Friday, August 19, 2016

Dulu tak berapa suka budak-budak. Tapi bila dah dapat anak, automatik naluri keibuan tu datang sendiri


Bila dah jadi mak-mak ni, nak pergi mana-mana walaupun sekejap mesti terfikir pasal anak. Dulu aku tak berapa suka sangat budak-budak,memang tak ada naluri keibuan lansung lah, tapi bila dah ada anak ni baru lah ada rasa suka nak layan budak-budak. Dulu brutal gak semua main langgar je, dah ada anak ni baru jadi penyayang lemah lembut sikit. Auwww. Haha. Bila dah mengandung dan bertarung nyawa nak bersalin tu, bila dapat anak je automatik naluri keibuan tu datang sendiri. Aku rasa bukan aku je kot macam ni, mesti ramai juga perempuan yang dah jadi ibu rasa apa yang aku rasa ni.

Aku paling risau kalau Han sakit atau jadi apa-apa dekat kulit dia dan aku takut kalau bagi dia makan benda yang tak sepatutnya dia makan lagi. So aku memang sangat jaga diet dan pemakanan dia.





Korang ingat tak benda ni? Aku rasa banyak jugak yang ada memori kanak-kanak dengan benda ni. Teringat dulu masa kecik-kecik, nak makan sesudu benda ni kemain susah ibu aku berusaha suruh aku dengan adik-adik makan. Haha. Berlari-lari ibu aku kejar aku sebab aku tak suka makan benda ni. Lagi-lagi yang warna putih tu. Warna oren tu ok sikit.Alaaa budak-budak kan, jajan suka ah makan. Benda-benda yang nampak macam ubat tu memang pecut lari dulu kalau mak suruh makan. Hehe.

Ibu aku selalu cakap benda ni bagus, nanti jadi pandai kalau makan. Alaaaa mak-mak mesti lah kena pandai saiko anak kan suruh makan. Sebab nak jadi pandai, aku pon telan je lah. Lama-lama aku suka yang warna putih tu. So dua-dua pon aku boleh telan. Benda ni glamour sangat masa zaman aku membesar dulu. Jiran-jiran aku yang ada anak sebaya dengan aku pon semua mak diorang bagi makan benda ni.

Scott's Emulsion ni dalam bentuk liquid. Sekarang dah ada dalam bentuk gummies pulak. Nak tengok tak?


Tadaaa! Nampak lagi menarik kan? Hehe. Ada 2 perisa. Satu perisa strawberi.

Satu lagi perisa oren.

Budak-budak kan memang suka makan benda-benda berperisa oren dan strawberi ni. So memang sesuai sangat lah tu. Ni bukan budak-budak je suka. Mak budak pon suka. Hehe.


Kenapa kena bagi Scott’s® DHA Gummies ni dekat anak kita?

Ok aku yang tanya tapi aku yang jawab. Hehe. Budak-budak ni kan selalunya cerewet nak ambil supplement kan? So bila ada Scott’s® DHA Gummies ni diorang dah tak takut lah nak makan sebab nampak macam gula-gula je kan. Kenyal-kenyal pastu sedap lak tu. Dah lah bentuk pon comel. Ada bentuk ketam, ikan,  dengan sotong,lagi senang lah nak tarik minat budak-budak ni nak makan gummies ni.

Jangan risau nak bagi anak kita gummies ni sebab Scott’s® DHA Gummies ni datang dari minyak ikan tulen berkualiti tinggi yang telah pon diuji dan mematuhi kualiti antarabangsa dan piawai ketulenan.Memang produk ni berkualiti tinggi dan bagus lah so don't worry. Yang penting dijamin HALAL oleh JAKIM.

Scott’s® DHA Gummies ni tak sesuai untuk budak yang ada alergi dengan ikan. Kalau anak ada alergi ikan tak sesuai nak makan sebab Scott’s® DHA Gummies ni diperbuat daripada minyak ikan. Kalau tak ada alergi ikan, memang sesuai sangat lah ambil. 

Scott’s® DHA Gummies ni sesuai bagi untuk budak-budak yang dah 4 tahun ke atas. Han dah 4 tahun nanti confirm aku akan bagi dia makan Scott’s® DHA Gummies ni. Heee.


Satu hidangan Scott’s® DHA Gummies ni ada 40mg DHA yang mampu melengkapkan keperluan DHA harian anak-anak kita.  Comel kan gummies bentuk ketam, ikan dengan sotong. Rasa pon sedap sangat. Lepas aku ambil gambar ni,aku terus makan semua masuk mulut. Makin bijak lah aku lepas ni. Haha.



Kita selalu dengar pasal DHA kan? Tapi apa sebenarnya DHA ni? Kenapa DHA ni penting untuk kita, lagi-lagi untuk budak-budak?


-DHA ni adalah satu bulding block yang penting untuk otak dan mata kita. Badan kita perlukan development yang betul dan berfungsi dengan sistem saraf dan penglihatan.

-Badan kita perlukan DHA, sebab tu kita perlu dapatkan DHA yang lain tu dari makanan yang kita makan atau makanan tambahan.

-Sejumlah kecil DHA terdapat dalam ayam dan telur.

-The best food source of DHA is oily, cold water fish.

-DHA adalah omega-3 fatty acid.

-DHA bermaksud 'asid docosahexaenoic' (so no wonder lah semua orang panggil DHA. Hehe)


So memang penting lah kita bagi DHA untuk anak-anak kita bila dah semakin membesar. Ibu-ibu boleh try bagi Scott’s® DHA Gummies ni dekat anak-anak. Mesti diorang suka punya. Sebab rasa dia memang sedap dan tak berbau or rasa hanyir lansung walaupun diperbuat dari minyak ikan. Rasa dia macam makan gula-gula kenyal perisa strawberi dengan oren. Serious sedap. Pastu sangat bagus untuk perkembangan otak anak kita.


Scott’s® DHA Gummies ni dah available dekat pasaran dah. Haritu aku ada nampak dekat pharmacy macam Guardian dengan Watson tu.Korang dah boleh beli sekarang. Confirm tak ada adegan lari-lari kerja anak dah, entah-entah korang bagi 3 bijik, diorang mintak lagi gummies ni sebab sedap. Hehe :)

Nak tahu info lebih lagi, boleh pergi laman web diorang
dan Facebook dekat sini https://www.facebook.com/ScottsMalaysia 








38 comments:

  1. menarik scotss gummies ni...boleh try bg kat anakku bila dia dah besar nanti

    ReplyDelete
  2. share la skincare tips, muka kite gerutu tahap apa dah ni huhu. 23 dan masih gerutu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti buat entry pasal ni. tungguu hehe

      Delete
  3. oo baru saya tahu produk scott ni macam2 ea.

    ReplyDelete
  4. masa kecik memang tak suka makan ubat segala hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kata kecik, dah besar pon tak suka makan ubat hehe

      Delete
  5. Tahniah.. dah dpt anugerah dariNYA..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. comel. budak-budak memang susah lah nak tolak kalau dapat makan gummies ni hehe

      Delete
  7. kan.. minyak ikan bagus untuk otak :) kalau preg bleh mkn ganilia :)

    ReplyDelete
  8. ni rasanya makpak budak pun join makaan ni. berebut dengan anak. hehehe

    ReplyDelete
  9. ciss kenapa masa saya kecik dulu takde jual yang gummies tu T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi dekat anak pulak nanti hehe

      Delete
  10. OOO. jadi itulah rupa gummies tu... sayang pula nak makan :D

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. ni bukan anak je makan ni.. mak bapak dia pun ngap skali..

    tapi bab nak saiko anak tu aduhai.. banyak kali dah try suruh anak makan scott oren tu.. haritu sekali je dia nak.. pastu taknak dah.. mungkin sebab ada rasa pahit2 sikit kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try bagi gummies ni pulak. mesti diorang suka :D

      Delete
    2. boleh di try.. tapi kene tunggu besar sikit.. si abang tak pandai lagi makan gula-gula.. hehe..

      Delete
    3. better bagi bila dah umur 4 tahun ke atas . Dia dah pandai kunyah sendiri :D

      Delete
  12. budak-budak ni tak cukup sebijik ni, sebungkus terus habis skali makan..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan mak pak budak nya yang habis kan sudah lah ehehe

      Delete
  13. nih kalau beli sebungkus nih mau berlaku peperangan saudara nih.. hee~

    ReplyDelete
  14. Tq atas info ni. :)
    Comel².. Tp klau bg kt zara ni, silap² 1 hri hbis sebungkus tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. overdose sangat DHA dalam otak nanti karang haha

      Delete
  15. Kita yang dah besar ni pun rasa nak makan juga :D

    ReplyDelete
  16. Untungnya jadi budak-budak zaman sekarang. Macam-macam jenis makanan tambahan ada. Nak beli jugak la. Makan sendiri je. Haha.

    ReplyDelete
  17. kita yg dah bsr pnjg ni pon teetarik nk mkn..hehe

    ReplyDelete