Tuesday, June 14, 2016

Resepi Ayam Masak Bali

Hye semua. Puasa tak tewwww? Kita kembali lagi dalam rancangan...

Ketuk-ketukkkkkk....

ketampiiiii...

Eh! Ketuk-ketukk Ramadhan. Alhamdulillah. *ting ting ting ketuk kuali*

Hiks.


Dah lama nak buat ayam masak bali ni. Tapi resepi ni guna 1 ekor ayam. Karang aku berdua dengan husband je makan tak habis pulak kang. Ni balik rumah ibu aku jap buka puasa sama, boleh lah masak ayam masak bali ni. Masak ayam sekor ni ngam lah nak makan satu family.



Resepi Ayam Masak Bali

1ekor ayam
Serbuk kunyit sikit (nak gaul dengan ayam)
*Cili kering segenggam
*Bawang besar merah 6 biji
*Bawang putih satu labu
*1 inci halia
*2 inci belacan
Serai 8 batang (dititik)
Daun kari 6 tangkai (cuci dan tos kan)
Kicap
Gula 3 sudu besar
Garam 3 sudu kecil

Bahan tanda (*) tu semua kena blend
Kicap,garam dengan gula tu memang kena pandai-pandai adjust


Cara-cara masak Ayam Masak Bali:

Bersihkan seekor ayam dan selawat pastu tos kan. Tabur serbuk kunyit dan sedikit garam.





Gaul serbuk kunyit dan garam bagi sebati.



Resepi ni memang guna banyak bawang. Banyak bawang baru sedap. Bawang besar 6 biji. Bawang besar yang merah ni tau, bukan bawang holland. Bawang putih satu labu, serai 8 batang, halia sikit dengan daun kari 6 batang.

Bawang jangan lupa buang kulit. Buang tebiat lah kalau tak buang kulit kan. Hehe. Oh belacan jangan lupa ye. Ada belacan baru lah kick. Serai tu jangan lupa diketuk-ketuk ramadhan kan ye. Ehehe.

Bahan-bahan yang di blend.

*Cili kering segenggam
*Bawang besar yang merah 6 biji
*Bawang putih satu labu
*1 inci halia
*2 inci belacan



Panaskan minyak satu cawan. Minyak memang lebih sikit. Nanti nak guna untuk menumis. Goreng ayam tak payah garing sangat. Nak juicy-juicy je. Pastu angkat




Goreng ayam tak payah garing. Goreng manja-manja gini je.



Dah habis goreng ayam,minyak goreng ayam tadi tu jangan buang.Terus masuk kan serai. 
Goreng serai dulu.
Gorengkan serai sampai separa coklat.



Masukkan daun kari sampai garing (bukan hangus). Api sederhana ye.




Lepas dah goreng serai dan daun kari tu, baru masuk semua bahan yang dah blend tadi. Tumis sampai naik bau dan garing.Tujuan minyak lebih tu supaya cili tu boleh betul-betul masak dan garing.So tak ada lah sakit perut bila makan. Minyak banyak tu untuk kasi mesra dengan serai dan daun kari tu jugak.

Bila dah garing dan terbit minyak macam ni. Baru letak garam secukup rasa. Aku letak garam dalam 3-4 sudu kecil. Tapi kena pandai agak-agak jugak lah.



Pastu masuk gula. Gula kena lebih.Dalam 3-4 sudu besar. Untuk balance kan rasa masin dan manis.




Pastu masuk kan kicap.Aku guna kicap manis cap udang ni je. 

INGAT. Kalau guna kicap manis,kurangkan gula. Lebih sikit garam.
Tapi kalau guna kicap masin,lebihkan gula kurangkan garam..


Last sekali baru masuk kicap. Banyak mana? Sampai warna merah maroon.


Dah tuang kicap. Jangan lupa gaul.

Gaul punya gaul , sampai warna maroon macam ni.



Bila dh masak betul semua sambal tu, baru masuk kan ayam.



Masak lagi dalam 15minit,biar semua sebati.


Siap!




Boleh lah makan seisi keluarga.Kalau rasa macam ayam masak merah kenduri tu tak jadi. Rasa Ayam Masak Bali ni akan rasa serai,daun kari,pedas,masin dan manis tu sekata. Baru lah boleh feeling-feeling berada di Bali. Gitewww.

Kunci dia kena pandai balance kicap,garam dan gula.Masak lauk melayu ni memang camtu lah. Kena pandai adjust. Baru lah rasa dia umphh. Masak ayam masak bali ni aku suka sebab bau wangi sangat. Sedap bau wangi serai dan daun kari tu.

Ok tu je.


Selamat mencuba bagi siapa yang nak cuba :)

22 comments:

  1. dap em sis ehh.. terliur kite ..

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing ! Nak try insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. baru makan, kak ipar buatkan. sedap

    ReplyDelete
  4. omg kenapa lah baru baca sekarang, pagi2 lak tu.. lambat lagi nak berbuka uwargghhh tergugat iman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan baca pagi-pagi. Baca malam-malam ehehe

      Delete
  5. thanks for the recipe. boleh cuba ni ;D

    ReplyDelete
  6. Menarik xpernah lagi rasa lagi ayam masak bali.Nanti nak tryla.Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  7. sy dh try buat..memang sedap..suami pun puji..tq cik epal

    ReplyDelete
  8. Cik Epal, saya dah buat resepi ni untuk bukak puasa tadi. Alhamdulillah jadi secukup rasa gitu!Mak sukaaaa sangat. TQ cik epal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa mak je suka? mak mertua suka tak? haha. Sama-sama :)

      Delete
  9. Mables nyeee.. .. Mmmmmm.......nyum.....nyummmmm

    ReplyDelete