Wednesday, May 4, 2016

REVIEW Ada Apa dengan Cinta 2 .Yang dah tengok, bagi korang best tak?


Aku layan cerita Ada Apa Dengan Cinta ni dulu masa zaman sekolah. Lama dah. Sebab cerita ni bila dekat sekolah masing-masing feeling nak ngomong bahasa Indonesia.Ngakk gampang juga bahasa indonesia. Aku bisa ngomong kok dikit-dikit ajaa.Ok dah kenapa kau tetiba cakap indonesia ni.

Tapi agak lejen gak ah cerita ni. Lagu OST Ada Apa dengan Cinta dulu macam lagu Denting, Ku Bahagia, Ada Apa dengan Cinta,Suara Hati Seorang Kekasih and etc semua aku hafal. Gila tak ada life betul semua lagu nak hafal. Kehkeh.


Sebab dah tengok #AADC1 dulu harus lah aku layan #AADC2 ni pulak.Mesti lah kepochi nak tahu apa masalah Rangga tinggalkan Cinta sehingga ratusan purnama tu. Muehehe.

Alya je tak ada dalam cerita ni. Dalam cerita ni dia dah mati sebab accident.


Tinggal lah depa 4 orang ni still BFF sampai sekarang. Bagus-bagus. Hehe.


Ada Apa Dengan Cinta 1 dulu semua budak-budak sekolah. Ada Apa dengan Cinta 2 sekarang ni semua dah dewasa dan matang. Jalan cerita pon ikut matang sekali. Rangga sama je macam dulu. Still pendiam,misteri dan cakap bila perlu gitu. Karektor dan watak lain semua still sama. Milly tu still blur-blur ayam dan buat cerita ni nampak kelakar.Carmen pon still gangster,sikit-sikit nak belasah. Hehe. Tapi aku suka je watak Carmen tu. Sebab dia sejenis selamba dan sempoi je :D


Kalau korang tak pernah tengok #AADC1 korang still akan faham je bila tengok cerita ni. Tapi kalau dah tengok #AADC1 yang dulu tu, lebih feeling lah bila tengok #AADC2 ni. Aku suka lagu Ratusan Purnama OST Ada Apa Dengan Cinta 2 ni.Best gak.


REVIEW Ada Apa dengan Cinta 2:

-Cerita ni DEEP.  Dialog-dialog diorang sangat bermakna. Ada sesetengah scene yang mungkin susah untuk ditafsir.So mungkin pada sesetengah orang akan cakap cerita ni bosan. Lagi-lagi yang jenis tak faham dan tak minat sastera,puisi dan seni.Confirm orang-orang macam ni akan cakap cerita ni tak best. Muehehe.

-Agak slow jalan cerita dia. Korang memang kena betul-betul hayati lah. Kalau tak,maybe korang akan bosan dan menguap.

-Tak banyak konflik macam #AADC1. Mengharapkan cerita ni lebih banyak konflik tapi agak mendatar dan cliche.

- Jalan cerita simple tak serabut dan sangat-sangat straight forward. Memang tak banyak 'drama'.

-Cerita ni sangat sesuai untuk orang yang menjiwai seni dan suka puisi.

- Cuma senang sangat nak dapatkan Cinta balik. Tak mencabar. Bagi hadiah puisi je dah cair. Yang kau meroyan sampai 14 tahun kok ratusan purnama ditinggalkan tu apa kes? Kasi ajar sikit lah ex kau ni. Dera sikit mental dia. Biar dia tahu erti penyesalan. Ok aku memang over kadang-kadang.Kehkeh.Tapi betul lah, kalau dia susah nak dapatkan balik,baru banyak sikit konflik dan lebih berdinamik cerita ni bagi aku.

-Agak geram lah kalau aku jadi tunang dia tapi dia boleh sedap-sedap je dating dan cemolot dengan ex. Woihh gila kentang lenyek. Nasib baik tak kawen lagi. Mampuih rosak rumahtangga. Korang yang tengok cerita ni,jangan buat gila nak cari ex korang balik pulak. Hahaha. Lagi-lagi yang dah kawen.Tak pasal-pasal je.

-Apa yang aku dapat simpulkan,cerita Ada Apa dengan Cinta 2 ni just nak bagi tahu kenapa Rangga clash dan tinggalkan Cinta je. Tu je lah cerita dia sebenarnya.Haha. Pelik asal tak whatsapp/email je bagi tahu sebab kenapa kau tinggalkan Cinta terkontang-kanting sorang-sorang. Teknologi makin canggih kottt. Tapi kalau terus whatsapp/email je tak jadi cerita lah pulak kan? Hehehe.

-Tapi cerita ni better lah dari cerita dekat tv yang balik-balik cerita kawen anak orang kaya,kawen muda, kawen paksa, suamiku encik kurita,suamiku ninja turle,aku ada suami kau hado ke, suamiku perfect 390% bagai semua tu. Masing-masing ayik berangan je lah tak habis-habis nak suami/isteri gitu gini. Choyyy. Padahal realitinya tak seindah khayalan novel.

-Overall, cerita ni menarik. Cinematography dia lawa.View cantik. Lakonan semua best. Lagu-lagu OST semua sedap.



Siapa yang jenis layan cerita slow-slow akan rasa best lah Ada Apa dengan Cinta 2 ni. Bagi aku ok-ok lah.Tak ada lah best gila. Tak ada lah tak best.Boleh lah tengok.

Rating: 6.5/10



Ada yang dah tengok Ada Apa dengan Cinta 2 ni? Bagi korang best ke tak?

19 comments:

  1. hahha syok lak bc review ni.. ok nak tgk t.

    ReplyDelete
  2. dah tak ingatlah sebenarnya mcm mn cerita yg 1 tu aishhhh..

    ReplyDelete
  3. tumpang tanye.. pemilik blog ni cik epal ni dah kawin belum? kalau udah kene tukar 'cik' kepada 'puan' epal pulak.. nanti orang salah sangka.. hehehee.. gurau2 jee.. anyway x tgk lagi citer ni.. tapi baru didulukan civil war. memang best..

    ReplyDelete
  4. Xsabar nak pergi tengok weekend ni.huu

    ReplyDelete
  5. Just nice~ puisi memang menang ^_^

    ReplyDelete
  6. tak tengok lagi cik epal..yang 1 pon ketinggalan,.hahaha

    ReplyDelete
  7. best tu boleh lah. mcm yg sis ckp citer ni agak mendatar. easy game lah! xD

    ReplyDelete
  8. Samalahhh kite pun rse cerita ni best sbb view diaa. Cantik !!! Tak perasan word cinta sgt tp ape yg melekat dkt kepala yg rangga cakap, kita nk berjalan ade dua jenis, holiday dgn travel tu. Hahahaha smpai skrg nmpk kebenaran dia hahahaha

    ReplyDelete
  9. saya rasa cerita dia ok-ok la. since saya pon tak tengok lagi. mengharapkan orang letak dalam internet, dan saya download je. kahkah. rangga da tua da tak hensem. hmhm.

    ReplyDelete
  10. tapi saya suka dengan film ini..lagi 1 suka dengan latar belakang film ini..cantik..tapi itulah, agak slow dan tak berat macam aadc..kalau di banyakkan dengan konflik..memang best..:)

    ReplyDelete
  11. oo cerita indo ni rupanya, tapi memang menariklah ceritanya

    ReplyDelete
  12. ini kalau bawa laki aku tengok mauuu ajak kuar panggung heeeeeeeeeee~

    ReplyDelete
  13. Aku syorkan sebelum pergi tengok aadc2 pergi download dulu aadc? Tengok balik..ada beberapa scene dorang akan imbas kembali masa filem aadc? Lagu jangan ajak2 dia aku rasa paling feeling antara semua ost aadc2 nie,lirik macam pisau yg menusuk kalbu...hehehe...watak milly dalam filem pertama tomboy cantik sekarang dah berisi tapi lucu...watak nie larh yg buatkan aku suka pada gadis2 tomboy

    ReplyDelete
  14. hahaha comel je ayat akak nih!

    ReplyDelete
  15. Dah tengok semalam! Cerita ni ok la not bad, org yh minat puisi dan seni akan dapat rasa bait2 ayat puisi tu. tapi kite lagi suka mini drama AADC yg LINE indonesia buat. haha. Ada kat youtube. Yg tu lagi feeling 😂

    ReplyDelete
  16. cerita straight forward pun best layan gak !

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete