Monday, September 5, 2016

Wedding adik





Selfie sebaik sahaja adik aku selamat menjadi isteri orang. Ni time nikah.


Kahwin dah adik aku ni. Aku kahwin haritu masa umur aku 23 tahun. Adik aku ni kahwin umur 24. Lebih kurang lah pulak timing nya. 


Sama dengan wedding aku haritu, nikah dan resepsi sekali jalan. Buat sehari je. Senang. Dua-dua majlis nikah dan resepsi settle sekali harung. Jimat pon jimat. (◕‿◕✿) 

Sementara menunggu pengantin siap untuk resepsi. Saja duduk kejap dekat pelamin. Han kemain suka duduk dekat pelamin ni. Apa tah yang terhibur sangat tu.



Dah lah pakai baju putih. Dia jumpa sepupu-sepapat dia, ke hulu ke hilir main. Habis berpeluh masam. Dengan comot nya. Nasib baik bawak baju spare.

A video posted by Cik Epal🍎 (@cikepal06) on

Boleh play tak video ni? Saja cuba-try-test. 




Duduk dalam bilik khas ni jap sementara tunggu pengantin. Terus tukar kan baju Han. Habis berlemuih peluh comot sini sana anak aku. Umur baru setahun sebaya dengan jagung camtu lah. Ligat boleh tahan. Takpe lah baru setahun hidup kannn, kita bagi lah dia peluang explore sini sana.



Ok sekarang ni memang dia tak nak dekat orang. Dulu-dulu kalau ada wedding sedara ke apa bahagia je aku. Ada orang dukung dia. Boleh aku makan dengan tenang. Sekarang ni memang payah lah dia nak dekat orang. Akak ipar aku dukung pon dia tak nak. Kemain meronta suruh aku ambil dia balik. Ayoyo ayo ma ayo pa. Ini macam susah lah mama nak menikmati kambing golek doplohnam round ni Han. Baru nak masuk kambing seketul dalam mulut dah tercekik.

Maklong aku dukung dia, terus nangis. Dengan maklong aku sekali muka macam nak nangis. Hahaha bertabah lah maklong.



Asyik nak berkepit je.

Pastu kuat makan. Bagi kerepek bawang seketul, pastu mintak lagi. Ish ish ish ikut perangai siapa lah kuat makan ni.

Ok pengantin dah sampai. Di iringi oleh abang-abang silat.

Ingatkan Abam Bocey tadi.


Han penat sangat lah tu, kemain lentok sedap tidur.

Welcome to family Wan. Selamat pengantin baru adik. Depan mertua nanti jangan kentut bersepah, jangan baring terkangkang, jangan korek hidung buang, jangan menari pelik-pelik, menguap tutup mulut. Jangan buat benda-benda aneh ok depan mertua awal-awal ni. Dah lama-lama sikit tak pe. Wahaha.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar. Untuk adik dan Wan. Enjoy honeymoon hidup berdua ni dulu. Dah ada anak nanti lain feeling dia. Tidur pon dah tak cukup hokay. Hehe. Time hidup berdua ni lah enjoy puas-puas. Tahniah! Selamat pengantin baru.Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin.




Pengantin lama. 

Dulu kini dan selamanya kentut bersepah. Dia bukan aku. Aku kalau nak kentut mintak izin dulu hokay. Punya lah solehah nak kentut pon mintak izin suami. Kalau dia, memang tak bagi salam ok. Terus bagi sedas dua dengan muka selamba tapir nya. Orang selalu kentut kuat mesti tak bau kan? Yang kentut jenis slow kepit tak ada bunyi tu selalu nya bau busuk kan? Tapi kentut slow ke kuat ke sama je kepam bau nya kalau datang dari dia. Tak faham aku. Spesis aneh apa entah ni . Haha. *pitam mak jemah*


K bye!

31 comments:

  1. selamat pengantin baru adik cik epal.
    cantik baju dia..

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru adik cik epal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks. *tolong jawabkan bagi pihak adik* heee

      Delete
  3. Cantiknya pelamin dan mekap pengantin..Tahniah pada adik sis dan semoga bahagia hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. thanks. *tolong jawabkan bagi pihak adik* heee

      Delete
  4. tahniah buat adik ya..sama cntik sama padan.

    ReplyDelete
  5. thniahh :) dan selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  6. haahahaha. gelak dulu lah. boleh !
    video blh play. ommmey j han. dah blh jalan kain kurus lah mama iye. hiks

    selamat pengantin baru
    smoga bahagia hingga jannah aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap nya boleh lah mama makin kurus lepas ni. heee

      Delete
  7. haha adoih kelakar cik epal ni.. bju awak cantik sangat taw!

    papepun selamat pengantin baru buat cik epal
    Semoga Allah memberkati kalian berdua. aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih mendoakan yang baik-baik untuk adik :)

      Delete
  8. cantik dan sihat kulit wajah cik epal. boleh share petua, supplement atau skincare apa guna? hehe

    ReplyDelete
  9. Kentut bersepah hahaha terbaik lah Cik Epal..

    ReplyDelete
  10. ad lg x adik bradik single. kahkahkah..

    soalan... --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat? teringin nak jadi adik ipar ke? :D

      Delete
  11. boleh play video insta tu cik epal, btw nampak macam cik epal pulak adik. heeee😉😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayy nasib baik boleh play video. heee

      Delete
  12. tak sabar nak tunggu cik epal share tuk skin cantik :)

    ReplyDelete
  13. Makin glowing kulit cik epal selepas jadi ibu ni.
    Ke memang ibu2 muda sekarang kulit makin cantik??

    tak sabar nak tunggu next entry

    ReplyDelete
  14. selamat pengantin baru..tahniah dapat adik ipar baru

    ReplyDelete