Wednesday, August 31, 2016

Happy Birthday yang ke 10 Nuffnang ! Waa dah masuk darjah 4 lah. Hehe

Pejam celik pejam celik dah 10 tahun rupanya Nuffnang ni. Masa dapat invitation birthday party ni, talent manager suruh pakai baju putih. Aku ni dah lah tak banyak baju putih. Korek-korek almari nasib baik ada jugak baju putih. Mix and match je lah. Senang. Han pon pakai baju putih jugak. Hehe.

Buat dekat Make Space @ Quill City Mall. First time aku masuk Make Space ni. First time jugak sampai Quill City Mall. Datang-datang terus Jack bagi benda ni. Pastu tengok Jack tak pakai baju putih. Aik kata suruh pakai baju putih. Rupanya talent je pakai baju putih, client pakai baju hitam, staff nuffnang pulak pakai baju colour block warna-warni suka hati. Haha.

Dah nampak dah kek tu.

Happy 10th Birthday Nuffnang! Dah sepuluh tahun rupanya. Kejap je rasa masa berlalu. Aku dengan Nuffnang masa aku study lagi. Tak ingat pulak sign contract tahun bila. Ada dalam 6-7 tahun jugak kot dengan Nuffnang ni. Time study dulu kalau dapat cek blogging je mesti happy gila.Terus happy boleh bagi duit dekat parents even tak kerja dan masih study. Gembira ada income blogging sebab dah tak payah susahkan parents. Rasa satu kepuasan bila kita dapat beli apa-apa yang kita nak guna duit sendiri .

Tapi tak sangka sampai sekarang aku dah kawen ni pon still ada rezeki dengan blogging. Thanks Nuffnang! :)




Photobooth sekarang makin lama makin advance lah. Makin maju kehadapan. Bagus-bagus. *beri tepukan gemuruh*

 Dulu pakai kad dan prop je bergambo dengan photobooth. Pastu keluar machine photobooth tu pulak. Tangkap gambar terus dapat gambar time tu jugak. Yang sekarang punya photobooth lagi canggih. Terus dapat gambar jugak tapi yang ni boleh buat video macam boomerang tu. So gambar kita tu macam bergerak lah. Dalam 5 saat tu kena cepat-cepat tukar pose.

Kesian anak aku. Haha. Aku cuit secoet je. Bapak dia tu over betul.

Photobooth ni dapat gambar dan video.Video boomerang tu ada. Macam kelakar pulak muka memasing bila gerak-gerak.




Dulu buat blog ni just suka-suka je. Memang tak terfikir nak glamour ke nak buat duit ke. Tulis pon pasal diri sendiri. Benda merepek-meraban je banyak. Tulis pon main bedal je.Update cerita dekat blog ni pon untuk update moment. Kadang-kadang terlupa. Tu bila pernah cerita benda yang kita lalui, bila baca balik memang mengimbau kenangan lah.



Bila baca balik entry-entry lama, rasa macam "eh aku pernah pergi tempat ni rupanya", "eh aku pernah buat macam ni" "perghh macam mana aku boleh tergamak pakai baju macam orang gila ni". Hahaha dan lain-lain. Macam-macam perasaan ada. Tak sangka lah aku sungguh keanak-anakan di zaman baru nak up.Kahkah. Tapi bak kata omputeh, 'Let Kids Be Kids'. Masa tu umur pon baru 18-19 tahun,sah-sah tak matang.Masih mentah dan kurang waras. Kihkih. Zaman nak up dah rasa buat benda pelik-pelik, so dah makin dewasa ni tak ada lah rasa nak buat benda pelik sangat.  Sebab dulu dah merasa buat macam-macam benda aneh. Haha. Karang dah tua buat benda aneh lagi lah dikecam masyarakat. Lagi hazab. Ehehe.


 Dulu takut nak jumpa orang. Sekarang bila banyak buat advertorial kena pergi event, jumpa client tu client ni. Ada rasa naik sikit lah confident diri. Tapi sikit je lah ye. Haha. Sebab kalau dapat advert yang suruh aku bercakap depan orang ramai tetap aku gemuruh ye. Tangan dan mulut sekali menggeletar. Kehkeh.



Thanks to my talent manager YY, best gila YY ni. Ceria dan positive je. Aku memang suka orang-orang periang ni. Heee. Thanks Nuffnang banyak beri peluang buat macam-macam campaign.  Happy 10th Birthday Nuffnang. Semoga terus success ye! :)

14 comments:

  1. wah dah 10 tahun ye. happy birthday :D comel je si Han tu. heeehe

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat invitation dari nuffnang... Meriah!

    ReplyDelete
  3. ingat lagi ko gigih tanya aku macam mana nk buat dengan nuffnang ni haha
    tahniah utk ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha zaman awal buat blog, semua tak tahu pape blur-blur ayam

      Delete
  4. haha nuffnang sayang boleh laaa. kekeke

    ReplyDelete
  5. hahaha...untung kenal blog masa umur 18 19 thn. sy ni lagilah.. baru kenal umur 20 lebih. ;') kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu bosan dekat uni. tu buat blog satu. boleh merepek cerita macam-macam hilangkan stress. hehe

      Delete
  6. tahniah cikepal...sy baru setahun jagung dlm dunia blog ni..btw sudi2knlah jenguk
    adianazulhilmistory.blogspot.com

    ReplyDelete