Thursday, August 11, 2016

REVIEW Suicide Squad. Best ke tak?

Jangan dekat sangat dengan Harley Quinn tu bangg. Melekat gila dia karang. Haha.



Ok ni sinopsis dan review Suicide Squad aku. Don't worry aku jarang review movie jadi spoiler. Hehe. Review manja-manja je. Ahak!

SINOPSIS

Amanda Waller agen pmerintah US ditugaskan untuk handle satu situasi supaya dunia tak hancur dengan kuasa jahat dan dia ambil keputusan nak lawan kejahatan dengan kejahatan. Dr. June Moone 
(Cara Delevinge) seorang arkelogist masuk satu gua ni tapi tak sengaja terambil 'something' yang penuh kuasa jahat yang boleh jadikan dia ahli sihir 'Enchantress'. Tapi kuasa Dr June ni Amanda Waller ni boleh handle sebab 'hati' ke 'jantung' ahli sihir ni tah ada dekat dia. Kalau ahli sihir ni buat perangai dia cocok-cocok je hati ahli sihir ni. Tapi ahli sihir ni bahaya sebab kuasa dia tu memang jahat. Kira nya kalau dia berkuasa, dunia ni hancur ah.

Amanda Waller ni nak wujudkan satu team untuk tumpaskan something yang 'bukan manusia' (ahli sihir ni punya kuasa jahat lah) . Tapi team yang dia nak buat ni semua penjenayah. Dia tak nak korban kan askar-askar dia so dia ambil lah penjenayah-penjenayah ni laksanakan misi tu sebab kalau diorang mati pon macam takde hal lah kot sebab diorang ni pon semua 'bad people'. So team tu nama dia 'Suicide Squad' yang terdiri daripada penjenayah yang jahat tapi ada kekuatan masing-masing.

REVIEW AKU

Karakter Suicide Squad ni ada banyak. Tapi time flashback tu ada jugak pening sikit. Sebab dia kejap flashback, kejap cerita asal,pastu flashback balik. Editing agak messy sikit. Mungkin sebab nak bagi kita kenal semua watak penjenayah tu. Sebab penjenayah dia ramai dan ada jugak yang tetiba je datang dari celah bedah mana tak tahu. Tu nampak macam berterabur sikit. 



Watak yang paling menarik bagi aku? 4 ni je. Sebab 4 watak ni yang menonjol dalam cerita ni.



-Deadshot lakonan Will Smith ni nampak macam berperikemanusiaan la dalam ni. Dalam banyak-banyak penjenayah dia ni je macam normal sikit. Dia power tembak-menembak. Kalau dia tembak memang tak pernah tersasar lah. Tapi sebab aksi tembak-menembak ni dah biasa nampak dekat movie lain. Aku rasa skill dia tu macam biasa je lah. Muehehe.


-Karakter Harley Quinn ni paling best! Attractive dan funny jugak. Pastu pompuan ni memang gila. Saiko gila tapi dia best! Kalau watak dia mati cepat memang confirm bosan cerita ni. Dia lah penyeri cerita ni. Memang jenis tak makan saman dia ni. Semua main bedal je. Ye lah dah kata pon pompuan gila kan. Memang sewel ah. Tapi watak dia paling menarik dalam cerita ni.


-Jared Leto as Joker. Joker dalam ni macam tak berapa banyak sangat scene. Joker... Paham-paham je lah, mamat tu dah sah-sah ah saiko. Tapi Joker memang mat romeo dalam cerita ni.


-Enchantress/Dr. June Moone ( Cara Delevinge ). Bila jadi orang memang cun, jadi ahli shir dah macam jenglot dah. Ke memang jenglot tah. Haha. Bila watak dia ni keluar dah rasa macam tengok cerita hantu.

Tapi aku enjoy je tengok cerita ni. Banyak orang kata tak best tapi bagi aku best jugak cerita ni sebab ada pompuan gila tu.Haha. Harley Quinn tu lah membuatkan cerita ni menarik. Serious! Kalau watak Harley Quinn tu mati cepat mesti cerita ni hambar.




Overall memang best cerita ni. Better dari Batman V Superman bagi aku. Make sure korang tengok cerita ni sampai lah keluar credit. Hujung-hujung tu Batman ada buat kemunculan.


Aku bagi rating 8/10. Cerita psycho yang menarik ah kira. Yang kata tak best tu expectation tinggi sangat kot. Terhibur je aku tengok cerita ni. Hehe. Tak sabar nak tunggu sambungan dia.


2 orang ni lah geng tengok wayang sekarang.

Seketul Han terhibur di mana-mana.

ლ(╹ε╹ლ)

Ajet-ajet badan ada six pack. 
ᕦ(ò_óˇ)ᕤ





Habis tengok wayang saja cuba-try-test spek ni. Tah kenapa suka beno aku depan spek bulat-bulat ni. Ehehe. ლ(╹◡╹ლ)




Korang dah tengok ke cerita Suicide Squad ni? Bagi korang best tak? Berapa bintang nak bagi? (=^_^=)




21 comments:

  1. yg taw pasal komik2 dc je akan kenal watak2 dalam movie nie..
    bagi yg newbie agak susah nk paham kot...

    kaissi.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok cerita ni memang tak kenal siapa-siapa pon. tengok untuk enjoy the movie je. tapi ok je. best jugak layan cerita ni. hehe

      Delete
  2. dah!!!
    Best sampai rasa macam nak tengok lagi je...saya bagi 4/5...
    tapi lebih suka dengan watak Diablo....power dia lagi hebat dari semua..tapi tulah....tak sangka plak macam tu je...

    ReplyDelete
  3. dah tengok, watak semua mantap..yang tak bestnya jalan cerita..huhu

    ReplyDelete
  4. Cerita Suicide Squad best lah. Rugi betul org yg kata tak best tu. Cerita nie kelakar dgn perempuan gila tu je. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. Perempuan gila tu penyeri cerita ni sebenarnya hehe

      Delete
  5. Sangat best movie ni. 4.5/5 boleh bagi. Cumanya watak joker tu hanya watak sampingan utk ceritakan cemana boleh wujudnya harley quinn tu je. Watak quinn memang terbaik. Kadang terseram pulak masa enchantress tu keluar 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila enchantress tu keluar rasa macam tengah tengok cerita hantu pulak hehe

      Delete
  6. org yg ckp x best yg dc comic fans n mmg die hard fan diorg. sbb x sama mcm yg dlm comic. movie goer mmg akan ske movie ni. sbb x kan relate dgn ape2. kte tgk mcm tgk moovie lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe. sebab memang tak baca comic ni. so tengok dengan memang tak ada expectation apa-apa lah. tu rasa best je tengok cerita ni hehe

      Delete
  7. dah lamo tak g tgk wayang... nuffnang tak kasi tiket wayang lagi ekkk...

    ReplyDelete
  8. Comelnye han..... singgh blog puteripurple13.blogspot.com

    ReplyDelete