Friday, September 16, 2016

Isu Uqasha Senrose dan Safiey Ilias

Baru-baru ni hot kisah Uqasha Senrose dan Safiey Ilias ni kan? Macam-macam reaksi orang komen. Tapi sedih jugak lah kan baca cerita-cerita macam ni. Elok-elok dah dapat hidayah jadi baik pastu patah balik ke habit asal. Mungkin lah tak berjaya lawan nafsu sendiri atau ada sebab-sebab tertentu yang diri dia sendiri je tahu kenapa dia ambil keputusan macam tu.


Aku rasa ramai je yang kecewa diorang buat keputusan macam tu. Tapi tak berapa sedap bila baca komen-komen yang maki hamun diorang.Memang tak patut pun kita maki hamun terus bila seseorang tu buat salah.Tapi tak salah kita marah bila seseorang tu buat salah.

Maki hamun dan marah bukanlah sinonim.

Maki hamun,confirm orang tu tengah marah. Tapi kalau marah,tak semestinya orang tu akan maki hamun.So benda yang salah di sini adalah maki hamun,dan bukannya marah.Tak kan lah kita nak happy atau gembira je bila tengok, dengar atau dapat tahu ada orang tu buat salah atau lebih teruk lagi mempermainkan Agama kita sendiri? Tak kan kita seronok pulak kan ??

Aku tak sokong lansung perbuatan maki hamun. Aku cuma kata, TAK SALAH UNTUK KITA MARAH BILA TERDENGAR ATAU TAHU SESUATU PERKARA YANG MAKSIAT. SEBAB ITU JUGA DIKIRA 'MENGUBAH DENGAN HATI'.

Lagi pun semua isu tu adalah isu di mana si pelaku tu sendiri yang dedahkan aibnya kepada orang ramai.Nak back up diorang ni tak boleh jugak.

Sebab adanya pembela-pembela diorang ni, lagi banyak lah kes sosial berlaku.Konon nak back up sangat,manjakan sangat si pelaku salah ni,sampai diorang naik kepala.Dalam otak diorang tu langsung tak cuak bila buat salah,sebab diorang tahu akan ada pembela perbuatan terkutuk diorang tu. Nak back up pon ada had lah.Macam jaga anak. Ada masa kena manjakan,ada masa kena marah kalau anak buat salah. Tegur elok-elok dengan tegas.

Nak nasihat,nak tegur,bukan je perlu dengan cara lemah-lembut.Sebab Nabi SAW kata tegur dengan BERHEMAH. Berhemah tu bukan sahaja bermakna lembut,tetapi ianya bermaksud dengan cara yang betul dan sesuai.So tegur dengan marah pun adalah salah satu cara yang berhemah.Cuma ianya bergantung kepada orang yang nak ditegur tu.Maki hamun tu memang tak patut la.

So kalau ada kawan-kawan/ahli keluarga terdekat yang ada masalah 'u turn' balik ke asal (benda jahat/maksiat). Korang tergur lah elok-elok. Sokong hijrah dia sebelum ni. Jangan lah maki hamun dan guna bahasa-bahasa kesat. Serious pelaku tu pon tak kan rasa nak berubah kalau orang dok maki-maki dia.

Tapi kalau kita dah tegur sehabis baik, dia tetap jugak dengan pendirian dia. Kita berdoa je lah dia akan jadi manusia lebih baik di masa akan datang. Dah itu jalan yang dia pilih. Dia pon dah besar. Pandai-pandai lah fikir baik buruk. Berdoa je lah depa bertaubat sebelum terlambat.


Kalau kita nak berhijrah,buat je, jangan cari approval dan pujian manusia,nanti kita akan tersasar. Buat sebab Allah, insyaAllah istiqamah hijrah kita tu. Kita pon manusia biasa, tak baik judge orang. Ujian hidup kita semua lain-lain, persekitaran hidup pon berbeza.Kita semua pendosa cuma mungkin Allah tutup aib kita. Manusia boleh berubah. Kita pon tak tahu pengakhiran hidup kita macam mana. Entah-entah orang yang kita kutuk tu pengakhiran hidup dia lebih baik daripada kita. Mana kita tahu kan?



8 comments:

  1. ya betoi..jangan terus menghukum seseorang itu tanpa mengetahui alasannya lagi.mungkin dia ada sebab yang tidak dapat dielakkan juga..

    ReplyDelete
  2. semoga mereka yg kutuk2 tu diberi hidayah

    ReplyDelete
  3. berhijrah demi Allah..insyaAllah ok kan

    ReplyDelete
  4. Jgn pakaian je elok sopan pahala terjaga tapi sebab mulut bawa ke neraka. tak elok bg kata2 cemuhan mcm tu. kt luar ramai je mcm tu, wat rileks je. nasibla jadi org yang dikenali terpaksa terima cemuhan netizen.

    ReplyDelete
  5. Tak mampu nak kata apa2 cuma doakan mereka berdua dapat bertaubat sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  6. Tu lah kan...rasa frust tengok Uqasha bukak tudung balik tapi jgnlah sampai maki-maki

    ReplyDelete
  7. betol tu... berfikir dahulu sebelum berkata-kata.

    ReplyDelete
  8. aa stuju dengan cik epal. maki hamun takat dalam hati dh la. tak perlu kot nk kne publish dekat fb atau mane mane la. kita ni pon blum tentu baik sampai sudah

    ReplyDelete