Monday, August 8, 2016

Menternak pinggan Corelle

Dari zaman study sampai sekarang, aku memang pantang nampak Guardian. Boleh habis kan masa berjam-jam melepak masuk dalam tu. Ada love-hate relationship tau dengan Guardian ni.

Love- Suka masuk sebab segala tok nenek barang ada dalam tu kan? Suka lah belek sini sana. Kadang-kadang sampai sejam masuk pon tak decide lagi nak beli apa. Haha. Punya lah rambang mata. (✿ ♥‿♥)

Hate- Sebab tak suka masuk Guardian ? Kalau tak melayang duit dekat situ tak sah. Huhu. (╥_╥)


Husband aku selalu pelik. Dia kata "Apa yang best sangat masuk Guardian tu? Tak faham lah. Tak bosan ke u duduk lama-lama dalam tu"

Eh eh. Kenapa pulak nak bosan? Guardian ni syurga membeli-belah kot. Guardian ni semua benda ada! Sebab dalam satu kedai ni boleh beli macam-macam. Boleh beli syampu sambil beli mascara. Nak beli panadol boleh terambil lipstick. Nak beli lotion boleh ambil jajan sekali. Nak beli minyak cap kapak boleh terambil coklat pulak. Haha. Memang one stop solution ah Guardian ni. Satu terapi ah untuk aku kalau masuk tempat-tempat begini. Pastu tengok semua barang tersusun cantik pon rasa best dan mendamaikan. Hehe (✿◠‿◠)

Kadang-kadang kalau pergi mall mana-mana husband aku nak jumpa kawan dia/ dia ada hal nak buat, memang aku suruh dia tinggal kan aku dalam Guardian je. Dia pon dah paham sangat dah dengan aku.Dia pon tahu aku memang jenis membelek-belek barang lama. Aku memang gitu. Kadang-kadang semua produk tu nak baca ingredient takut ada barang terlarang ke apa and cek tarikh luput bagai. Bab-bab produk ni aku memang teliti sikit. Kang pergi tempat mekap, try tester pulak. Tu boleh ralit je duduk dalam Guardian ni.


Tapi haritu masuk Guardian terkejut aku ada jual pinggan. Pinggan Corelle pulak tu. Pastu harga murah gila. Kena spend RM30 je untuk aku dapat beli pinggan ni dengan harga diskaun. So apa lagi. Terbeli lah! Haha.



Dulu aku tak kisah sangat pasal pinggan mangkuk ni. Lagi-lagi time bujang dulu. Cuma ibu aku ada ah pesan nanti aku dah kawen dia nak bagi pinggan Corelle dia dekat aku. Hobi ibu aku ni menternak pinggan jugak dekat rumah tu. Haha. Aku pon tak faham kenapa perlu beli pinggan Corelle ni banyak-banyak pastu tersadai dalam almari. Pastu ibu aku kata "Tu untuk tetamu datang.Tetamu ni bawak rezeki tau. Kena hidang pakai pinggan cantik-cantik. Ni nanti anak-anak ibu kawen tak payah beli pinggan dah. Ambil je pinggan ibu yang dah beli ni"

Aku pon ok je. Jimat duit aku tak payah beli pinggan. Haha. Bukan aku kisah pon pasal pinggan. Janji ada kan? Dapat pinggan free beli ubat gigi pon aku bedal je guna. Janji pinggan. Haha.

Tapi bila dah kahwin dan dah jadi mak-mak ni, tetiba suka lak kumpul pinggan. Tu lah dulu mengata ibu aku, sekarang aku pon dah jadi penternak pinggan dekat rumah. Adeh.

Dalam banyak-banyak pinggan, kenapa Corelle? Ibu aku cakap Corelle ni tahan lasak, nak cuci pon senang, cantik pastu sangat ringan.


Yang paling aku setuju cakap ibu aku sebab dia ringan. Bila tetamu datang tak ada lah berat sangat nak mengangkat pinggan tu. Kalau guna pinggan biasa serious berat pastu kadang-kadang senang pecah pulak tu. Kalau corelle ni, dah ah ringan pastu kalau terjatuh ke apa memang susah nak pecah. Sebab tu aku suka tu.Corak pinggan pon cantik dan sweet gitu.


Pyrex ni ada warranty 2 tahun.

Ikan patin tempoyak. Ada 2 ketul je ikan. Dah 2 orang dekat rumah je makan. Han tak boleh makan tempoyak lagi. Hehe.


Suka lah corak pinggan dia. Simple je tapi comel :D





Makan dulu. Hehe.



Jimat sampai 70% tu. Memang berbaloi-baloi sangat!




Singgah Guardian boleh lah beli pinggan mangkuk ni. Pinggan mangkuk Corelle ada waranti 1 tahun, yang Pyrex pulak ada waranti 2 tahun. Tak payah kumpul setem atau point. Belanja minimum rm30.00 dalam satu resit je dekat Guardian dah boleh kumpul pinggan mangkuk Corelle/Pyrex yang cantik dan bermutu tinggi ni.

Promosi ni sah dari 23 Jun sehingga 31 Ogos 2016. So cepat pergi Guardian beli ok. Boleh kita menternak pinggan sama-sama. Haha.






21 comments:

  1. Assalamualaikum,
    wahhhhhhh tak tau lah pulak Guardian dah ada pinggan bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tu lah kan. Kita pon baru tahu ada jual pinggan :D

      Delete
  2. hahaha...akak dah dapat 2 mangkuk corelle....cantik pulak klau dapat komplitkan semua semua jenis tu kan.

    ReplyDelete
  3. Akak pun masa memula kawin giler kumpul dari set pinggan corelle sampai corningware.. akak nyer set european herb. tu pun duk nak tambah tapi kena stop kang en husband bising.. kalo g kat Langkawi bersepah sana jual.. murah2 pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selalu beli dekat Langkawi pon sebelum ni sebab murah hee

      Delete
  4. memang cantik corak-corak bunga dia :) samela kita kalau masuk kedai berjam2 duduk =D

    ReplyDelete
  5. Salam Perkenalan dari Yani,
    Nak beli Pyrex skali dengan lauk boleh?
    Sedap no lauk dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak berapa ketul ikan patin tempoyak? hehe

      Delete
  6. Woww..nk beli jugak la tak yah oder kt akak..gigih pulak ship dr ames!��

    ReplyDelete
  7. salam cik epal
    ky pun menternak Pinggan Mangkok Corelle. betullah cakap emak tu.tetamu datang harus diraikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. aah tetamu kan bawak rezeki :)

      Delete
  8. lama dah i tak masuk guardian ni..

    ReplyDelete
  9. sis pun baru nk ternak pinggan hihi. mmg comeiii dh lama mengidam

    ReplyDelete
  10. saya pun suka masuk guardian. suka sgt test lipstick, habis tangan lekat macam2 colour. hehe.

    ReplyDelete