Monday, May 16, 2016

Cik Epal Jofliam Honeymoon London: Harrods London (part 3)



Sambungan dari ENTRY LEPAS, lepas makan je lobster terus pergi Harrods dekat sebelah. Memang sekangkang kera je Harrods dengan Harvey Nichols tu. Orang cakap, kalau sampai London tak sampai Harrods, tak lengkap katanya. Orang lah cakap bukan aku yang cakap. So pergi je lah kan. Nak tengok gak apa yang best dalam Harrods ni.


Ok ni lah Harrods dari pandangan luar. Kalau malam cantik sikit sebab font HARRODS tu berlampu. Ni siang tak berapa nampak pulak. 




Harrods dari pandangan tepi


Siapa yang tak pernah dengar gedung membeli-belah yang terkenal seantero dunia ini? Kenapa Harrods ni femes bebenau? Best sangat ke? Apa yang ada dalam Harrods ni?

Jawapan aku. Tempat ni best kalau kau banyak duit. Muehehe. Ada duit semua benda boleh beli.

Dekat Harrods ni macam-macam ada jual. Baju, makanan, souvenir, Harrods gifts, handbag, alat-alat elektrik, benda-benda nak deko rumah,make up,perfume and etc. Semua benda pon lah ada. Harga barang dekat sini mahal jugak. Cuma murah sikit lah kalau nak compare dengan Harrods KLCC tu. Harrods KLCC tu lagi mencekik darah harganya. Pilihan dekat sini pon lebih banyak.


Harrods ni besar. Pintu pon banyak. Tak cukup sehari kalau nak tengok semua level. Tengok dari luar pun dah nampak eksklusif. Rasanya tak payah tengok price tag pon dah tahu confirm mahal. Hehe.







Deco dalam Harrods ni memang impressive, especially dekat area escalator die ala-ala Egytian style gitu. Dah rasa macam dalam movie Mummy Return pulak. Suasana dalam ni memang rasa ekslusif dan mewah. Boleh lah feeling-feeling ongkaya kejap.Walaupun kayap. Kehkeh.


Pergi level-level atas tu buat cuci mata je lah. Melainkan kau bini Sultan Brunei boleh la bershopping sakan dekat sini.Boleh lah borong handbag branded lapan kontena. Selaku rakyat marhaen,tengok je lah mampu. Hehe.


Tapi sepanjang aku pregnant ni memang tak ada nafsu lansung nak shopping. Nafsu aku lebih kepada nak makan. Heee. So aku masuk Harrods,harus lah tempat yang aku tuju ada lah tempat makanan. Level-level lain yang jual handbag ke baju ke apa memang aku malas nak singgah time ni. Perangai kuat menternak lemak memang camni. Pentingkan perut dulu. Alasan mak buyung biasa lah. Baby dalam perut yang nak makan. Padahal diri sendiri yang kuat mentekedarah.Hehe.




Masa aku tengah pregnant ni memang nafsu makan aku membuak-buak hingga ke ladang gandum. Asyik nak makan je kerja. So sampai je dekat Harrods, kitorang terus pergi dekat food section level bawah sekali. Bagi aku ni je lah floor yang paling HEAVEN. Sebab banyak makanan. Hihihi.





So bila tengok makanan yang bermacam jenis pon dah boleh buat aku bahagia :D

Cantik dan nampak sedap kan?



Kek dan desserts dalam ni semua nampak macam sedap.Cantik-cantik dan comel pulak tu. Tapi aku tak try satu pon dessert dekat sini so aku tak tahu lah sedap ke tidekkk.

Kalau korang lapar, boleh makan dalam Harrods ni. Ada banyak makanan HALAL. 



Samosa ni sedap makan panas-panas walaupun agak pedas sikit.

Yang ni semua HALAL. Dan nampak sedap lak tu.



Yang dekat section ni pon halal.







Food section ni pon besar jugak dan nampak ekslusif.

Pastu kitorang masuk chocolate section pulak.

Mak buyung shopping Harrods Tea. Kitorang beli Harrods Tea dengan coklat je bagi souvenir dekat family. Tea dia ada macam-macam jenis. Rambang mata jugak nak pilih.



Packaging Harrods Tea ni pon cantik. Memang sesuai lah untuk bagi souvenir.

Pastu nampak coklat sedap-sedap. Korang kena tanya dulu eh yang mana halal. Sebab ada sesetengah coklat contain alcohol and not suitable for vegetarians. Ada jugak yang dia dah label siap-siap. So korang kena careful dengan ingredients.Dengan dorang dalam ni senang nak communicate. Tanya je lah pape sebelum membeli-belah. Memang aku banyak tanya bila masuk sini.




Orang-orang dalam ni friendly jugak lah.

Emmm coklat apa lagi nak makan ni eh? Semua benda nampak sedap. Susah nya nak pilih. Nak pilih suami pon tak susah macam ni. Kehkeh.


Sekali nampak ni. Wow feeling-feeling Dato' Siti sangat kalau makan strawberry cicah ceklat ni.

Tapi nampak macam menyelerakan.

Lalu beli.

Uihhh tapi memang thorbaik! Sedap ni. Beli lagi dua. Hehe.


Bersambung ...


K Bye!



21 comments:

  1. wahh..banyaknya gambar makanan......wahhhhhhh

    ReplyDelete
  2. seronok nye dapat pergi tempat orang... strawberry tu buat saya pon terliur ..padahal kat cameron pon selalu makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tahu xpe. Padahal dekat cameron pon berlambak tapi datang sini still teruja gak nampak strawberry coklat :D

      Delete
  3. ala..xtaupun dlm harrods ada makanan halal..nak pergi lg lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. banyak juga makanan halal dalam Harrods ni. kalau stuck tak tahu nak makan mana dekat London, boleh masuk Harrords

      Delete
  4. camne belanje sane? mahal x?

    ReplyDelete
  5. alaaaa sdapnyaaaa dessert tu trmasukla stoberi celop tu aaaa

    ReplyDelete
  6. assaamualaikum cik epal
    mmg best kan harrods macam2 ada
    skrg kaknoor masih di UK
    belum sempt ke harrods tunggu dkt nak balik nnti
    mesti kena terjah jugak ni cari makanan nya kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Aah macam-macam ada dalam Harrods ni. Kalau ada duit lagi best sebab semua benda boleh beli. Ni cuci mata je haritu. Hehe.

      Enjoy UK! :)

      Delete
  7. Strawberry cicah cekelat tu nampak yummy sangat...Kalau orang mengandung, baca entry ni udah mengidam acane..London nuuuu..bukan sebelah umah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. dekat cameron pon hado. Muehehe :D

      Delete
  8. Bestnya cik epal travelling! Jelesssss

    ReplyDelete
  9. bestnya honeymoon...si ketul Han mana tu? hehehe

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  10. comelnya..dessert tu semua cute jer n nampak awesome

    ReplyDelete