Wednesday, August 10, 2016

Open house Nuffnang dan rakan taulan

Ni semua cerita pergi open house masuk dalam satu entry. Masa sangat lah mencemburui aku sekarang. Nak update blog boleh time malam je sebab siang menjaga Han. Kalau siang Han tidur pon kena settle kan kerja rumah mengemop lantai,masak, lipat kain, sidai baju semua. Nak update malam pon tunggu Han dah tidur baru boleh pegang laptop. Tapi bila malam,Han dah tidur tetiba aku pon akan mengantuk dan tertidur jugak. Sudah nya sebab tu lah banyak entri tertunggak. (╥_╥)


Dah ada anak ni penat dia lain maciam sikit. Ye lah dulu zaman bujang jaga diri sendiri je. Ni dah kena jaga suami dengan anak tu beza lah rasa nya kan. Penat-penat pon tapi rasa happy gak lah tengok anak membesar depan mata. Nak tambah anak sorang lagi memang tak lah buat masa ni. Penat weh jaga anak lagi-lagi time dia nak melasak ni. Memanjat sini sana.Habis semua benda aku kemas dia punggah nya.Kena lah kemas balik. Sabor je lah mak enon.


Yang tak kahwin lagi dan ada niat nak anak sebanyak satu team bola tu, emm GOOD LUCK je lah aku ucapkan. Dah jaga anak nanti baru lah merasai susah senang jaga anak tu dan kalau still nak anak seramai satu team bola jugak,kau memang kental beb. Salute toing toing lah.Heee.


Ok cut the crap. Nak cerita pasal open house sebenarnya ni melalut pasal anak pulak.



Mula-mula pergi rumah Aisyah dengan Ridzuan ni. Banyak gila menu pastu semua Aishah ni masak sendiri pulak tu. Tabik toing toing betul aku dengan dia ni. Ada lodeh, mihun singapore, soto, rendang bagai. Rajin betul Aishah ni masak semua benda. Kalau aku, aku tak tahu lah rajin ke tak nak masak semua menu untuk open house. Setakat family aku dengan family mertua aku datang rumah, rajin lah aku masak.Tu pon kadang-kadang malas. Haha. Untuk tetamu datang ramai-ramai tak ada pengalaman masak lagi sebab husband aku tak nak buat open house tahun ni so selamat aku. 

Hari yang sama pergi rumah Mirul dengan Najwa pulak. Satu uni dengan depa ni dulu. Tapi aku tak pernah nampak pulak time study dulu. Sebab depa ni batch husband aku dan lain course pulak. Memang tak pernah nampak ah cerita dia. Uni tu bukan sekangkang kera je besar nya. Lagi pon aku kan muda remaja, tak kenal sangat akak dengan abang senior ni. Haha.


Abang senior yang aku kenal, husband aku je lah time dekat uni dulu.  Dah ah percintaan banyak drama. Tak sangka lak berjodoh. Haha.


Suka pulak Han ni diapit awek-awek. Najwa ni tauke macaron tapi aku tak pernah rasa lagi macaron dia jual. Aku ni dah ah suka macaron. Harap lepas ni aku dapat rasa macaron dia.Hehe.


Ni hari lain pulak. Pergi rumah Carl dengan Belle. Makanan semua sedap gila. Han ni bila orang hulur duit raya memang laju je dia ambil.

Tapi pastu dia baling dekat bawah dan suruh aku kutip. Adeh (T_T). 

Tengok lah Ammara tu sedap betul nyonyot mak dia punya baju. Haha.

Next open house. Pergi rumah Kak Di. Mula-mula nak duduk luar je dekat khemah pastu kak Di suruh masuk dalam pulak sebab ada anak kecik takut panas ke apa. Aku pon masuk lah ke dalam rumah.

Pastu Han nampak mainan. Rayyan anak Kak Di punya kot.

Habis dia punggah. Kejap bawak keluar kejap masuk kan dalam bekas balik. Kejap dia pi baling. Kejap dia pi sorok kan bawah sofa. Suka hati lah nak. Janji senyap dan duduk diam-diam dekat situ.

Kalau borak dengan kak Di suka dengar dia bercerita sebab mulut dia pot pet pot pet tapi best. Haha. Aku ni memang suka tanya. Satu soalan aku tanya, 5 karangan dia punya jawapan tapi semua meaningful lah.


Satay sedap gila kak. Cupcake red velvet pon sedap.Yang lain tak sempat nak makan sebab datang pon memang dah lambat. Tapi kak Di tiap-tiap tahun mesti ajak aku datang open house, aku je tak pernah ajak lagi dia pergi open house aku sebab aku pon tak pernah buat lagi open house. Heee. Tapi tahun depan punya open house jangan lupa ajak jugak kak! Haha.




Next. Ni bersiap nak pergi open house Nuffnang.

Aku tak tahu lah kenapa sekarang anak aku suka beno masuk dalam laci. Dia imagine dia Doraemon nak pergi masa depan ke macam mana ni?



Sekarang ni aku dah suka chiffon shawl pulak. Sebelum ni aku suka pakai cotton shawl tu. Tapi sebab aku baru berjinak pakai chiffon ni,macam-macam style aku cuba pakai dan bereksperimen. Asal keluar je mesti husband aku muka pelik, semalam style lain,hari ni style lain. Pening dia tengok tapi ada jugak style yang dia suka. Hehe. Tapi orang selalu ingat aku pakai instant shawl. Padahal gigih aku melilit shawl, kadang-kadang sampai tercekik. Kahhh.


Ada sekali tu aku nak balik kampung, pakai pulak shawl style berjuntai sebelah. Sebelah tu ala-ala loose lah.Pastu aku sedap tidur dalam kereta. Longgar agak nya sebab loose kan. Bila aku bangun tidur je habis semua shawl aku tu kebelakang dah togel nampak serkop je. Dah tak rupa orang, macam memerang dah. Memang buruk beno ghupenyer. Punya lah husband aku gelak terkekeh-kekeh. Aku ingatkan apa benda lah. Rupanya sepanjang aku tidur, ada lapan belas gambar dia pergi snap dan rakam video.Video semua annoying gila lak tu.Muka aku dah ah tak rupa orang time tu.Dia siap review lagi gaya aku tidur. Seram sejuk aku melihatnya.


 Pastu dia cakap jangan memain dengan dia, kalau tak, dia upload semua gambo dengan video tu. Oii ni dah kes mengaibkan ni. Niat dia dah ada tu. Tak boleh jadi ni. Bahaya ni. Senyap-senyap aku delete semua gambar aku dalam phone dia dengan gambar-gambar dia sekali aku TERdelete. Perghh terus cuak aku sebab semua gambar dalam folder hilang. Tapi aku buat biasa je lah macam tak ada apa-apa berlaku. Hari-hari muka selamba mak enon je menghadap dia.


Tapi haritu dia pelik asal phone dia dah tak ada gambar lansung. Aku cakap lah aku ter back up phone dia sebab tu semua gambar hilang. Tapi dia percaya lah pulak. Lurus macam pembaris jugak laki aku ni. Kahkah. So aku terus lah duduk diam-diam situ. Tipu sunat takpe. Haha. Tapi kalau dia baca entry aku ni habis lah kantoi. Tapi benda ni jadi ada lah dalam sebulan lepas so aku rasa dia pon dah lupa.Kehkeh.




Open house nuffnang kali ni buat dekat Glass House Seputeh. First time aku pergi tempat ni, selalu nampak dekat instagram je orang buat event dekat sini. Cantik jugak tempat ni.

Mula-mula elok je Han pakai songkok.

Pastu dia pi baling songkok tanpa rasa bersalah.

Muka aku ni lah jadi tukang kutip semua benda yang dia pi baling.Sekarang ni aku memang kena bawak handbag besar untuk letak barang-barang yang Han baling. Tapi sebenarnya dalam handbag aku memang penuh dengan barang dia je. 



Sekarang ni Han dah tak nak dekat orang. Susah hati betul aku dia tak nak dekat orang sebab susah aku nak makan dengan tenteram. Haha. Dulu kalau pergi event, Daphne ni selalu dukung dia, dia nak je. Sekarang ni dia dah kenal aku dengan husband kot so dia nak aku/husband je dukung. 


Pastu Daphne ni nak juga dukung Han sebab dia ni memang suka budak-budak. Pastu aku cakap umpan lah dia dengan makanan mesti dia nak sebab dia kuat makan. Daphne pon ambil papadom bagi dia, dia pon nak lah dengan Daphne tapi sekejap je. Dia dah start gigit papadom tu dia nangis tak nak dekat orang dah. Alahai Han kenapa lah begini. Susah lah mama dengan papa nak menternak lemak camni. Haha.

Penyudah nya husband aku makan tembikai saja. Tapi dia memang tengah diet pon so dia tak kesah lah makan buah je. Aku ni memang kena makan nasi. Kalau tak, aku akan sentiasa lapar. Banyak juga aku makan haritu. Cendol pon sampai 2 round aku bedal. Han duduk dengan papa dia, aman lah jugak aku nak makan. Hehe.


Rina ni maintain je dari dulu sampai sekarang anak dah 2 pon muka cun awet muda je. Cemburu aku melihat nya. Haha. Tian Chad u kawen jangan lupa ajak i ok. Kihkih.

Time open house ni banyak jumpa staff nuffnang yang buat sales dan ad ops semua. Sebelum ni selalu contact dekat dashboard je sekarang baru lah tahu siapa yang di belakang tabir semua tu. Teruja aku berjumpa semua orang sebab dah tahu dah siapa yang selalu contact aku. Heee.

Kesian YY penat dari pagi sampai malam banyak event nak handle. Nanti i belanja u sashimi ok. Hehe.

Time raya ni memang makan je lah kerja aku.

Tapi kalau tak raya pon kalau ada buat makan-makan ajak lah aku. Aku memang suka menternak lemak di mana-mana dan bila-bila masa pon.Heee.

Tu je nak cerita. K bye! ✿♥‿♥✿


14 comments:

  1. time raya la lemak melemak ...bulan puasa kempis, bulan raya kembung balik...alahai

    ReplyDelete
  2. tapi kan Cik Epal, kalau anak friendly sangat nak kat orang pun kita risau jugak T_T dulu anak I sombong, taknak orang , pandang lambai semua taknak. I macam bangga je. sekali dah 3 tahun ni over frenly semua dia tegur , orang peluk dukung panggil duk atas riba semua dia ok je seram pulak dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka dia nak dekat orang time kita nak makan je. Hehe. Time lain risau jugak.

      Tapi sekarang memang dia tak nak dekat orang. Dah kenal muka mak ayah dia kot. Dulu tak kenal orang. Siapa nak dukung je semua dia nak

      Delete
  3. Suke msuk blog cikepal..btw guna id hubby ni huhu cantik sgt baju tuu..beli kt maner ������

    ReplyDelete