Wednesday, June 29, 2016

Cantik nya dekorasi !

Siapa pernah pergi NU Sentral? NU Sentral ni sebelah KL Sentral. Kalau lah NU Sentral ni dah wujud masa zaman aku study lagi, confirm NU Sentral ni setiap minggu jadi tempat lepak dan tempat dating. Ehehe. NU Sentral ni besar. Macam-macam kedai ada. Tempat shopping banyak. Tempat makan dan minum pon berlambak. Ada panggung wayang jugak. Pendek kata semua ada lah. Pendek lah kata. Panjang tak kata apa-apa. Muehehe.


Aku ni memang suka bergambar dan memang tak nak lepaskan peluang lah nak bergambar dengan semua prop dan hiasan yang besar-besar ni. Hehe.










Time puasa ni, kebanyakan tempat membeli-belah mesti akan deko dan hias cantik-cantik untuk tema raya yang bakal menjelang tak lama lagi kan? Ada deko yang meletop tapi ada jugak yang sendu. Ehehe. Tapi hiasan dekorasi dekat NU Sentral ni aku suka lah. Kreatif! Dah rasa macam dekat Morocco dah.  Simple tapi sedap mata memandang.Deko tak serabut macam sesetengah tempat membeli-belah yang lain. 







Banyak tau vendor booths yang jual jubah,baju kurung,baju melayu, kuih raya dengan harga yang sangat berpatutan. Memang banyak variasi dan pilihan. Ada jugak beberapa baju kurung moden yang aku suka yang dijual dekat sini. Kain sangat berkualiti dan cutting pon cantik.


Yang tak cari lagi baju raya boleh tengok dekat vendor booths NU Sentral ni. Kot-kot ada baju raya yang korang berkenan.

Suka tengok pentas ni. Bila tengok dari atas nampak macam kelopak bunga. Cantik!

Haaaa dekat pentas ni lah akan ada beberapa aktiviti setiap minggu.Ada pertandingan anyam ketupat, pertandingan mengubah jambangan bunga, ada pertandingan memasang langsir, pertandingan memakai baju raya, dan ada juga demo atau tutorial kecantikan oleh beberapa produk tempatan.Senang cerita korang tak kan bosan la dekat NU Sentral ni.

Setiap minggu mesti ada artis tempatan datang buat persembahan.



Masa aku datang ni ada Amelina dangdut datang buat persembahan. Asyik sungguh lah Han tengok Amelina nyanyi lagu "Asyik asyik asyik" tu. Hehe


Kalau korang nak datang NU Sentral ni jangan lupa bawak kamera tau. Kalau tak ada kamera, pakai handphone korang pon boleh. Selfie lah banyak-banyak sampai puas. Banyak port cantik nak bergambo dan banyak gila backdrop yang sangat cantik dan kreatif untuk korang posing 'ootd' dan selfie korang. Hehe.

Berita baik untuk kaki selfie! Korang berpeluang menang hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM1200 kalau join peraduan NU Raya Selfie Contest tau! Cara nak menang pon senang sangat.

So macam mana nak jadi salah seorang pemenang? Senang je. Camnih:

1- Selfie di balai-balai fotografi gergasi ruang legar NU Sentral

2- Buat caption menarik. Jangan lupa letak hashtag #NUSentral #NURaya #NURayaSelfie

3- Upload di sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Account public kan ye. Jangan private pulak.

Senang je kan nak menang? Selfie je dah boleh menang hadiah. Best nya! Join lah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti dan apa yang menarik di NU Sentral korang boleh ke Facebook NU Sentral.


9 comments:

  1. hari ni jugak i nak pergi cik epal :)

    ReplyDelete
  2. lawaaaa! simple, tak kabut cam mall lain.

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Nasib baiklah nu sentral ni jauh dari rumah. Kalau dekat je dah lama sampai.
    Eh, dah nak raya kan?
    Selamat hari raya in advance cik epal n family ;)

    ReplyDelete
  4. booth lampu2 tu elegant.. mmg suka..

    ReplyDelete
  5. nu sentral memang win kalau bab deko. sy pernah bergambar dua tahun lepas kt sana, xsilap krismas kot time tu. mmg lawa sgt deko dia

    ReplyDelete