Wednesday, July 27, 2016

Team Raya Perak pulak. Lebih 500 waris keluarga Alang Ahmad berkumpul. Wow ramai nya. Haha

Ni beraya dekat Perak pulak. Selalu terus je balik Taiping. Tetiba mak mertua aku whatsapp husband suruh pergi Kuala Kangsar dulu dan bagi waze location siap. Ada gathering sedara kata nya. Dalam kereta on the way ke Kuala Kangsar aku pon interview lah husband aku ni:

CE: Ni sedara yang mana satu eh?

JO: Entah.

CE: Sepupu u semua ada lah ni nanti?

JO: Ye kot.

CE: EEE u ni kenal sedara ke tak ni?

JO: Ramai lah sedara. Mana nak tahu nama sorang-sorang.

CE: Tak kan lah nama sedara pon tak tahu.

JO: Tengok muka kenal lah. Tapi ni mama kata ada ramai.

CE: Tapi tak tahu ke kita nak beraya rumah siapa ni?

JO: Entah. Kita pergi je lah dah mama suruh pi.

Kadang-kadang aku bercakap dengan dia ni sakit hati gak. Haha sabor je lah. Sebab dia malas nak ambil tahu hal-hal sedara ni. Aku ni pon tak ada lah nak ambil tahu sangat hal sedara aku tapi aku tahu lah nama masing-masing. Ye lah kadang-kadang sepupu dia pon aku tak kenal sebab dia tak kenal kan. Aku nak tegur orang tak kenal pon segan lah jugak kan. Aku kan pemaluwwwww. Haha.


Sampai Kuala Kangsar terus posing! Haha


Ok bila sampai sini memang terkejut lah aku. Memang ramai benor sedaranya. 

Husband aku pon cakap "haaa tengok ramai camni mana nak kenal sorang-sorang. Semua muka first time tengok"




Ok lah. Boleh dimaafkan. Kalau aku pon tak kenal kalau dah sedara-sedara jenis macam ni berkumpul. Makan tahun nak hapal nama masing-masing cenggini. Hahaha.

Macam-macam waris ada. Sticker pon macam-macam warna ikut waris/keturunan kot. Sampai-sampai je aku dapat sticker pink. 

Haaa yang ni aku kenal lah. Biras aku dengan datin vogue the vass. Hikss. Sampai-sampai je Kuala Kangsar aku terus cari datin dulu.



Seketul Han dan paksu wady.

Anak buah-buahan

Yang laki dengan perempuan pakai spek semua adik-beradik husband aku. Yang datin berspek mata hitam tu terkecuali lah. Haha. Dulu husband aku pakai spek berbingkai macam ipar duai aku ni gak. Kalau husband aku pakai spek berbingkai camnih memang nampak muka sepesen je depa ni sebab spek sama. Hehe.

Ni waris yang dapat sticker pink bergambo. 
Datin! Aku nampak gigi kau. Haha.


Kalau jumpa seketul Han dalam masa satu saat memang terror.


Keluarga husband aku dan keluarga makyang. Haa keluarga makyang ni aku kenal lah.

Yang dua ni tidak perlu diperkenal kan lagi. Haha.



Wow semakin sihat abang Jofliam. Mesti wife dia selalu masak sedap-sedap ni. Hahahaha.



*larikkkkkkkkk*




Masuk Berita Harian dengan TV3 rupanya. Aku ingat saja-saja je nak berkumpul. Hehe.



Ok nanti sambung lagi cerita raya hari ke enambelas pulak. K Bye!

16 comments:

  1. Best nya berkumpul ramai2 mcm ni. Tp betul lh.tak semua sedare sepupusepapat kite ingat nama. Kdg tu mber da lme baru taw ade hbgn saudara. Haha

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Bestnya dapat eratkan tali siratulrahim
    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  3. wowwww kerlas, mcmni pun mmg xtahu nama la jawabnya! hahahahaha

    ReplyDelete
  4. ramainyaa familyy! mesti meriah gila. btw, cik epal ni cantik sangaaaaat lah. angle mcm mana pun tetap cantik. nak menangissss tengok hahaha

    ReplyDelete
  5. ramainyaaa 0,0 kena introduce diri 1 by 1 tak ?

    ReplyDelete
  6. saya pun orang kuale kangsar jugak..hehe. selamat hari raya cik epal!

    ReplyDelete
  7. Camni punya ramai sampai bila pun tak ingat kalau jumpa sekali ni je...
    Wow jeles okeh tgk CE kemahen slim..

    Jom like page ni www.facebook.com/seqybeautyputrajaya

    ReplyDelete
  8. oo. yg keluar tv3 tu kannn :) meriahhh

    ReplyDelete
  9. uiii..ramainya! sampai 500 orang? siap masuk surat kabar lagi..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  10. Mak aii, besarnya keluarga Abang Jo..Btw, Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  11. mak aih, terkezut tengok ramai bebenor. memang takla nak ingat nama sensorang :P

    ReplyDelete