Monday, October 17, 2016

Cik Epal dalam Majalah Harmoni

Haritu Aini from Majalah Harmoni nak interview untuk ruangan dunia maya. Aku pon ON saja lah.

Cover Ayda Jebat.

Gemar melancong kata nyaaaa. Kihkih. 


Sebenarnya memang jenis tak boleh duduk diam. Ada je aktiviti dan tempat yang aku dengan husband nak pergi.Impian kitorang memang nak travel around the world sama-sama.Bak kata pepatah 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'. Memang betul tu.Seronok bila kita tengok budaya dan tempat orang ni. Banyak benda yang kita boleh belajar. Semakin jauh kita menjelajah, semakin dalam dan luas pemikiran kita.

Honeymoon pergi UK haritu pon aku tak habis tulis lagi. Ayoyo ayo ma ayo pa. Nak tulis entri travel ni memang kena take time ah aku rasa. Nak pilih gambar lagi. Nak bagi info lagi. Kang letak gambar dengan caption secoet je bila buat entry travel rasa macam tak puas pulak.

Sebab sekarang tak cukup masa. Dengan dah ada anak and suami ni. Memang kena settle kan hal anak dulu dari apa-apa pon. Untuk travel post, aku mesti nak bagi info yang berguna lah jugak kan. At least membantu lah kalau ada sesiapa tengah buat research nak pergi travel tu. Sebab tu travel post tak boleh nak tulis cincai je. Mesti nak perfect. (At least perfect lah bagi aku. Kalau korang rasa tak perfect pon ada aku kisah? Haha.)

Tapi lepas ni nak pulun entry travel kasi habis. Entry honeymoon tu nak kasi settle dulu. Lantak lah. Basi pon basi lah. Haha.

Ada 6 soalan yang dia tuju dekat aku. Ada soalan yang aku jawab panjang gila. Biasalah suka membebel memang camni. Haha. Salah satu soalan Aini ni.


Semua tahu cik epal memang salah seorang blogger yang terkenal dan aktif sampai sekarang so ceritakan sikit keistimewaan menjadi blogger glamour

"Saya rasa saya tak terkenal mana pon. Ramai lagi blogger yang terkenal dari saya. Saya rasa saya biasa-biasa je. Orang yang baca blog saya je yang mungkin pernah dengar nama 'Cik Epal'. Kalau tak, tak kenal pon. Hehe.

Masa mula-mula buat blog memang tak expect pon ada orang nak baca sebab blog saya berkisar tentang hidup saya sahaja.Intention masa awal buat blog tu tak ada apa pon. Just suka-suka nak abadikan perjalanan hidup saya supaya suatu hari nanti boleh dijadikan kenangan. Tapi tak sangka dengan social media ni boleh ubah kehidupan saya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Saya rasa saya tetap sama seperti dulu, seorang penulis blog yang hanya menulis tentang apa sahaja." 

====

Tu lah jawapan aku. Sebab serious aku tak pernah rasa aku blogger yang terkenal. Sebab aku rasa aku blogger gonjeng. Kehkeh.

Aku pon tak tahu dari mana yang baca blog aku ni. Maybe tersesat tetiba termasuk sini. Aku just tulis je apa yang aku rasa nak tulis. Kalau aku rasa malas nak tulis memang bersawang lah blog ni. Tapi sekarang ni ada rajin sikit. Sikit je lah tapi. Heee. Ni pon sebab baru boleh handle life sikit. Kalau dulu zaman bujang memang rilek ah nak buat 3 entry sehari pon takdehal. Ngadap lah laptop doplohpat jam pon. Kalau boleh makan laptop tu pi kunyah laptop sekali. Tapi tu dulu lah zaman banyak masa terluang dan tak berapa ada masa depan. Haha. Ni dah ada family,memang kena pandai bahagikan masa jugak lah. Kalau tak, tunggang langgang rumah aku. Blog ke mana. Suami ke mana. Anak ke mana. Aku pon pitam.



Btw, thank you Aini. Thank you Harmoni magazine for the feature :)

16 comments:

  1. wow! hebatlah! suka dengan gambar-gambar yang dihasilkan. yang terbang2 n terapung tu. hehehe

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  2. intention buat blog sbb nk tulis ape yg kita buat je kan. Kalau tulis social media rase tk puas sbb jenis suka karang panjang panjang :)

    Mek slalu bace entry awk dr awal awal dlu lg sblom kawen ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. Sebab suka bebel. Kita memang selalu perasan komen awak. Hee

      Delete
  3. tahniah cik epal masuk majalah :)

    of course la cik epal blog femesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah. Biasa je. Banyak lagi blog yang famous :D

      Delete
  4. Bestnya blog cik epal masuk majalah and cik epal memang famous blogger pun teehee

    ReplyDelete
  5. Bestnya cik epal.. gemar melancong dan cantik gambar-gambarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka berjalan tak boleh duduk diam hehe

      Delete
  6. the pics kat UK (dlm magz tu) so awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dalam majalah tu tak ada gambar dekat UK pon kak. Hehe

      Delete