Tuesday, May 24, 2016

Gula-gula rasa masin? Wow sedap Lot 100 Salt Candy ni!





Yayy ada gula-gula favourite baru. Heee.



Sebelum ni aku suka makan candy lot 100 gummy kenyal-kenyal yang perisa macam-macam buah tu. Gummy ni ada perisa anggur, epal,strawberry,mangga and etc. Semua sedap.




Siapa pernah makan gula-gula ni? Gula-gula Sour+ yang ni memang legend ah. Gula-gula Sour+  ni bentuk bulat yang bila mula-mula makan mesti kenyit muka sebab masam,lama-lama hisap baru muka bahagia sebab dah manis. Hee.Yang ni paling kegemaran lah. Ehehe.


Gula-gula dari lot 100 ni memang selalu jadi favourite aku dari dulu lagi.

Sekarang aku dah tambah dalam list gula-gula kegemaran terbaru dari lot 100 ni. Weehuu. Yang ni special dia sebab ada rasa masin pulak. Wow teruja betul nak cuba ni. Sekarang ni benda-benda 'salted' memang tengah 'IN' kan? Dan apa-apa yang 'salted' selalunya mesti aku akan suka punya!  Termasuk lah gula-gula ni.




Salt Candy ni ada 4 flavour

Salt & Lemon Flavoured Candy

Yang ni ada rasa masam lemon, manis dan masin. Meletup sangat rasa dia tu.Good for digestion jugak sebab ada lemon and salt. 

Salt & Orange Flavoured Candy

Sama jugak macam atas tadi. Cuma ni rasa oren pulak.

Salt & Coffee Flavoured Candy

Bayangkan kopi letak garam? Macam pelik kan? Tapi flavour ni serious sedap. Ada rasa kopi,manis dan masin.Tak pelik tapi enak sekali. Ehehe.

Salt & Sour Plum Flavoured Candy

Banyak-banyak candy yang ada. Ni paling kegemaran sekali! Serious yang ni paling sedap bagi aku. Bila makan gula-gula ni feeling dia macam tengah nyonyot asam boi. Ehehe. Kalau korang terpinga-pinga nak beli flavour yang mana dulu. Aku memang sangat recommend try flavour ni. Aku suka! Sedap!

Paling kegemaran! Serious sedap!




Jangan risau ye hakak habang dan hadik sekalian. Candy ni HALAL tau. Boleh lah makan dengan senang hati.

 Aku suka kombinasi colour candy ni. Cantik! Pastu kartun dekat packaging pon alolo comel sangat.



Kalau dalam meeting tu macam bosan je boleh bawak gula-gula ni dalam poket,pastu makan. Yang tengah study tu pon kalau dalam kelas mengantuk ke apa,bawak lah bekal gula-gula ni buat stok. Serious terus segar bila makan.Aku memang bawak gula-gula ni pergi mana-mana pon. Kalau drive memang dah letak siap-siap dalam kereta. Rasa ngantuk je boleh makan.Lepas dah makan satu, mula lah tangan gatal je nak bukak lagi satu. Ish addicted betul lah.


Candy ni sesuai sangat nak makan bila-bila pon. Gula-gula ni good for digestion sebab ada lemon and salt. Boleh ambil gula-gula ni untuk pembuka selera jugak! Makan gula-gula ni mesti rasa segar sebab rasa masin tu. Tapi masin dia masin yang sedap lah. Serious unik rasa gula-gula ni. Korang kena try.

Kalau korang datang Tesco dan Watson boleh lah try rasa candy ni sebab dekat sana ada buat sampling promotion. Boleh beli Lot 100 Salt Candy ni dekat Tesco/Watson jugak.

Ada event Lot 100 dekat Tesco IOI City Mall 28hb & 29hb Mei ni. Time event nanti ada contest. Grand prize boleh menang Samsung S6 Edge Plus dan daily prizes ada hadiah electric motor lagi tau!


Wow hadiah best sangat ni.Mungkin hadiah ni akan jadi milik korang? Cara nak menang pon senang gila. Just kena beli 2 pek candy ni je untuk masuk contest. Korang jangan lupa join!


Nak tahu lebih info boleh tengok FACEBOOK dengan WEBSITE Lot 100 ni :)




19 comments:

  1. masin. err cannot imagine macam mana lah rasa dia. tapi Lot100 memang gula gula fav pun lagi lagi perasa mango. yummy dapnya

    ReplyDelete
  2. pergh yg asam boi tu baca je dahrasa keasamannya hehe nak try la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang asam boi tu paling sedap! Ada rasa masam manis masin. Serious sedap :D

      Delete
  3. kompem krem pipi makan nie ...
    hehehehe...
    dlu pon slalu makan lot 100 fruit gummy

    kaissi.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni tak krem pon kalau makan sebab memang gula-gula. Tak payah kunyah hehe

      Delete
  4. nampak sedap pula. memula ngat dari kores ke apa..rupanya distribute dr malaysia

    ReplyDelete
  5. wah nampak sedap...haven't went to any mall atau bukak tv for a while dah, so tak tau pulak kewujudan gula gula ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sekarang ni dah tahu kan so dah boleh beli ehehe

      Delete
  6. baca review cik epal pasal ni, Ya ALLAH, terliur wei :)
    nak kena cari juga ni. thanks share this cik puan epal :D

    ReplyDelete
  7. comelnya kartun kat packing tu. rasa sayang pula nak makan.

    ReplyDelete
  8. selalu takut nak beli lot100 ni pasal status halal nya.hhuuhuhu

    ReplyDelete