dia. Cukup rasa. Tak manis sangat. Tahu dua-dua jug ambil air durian belanda je senang. Tapi air oren dia sedap gak.

Ok lauk sudah tiba. Pepahat masak sweet sour ke sambal eh. Lupa pulak.


Ikan masak sweet sour.

Kailan ikan masin.


Order udang butter prawn. Tapi nampak macam udang nestum pulak.

Pastu tambah sotong goreng tepung. Sotong dia sedap. Tapi pencicah sotong tu kurengg sikit. Sebab aku lebih prefer cicah dengan sos thai tu kot.

Ikan steam limau. Nyum nyum.

Food semua ok. Sedap jugak rasa dia.

Licin ah semua lauk ni. Lapar kan masing-masing dok berendam dekat private pool je kerja. Time makan memang selamat ah. Nasib baik sedap. Harga semua ni dalam RM200++. Maybe sebab ambil 2 ikan dan udang, sotong pon besar.

Ni alamat:
D'Terapung
Medan Ikan Bakar Port Dickson,
Jalan Pantai No.5 Medan Ikan Bakar,
Port Dickson.

D'Terapung ni macam famous jugak.Tapi ni aku makan dekat depan D'Terapung lah sebab dia tutup. Alamat still sama je. Dekat jugak lah kedai ni dari Grand Lexis tu. Dalam lapan minit cenggitu. Kalau bawak family ramai-ramai bercuti dekat Grand Lexis, Port Dickson boleh try makan sini.


Nanti sambung lagi part 2 jalan-jalan Port Dickson ni. K Bye! (◡‿◡✿)

18 comments:

  1. Stuju bab pricey tu tp moment tu bestkan :)

    ReplyDelete
  2. THANKS cik epal, review pasal tempat, mg cadang nak p pun nanti.

    ReplyDelete
  3. bestnya. macam seronok je dapat main game tuh..memang sesuai kalau bawak family.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena ramai main baru best. Kalau main sorang-sorang game tu orang ingat gila pulak karang haha

      Delete
  4. Makan tu RM200 tu still murah, sebab banyak lauk and segar2. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..kalau ambil satu ikan je mesti lagi murah. sebab semua nya fresh so berbaloi lah jugak
      (。◕‿◕。✿)

      Delete
  5. orait.. dan dan masuk wishlist.. hee~

    ReplyDelete