Monday, October 3, 2016

Cerita raya haji dan homemade Shell Out

Boleh lagi kan cerita pasal hari raya haji? Hape? Tak boleh? Ada aku kesah tertinggal train to Busan? Lantak lah, nak cerita jugak. Haha. Ni lah ootd raya haji. Kalau kena promote baju, memang kena suruh husband lah tangkap kan gambo. Tapi dia ni tengok mood jugak. Ada masa rajin lah nak tangkap kan gambo. Setakat 2-3 gambar ok lah. Kalau aku dapat blog job yang kena promote baju sampai doploh helai dalam satu entri,memang tak rajin jugak dia nak melayan. Boleh naik hantu dia.Pastu membebel bagaikan tiada hari esok. Stress mak enon. Haha. 


Kadang-kadang kalau dapat blog job kena bergambar dengan produk atau kena promote baju yang banyak dalam satu masa , terpaksa panggil adik aku datang rumah suruh tangkap kan gambo. Tapi kena bagi upah baru nak datang. Nothing is free in this world hokayyy. Haha ciskek betul. 


Tapi nak buat macam mana. Bergambo bukan suka-suka. Ada payment. Memang part of my job gituwww even nampak macam jobless. Haha. Walaupun tak nampak macam job sebab tak kena masuk ofis 9-5, but i love my job. Teehee.
 \(◕‿◕✿)/


Tahun ni raya haji dekat Perak. Bertolak dari KL ke Perak masa pagi raya. Malas nak balik before raya sebab malas nak redah jammed.After subuh terus keluar rumah. Punya lah pecut ingat sempat nak solat raya. Tapi bila sampai Perak je, solat raya pon dah habis. Tak sempat nak pergi tahun ni. Huhu.

 So, pergi tengok lembu kena sembelih pulak.


Lembu-lembu yang bakal dikorban kan.


Han.. Itu lah lembu.

A video posted by Cik Epal 🍎 (@cikepal06) on

Video tengok lembu kena sembelih. 


Ingat lagi tahun lepas time raya haji. Tetiba suami aku tegur bila aku ralit tengok lembu kena sembelih.

JO: Yangg. Ustaz cakap, masa sembelih tak boleh pakai selipar
CE: Eh ye ke? Kenapa pulak? Ramai je yang pakai selipar.
JO: Kena lah pakai pisau nanti lembu tak mati. Pakai selipar tak lut.

(T_T) 
(T_T) 
(T_T)

Pftttt. Ringan je tangan aku nak sembelih dia pulak. Kongasam betul pekena kan aku yang sesuci lebaran ni. Tu tahun lepas.

Masa tengok lembu kena sembelih tahun ni, hari tu pon tetiba dia. "Yangg ustaz cakap, masa sembelih tak boleh pakai baju"

Tak boleh pakai baju pulak dahhhhhhh. Udah-udah lah bang. Tak kelakar. Nak membongak yo kojo eh (tetiba cakap nogoghi). Memang tak lah aku terkena lagi untuk tahun ni. Aku dah jadi perempuan bijaksana. Haha.



Habis tengok lembu kena sembelih, terus pergi beraya rumah sanak-saudara. Gambo raya rumah sedara tak ada sebab busy makan sambil-sambil mengejar Han. Aku harap esok aku kurus.




Dah habis beraya, saja lalu kedai popia basah ni. Eh bukak pulak time-time raya haji ni. Apa lagi, terus tapau lah. Sedap popia basah dekat sini. Aku suka. Kuah sambal dia jenis manis-manis pedas macam tu. Sedap. I loikeee~

Mengunyah je kerja Han ni. Ikut perangai siapa lah ni. Hmmmmm.


Han bersama opah dan sepupu-sepapat nya. Banyak dah cucu mak mertua aku ni. Mak aku baru sorang je cucu iaitu Han. Ok pasni tambah lagi. Haha.

Dah habis beraya dari pagi sampai ke petang, malam tu akak ipar aku kata nak buat shell out pulak. Dah ramai-ramai ada dekat rumah ni, boleh lah buat. Best makan ramai-ramai berjemaah ni kan. Feeling dia lain sikit.




Seafood direbus


Bau sedap. Ada bau macam-macam jenis rempah.Akak ipar dengan mak mertua aku ni memang masak sedap. Punya lah terror masak sampai ada kedai makan dekat Taiping tu.

Nyum nyum



Preparation. 
Mula-mula letak kertas mahjong atas meja. Siap tampal sallotape hokay di setiap celah bedah penjuru meja. Tak nak bagi gerak dan nak nampak kemas punya pasal. Begitu gigih akak ipar aku ni. Haha. Pastu letak lah jagung dan salad. Boleh pilih nak makan dengan pasta or nasi.



Suruh husband ambil 'shell out' dekat dapur.


Tapi dia tak berani tuang takut berkecah. Cehh. Pastu abang ipar aku tuang semua atas meja.

Benda wajib sebelum makan di zaman sekarang.

Tangkap gambar makanan dulu ye baru baca bismillah. Ish ish ish budak zaman sekarang ni. Macam-macam hal.Nampak macam takde life je. *saja kutuk perangai generasi sendiri dan diri sendiri* Kehkeh.


Teruk nau ni siap selfie dengan makanan.Haa spesis ni memang confirm takde life! Hahaha.



Serious sedap gila!

*airlio menitik jatuh ke keyboard*


Rasa sejibik sejibon macam dekat Shell Out. Warna dan rasa memang sama ah. Pandai betul akak ipar aku ni tiru rasa dia. Hee. Syabas! Sekalung tahniah diucapkan. Muehehe.


Habis. 
Tinggal cengkerang dengan kulit udang je lah dan dedaunan salad.


Akak ipar saya memang terbaik! Akak ipar saya kalau masak apa-apa pon confirm sedap gila! *saja aje bodek* Hahaha.


Ok tapi serious memang sedap gila nak meninggal akak ipar aku buat shell out ni. Pasni balek raya/balek kampung sila lah buat lagi. Perut saya sedia berkhidmat untuk menghabiskan nya. Heee.


Ni lah cerita raya haji saya. Raya haji korang apa macam? (◠△◠✿)



18 comments:

  1. syok nyaaa. nampak sedap konfem rse 2 kali ganda sedap ni. terlioq baq hg

    ReplyDelete
  2. Tu diaaa :) memang licin lerr meja tu :) puaihh ht buat kalau cm ni mkn nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu makan ramai-ramai memang best lah (ノ◕ヮ◕)ノ*:・゚✧

      Delete
  3. wahh terliur nengok. Tak payah susah-susah pegi kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. buat sendiri lagi berbaloi hehe

      Delete
  4. Sampai la ni masih tak berkesempatan makan shell out!

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri pon ok ლ(╹◡╹ლ)

      Delete
  5. boleh lah cik epal kongsi resipi shellout tu =D
    nampak sedap sangat !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kita yang buat. kita tukang makan je (◕▿◕✿)

      Delete
  6. haha kita pun kecur ayo lio. btw baju han cantik. beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju tu orang bagi hadiah. Tak tahu lah dia beli dekat mana huhu (◡‿◡✿)

      Delete
  7. hubsan nampak dah gemuk masa angkat kuali..jangan marah..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak marah pon. Itu lah ciri-ciri kebahagian. yayyy. hahahaha (*^3^)/~♡

      Delete
  8. minta share resepi tu boleh tak ??nampak sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita yang buat dah share resepi dah. Tapi jadi tukang makan je time ni heee (◠‿◠✿)

      Delete