Sunday, July 17, 2016

Hujung minggu saya adalah bawak anak tengok wayang tengok cerita SULTAN . Best woo cerita ni

Semalam aku tengok cerita Sultan dekat One Utama. Kitorang ni kalau keluar memang tak sah tak tengok wayang. Kadang-kadang pergi wayang pon sampai dah tak tahu nak tengok cerita apa. Kadang-kadang cerita cina/tamil pon kitorang bedal layan. Haha.

Dulu zaman bercinta tengok berdua je. Tapi ni dah ada Han, tengok wayang bertiga lah pulak. Dah ah cerita Sultan ni 3 jam. Ye lah cerita hindustan kan. Memang lama ah. Lepas beli tiket, ada lah lagi 40 minit cerita nak start. So lepak dulu dekat cafe chillax dekat tgv ni.

Han ni behave kalau dalam wayang. Dia tak behave kalau dia tak dapat makan je. Kau jangan lah nak main-main or bergurau kalau nak bagi dia makanan. Dia nampak makanan pastu kau acah-acah tak bagi, confirm mengamuk. Haha kuat makan ini budak.

Masalah nya makanan orang besar yang dia nak makan. Makanan dia, semua dia geleng kepala tak nak makan. Sabor je lah.

Ni sibuk nak ambil nugget. Bukan tak nak bagi tapi sebab baru masak. Panas gila lah nugget tu. Kang bagi dia melecur pulak mulut. Han ni sibuk nak mencapai nugget. Papa Han ni pulak dok tepis-tepis tangan dia. 


Apa lagi. Mengamuk lah dia. Hahaha.

Dah ah rambut macam aku bakar elah. Sebab tak dapat nugget pon nak nangis. Alahaii bergegar satu cafe ni dengan tempikan dia.

Aku pon tiup-tiup je lah nugget tu kasi sejuk sikit. Dah dia ni tak menyabo nak makan. Bagi dekat dia terus gembira.

Tahukah anda bila buat anak anda bertenang dari mengamuk sakan adalah perkara yang membahagiakan kepala otak dan menenangkan hati?

Layan betul muka makan nugget.

Tak tahu review cerita ni best ke tak. Main redah je tengok.  Sebab aku tengok cerita Salman Khan "Bajrangi Bhaijaan" sebelum ni best. Harap nya cerita Sultan ni pon best gak ah.

Pastu tengok ada royale popcorn baru perisa mangga. Harus lah beli noks. Sedap weh royale popcorn mangga ni tapi manis nak meninggal lah. Rasa memang padu. Mini hotdog jangan dilupa. Itu untuk aku mengunyah. Air harus lah air kosong, acah-acah jaga kesihatan. Padahal makan popcorn yang boleh menyumbang kencing manis. Jaga kesihatan lah sangattttt. Kehkeh.

Nahhh nak bagi sinopsis SULTAN. Versi cerita aku lah tapi. Kehkeh.

Cerita dia camnih. Aakash Oberoi (Amit Sadh) a young entrepreneur, tengah breakdown sebab idea dia nak bawak Mixed Martial Arts contests dekat India tak menjadi. Lepastu ayah dia ni advice dia untuk cari local fighter untuk tarik minat local balik. Ayah dia suggest lah nama Sultan Ali Khan. Sultan ni kira legend ah. Memang power lah dia di zaman kegemilangan dia.

Sultan (Salman Khan) , bekas ahli gusti yang dah berumur 40 tahun. Aakash ni pergi lah cari Sultan dan offer job dekat Sultan nak suruh dia fight balik. Tapi Sultan ni dah tua, badan pon tak fit, perut pon dah boroi sikit. Ye lah dah 40 tahun kan? Mana nak sama dengan zaman dia bergetah dulu. Haha.

Aakash ni cakap dekat Sultan bagi tahu je berapa bayaran yang dia nak, dia boleh bayar,janji Sultan ni masuk gelanggang balik. Tapi Sultan ni tak nak. Dia tolak lah offer Aakash ni.Aakash ni muda lagi so dia macam tak tahu sangat lah pasal cerita Sultan yang legend ni. So dia cari bestfriend Sultan ni sebab nak tahu kenapa Sultan ni tak nak jadi ahli gusti dah.

Bff Sultan ni cerita lah pasal asal-usul Sultan ni. Sultan ni jatuh cinta pandang pertama dekat Aarfa Hussain (Anushka Sharma). Aarfa ni ahli gusti peringkat negeri dan ayah dia pon wrestling coach. Aarfa ni power gak. Asal masuk pertandingan je mesti menang. Muka cun tapi ganas beb. Kau jangan cari pasal dengan dia nanti dia belasah kau.Hehe. Sultan ni macam pak lawak dalam kampung dia ni. Tapi dia berani approach Aarfa ni nak ajak kawen. Padahal baru kenal terus ajak kawen.Gelojoh betul. Haha.

Mula-mula Aarfa ni malas nak layan. Tapi pastu dia layan gak ah. Cuma dia dah warning siap-siap dia accept Sultan sebagai kawan je. Yang Sultan ni pulak feeling lebih,dia pi cakap dekat kawan-kawan dia yang Aarfa ni girlfriend dia. Bila Aarfa ni tahu, mengamuk lah dia. Dia cakap "bila masa aku jadi awek kau? Kita kawan je kan? Lagi pon kau ni nobody,tak ada masa depan,tak ada misi hidup. Aku ni dah berjaya, selalu menang tournament, tak sama taraf dengan kau. Kau apa ada? Setakat jadi pak lawak je.Masa depan ke laut. Aku akan kawen dengan ahli gusti yang berjaya macam aku jugak. Kau jangan memandai nak cakap dengan orang aku ni awek kau eh!!"

Haa lebih kurang camtu lah dialog dak Aarfa tu. Aku translatekan bahasa aku sendiri. Haha. Tapi terus sentapppp-hati-mak-nak bila Sultan dengar Aarfa cakap camtu. Dia pon sedih dan nangis tepi bucu katil. Sedih ah rasa dihina camtu.Balik rumah pon sedih je. Ayah dia cakap "kenapa sedih ni? Nangis sebab pompuan ke? Sabar lah nakkk.Belakang seorang lelaki berjaya mesti ada seorang perempuan. Kita boleh gagal/berjaya sebab perempuan. Ayah tengok kau ni pon macam tak ada masa depan. Cuba jadi orang sikit.Kejar impian kau. Baru orang respect kau."

Lebih kurang camtu lah dialog ayah dia. Tidak lah aku ingat semua butir ayah dia cakap.Haha.So untuk gain respect orang dan untuk pikat Aarfa ni, Sultan ni pon usaha berhempas pulas lah training untuk jadi ahli gusti. Sampai menang johan gusti peringkat negeri kauuu. Pastu dia kawen dengan Aarfa dan jadi ahli gusti diiktiraf mewakili India. Masuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia tu memang dia confirm menang punya lah.

Pastu Aarfa dengan Sultan ni terpilih untuk jadi peserta final Sukan Olimpik, tetiba Aarfa ni mengandung lak. So Aarfa ni terpaksa lah melepaskan impian dia dari kecik nak menang Olympic Gold Medal untuk India. Tapi dia happy untuk Sultan dapat pergi olimpik dan Sultan menang lak tu. Tapi lepas Sultan menang pingat emas olimpik tu terus dia jadi bongkak, angkuh dan sombong gila.Ada sekali tu Sultan nak pergi tournament, Aarfa cakap dekat Sultan " I nak beranak dah ni, tak payah lah pergi wrestling championship tu,due date dah dekat sangat ni banggg. I nak U ada di sisi I masa I tengah meneran nanti bangg. Please jangan pergi. I dan anak dalam perut ni perlukan u"

Lebih kurang gitu lah dialog dak Aarfa ni. Haha. Tapi Sultan pergi jugak international wrestling championship. Pastu jadi something dekat family kecil dia yang buat dia berubah dan tak nak dah jadi ahli gusti.Tapi lepas tu Sultan bangkit balik jadi fighter. Korang nak tahu apa yang jadi? Korang pi lah tengok dekat wayang. Lemak lah semua nak kena suap. Hahaha.





Gelojoh makan popcorn mangga.


Dalam wayang.




Mula-mula Han layan gak cerita ni.

Tengok hindustan kan, sah-sah ada lagu.Kalau ada part lagu je, beriya dia pon ikut joget. Angguk-angguk kepala.

Pastu bila dia bosan,bagi dia susu dan dia pon tidur dengan nyenyak nya dalam panggung. Aman tenteram aku dengan husband nak feeling lebih tengok cerita ni. Ehehe.




 Tapi best weh cerita Sultan ni. Serious tak tipu. Korang kena pi tengok. Banyak pengajaran. Dulu aku tak minat pon cerita-cerita Salman Khan berlakon sebab aku rasa dia poyo dan suka show off body. So aku jadi geli. Haha. Tapi dalam cerita Sultan ni dia show off jugak body dia cuma sebab jalan cerita dia best, benda tu macam mengaburi lah dari jadi geli dekat dia. Haha.

Cerita yang Salman Khan berlakon sekarang agak berkualiti jugak ah dari cerita yang dia berlakon dulu-dulu. Semenjak aku tengok cerita "Bajrangi Bhaijaan", aku dah mula rasa nak tengok cerita kalau Salman Khan berlakon. Cerita Bajrangi Bhaijaan best. Budak yang berlakon dalam cerita tu pon comel gila.Kalau korang tak tengok lagi boleh tengok. Lagi best dari Dilwale janam janam tu.

Cerita Sultan ni pon best. Banyak motivasi. Kalau kau rasa kurang self-esteem boleh tengok cerita ni.Mana tahu termotivasi pulak kan. Pastu cerita Sultan ni sedih gak. Ni kalau aku tengok sorang-sorang memang mengalir air mata jantan ku.Haha. Tapi sebab aku tengok dengan husband aku ni bertahan je lah tak nak nangis sebab dia suka nganjing aku kalau aku nangis. Menyampah tau.Haha.

Tapi bertakung gak ah air mata aku bila tengok part-part sedih. Lagi-lagi pasal family,perasaan ibu terhadap anak and etc. Aku punya lah tahan tak nak nangis. Habis je cerita ni, elok je laki aku terus tepat tengok mata aku. Terus ejek.

"eee eeee nangissss"

Aku pon cakap "mana ada. mana ada orang nangis" . Mesti lah aku tak nak ngaku. Nanti dia nganjing sampai esok. Haha.

"tu bertakung air mata tu. Tinggal tak jatuh je. Hahaha" Pastu gelak macam onggila.

Start dia cakap camtu, terus jatuh lah air mata aku tu kannn. Sebab dah bertakung lama benau.Haha. Hilang macho seh. Pastu dok nganjing, "eee nangis. Tengok hindustan pon nangis. Eee nangis."

Aku pon malas nak pandang muka dia. Acah-acah malas nak layan dia.Pastu dia cakap "ok lah, I akui memang sedih gak cerita ni. Best jugak. Banyak pengajaran."

Terus nak pujuk-pujuk. Aku pon ok je lah. Tapi bila dia nampak akak yang nak kutip sampah dalam wayang tu terus dia tegur akak tu

"kak tengok dia ni kak, tengok cerita hindustan ni pon dia nak nangis kak" pastu tunjuk-tunjuk aku dan gelak macam haremm.

Konghajoo tau laki aku ni. Sebab tu kalau tengok cerita sedih, aku pendamkan dalam hati je niat nak nangis tu. Kalau tak, lapanbelas hari nambelas malam dia bahan aku tanpa henti.Haha.




Pastu teman laki aku ni sibuk nak shopping kasut. Aku pon kena lah melayan Han. Han ni ada perangai suka tengok diri sendiri dekat cermin. Tu sampai cium diri sendiri. Obses benar perasaan terhadap diri sendiri tu. Sebijik macam perangai laki aku kalau tengok cermin. Haha.




Syok je lah bergurau dengan dia ni sambil tunjuk macam-macam aksi.

Tetiba udara yang segar menjadi kepam. Rupanya Han yakkk. Haha. Elok je aku tengah main dengan dia tetiba muka meneran. Ada video aku letak dekat instagram aku (@cikepal06) . Adeh sabor je lah. Haha.

Memang muka aku lah kena tukar pampers Han pastu.

Selepas tukar pampers, riang ria gembira betul depa dua ni. Cuba kalau tengah yakk tu,mahu nya laki aku nak bergurau camni dengan Han. Mahu bau yakk tu ter transfer ke baju dia. Haha.

ok tu je benda nak cerita. K bye!

17 comments:

  1. yg cite baijaan tu memang bestt. menangisss

    ReplyDelete
  2. thanks for idea cik epal...irda nak gi tengok laaa ni jugak dengan husband and anak...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tu lah pelik gak asal kosong sebab pergi time weekends. orang ingat cerita ni tak best kot tu orang tak tengok

      Delete
  4. kena tengok citer nii. esok jugak den gi cinema

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terlebih esok dah ni. dah tengok belum tu? hehe

      Delete
  5. sis share please tipsbawak baby ke wayang.. kitorang ni dah dekat setahun puasa tgk wayang huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pernah share tips dekat entri ni :D

      http://cikepal06.blogspot.my/2016/01/review-movie-dilwale-best-ke-tidekkk.html

      Delete
  6. Best jugak cerita sultan ni. Naanti ada masa nak tengok jugak lah. Sapa nak ikut?

    ReplyDelete
  7. sis...u pki skin care ape?and blusher brand n kaler ape?nmpk fresh muka u.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti i buat entry khas pasal ni :D

      Delete
  8. Tak pernah try bwk anak g tgk wayang...lgpun xde layan sgt tgk wayang ni...hahaha apak dia je minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pulak memang dari dulu laki bini suka tengok wayang :D

      Delete
  9. Wah, mcm best je! Nk tgk la nanti. Crita salman khan mmg best sis.. sy pminat salman khan. Hehe. Sis dh tgk crita KICK x? Best jgk crita tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. KICK belum tengok. Tapi memang dah lama rasa nak tengok cerita tu :D

      Delete