Monday, March 7, 2016

Travel: Tokyo Disneysea yang awesome!

Disneyland dan DisneySea ni adalah 2 tempat yang berbeza.Jangan keliru. Dua-dua tempat ni besar gila. Konsep, deco building dan rides dekat DisneySea ni lebih sesuai untuk adult dan kurang keanak-anakan kalau dibandingkan dengan Disneyland. Disneyland ada banyak. Dalam 5-6 negara jugak yang ada.Tapi DisneySea ni pulak ada SATU je dalam dunia.


 Harga tiket masuk macam aku cakap dalam entry Disneyland yang lepas. Budak bawah 4 tahun masuk FREE je. Kalau beli tiket per day, JPY6900 untuk adult. Tapi 2-day passport untung sikit sebab boleh masuk Disneyland dan DisneySea, JPY12400 (murah JPY1400). Tapi harga ni berubah from April 1st 2016. Kalau nak tengok harga tiket paling latest boleh tengok dekat SINI.






Masuk DisneySea pon acah-acah chipmunk.Kihkih.


Babap montot kang! Haha.




Mediterranean Harbor


Sampai je pagi-pagi, terus ke Mediterranean Harbor.Serious macam dekat Venice! Lawa gila! Bangunan yang nampak sebijik macam dekat Venice tu sebenarnya Mira Costa Hotel. Satu-satunya hotel yang ada dekat kawasan DisneySea tu. Cantik! Harga nak duduk hotel tu pon chantekkk nok! Haha.






Vanatian Gondola. Salah satu attraction yang famous dekat Mediterranean Harbor ni. Sebab sampai-sampai terus naik gondola. So cepat je lah tunggu. Kalau tak,ramai gila ni beratur nak naik gondola.






Ni lah orang yang kayuh gondola aku. Aku hala kan camera ke dia je.Kemain dia pose. Hehe.

Kelakar dan peramah dia ni. Setiap kali ada gondola selisih je dengan kitorang, dia suruh lambai cakap "ciao". "Ciao" ni selalu nya orang guna untuk bertegur sapa bila greet and meet sesiapa. Bahasa Italy tak silap.


View dari dalam gondola.



Haa... nampak tak volcano dekat atas tu?? Itulah Mount Prometheus, salah satu trademark DisneySea. Ni view dari gondola yang aku naik ah. Volcano tu macam real gila.Siap keluar asap berkepul-kepul  lagi tapi kadang-kadang dia akan meletup-letup keluar api tinggi! Memang sebijik macam letusan gunung berapi yang betul. Serious nampak real. Tapi nasib baik bukan real.Haha.Volcano ni dekat area Mysterious Island tapi dari jauh dah boleh nampak. 



Teringat aku naik gondola dekat Venice haritu. Beriya nak dengar dia nyanyi,tapi hampeh tak nyanyi pape pon time dekat Venice dulu.

Tapi dia ni ada nyanyi. Masa lalu jambatan ni dia suruh pejam mata dan wish apa-apa yang kita nak. Pastu dia nyanyi lagu venetian italy yang selalu tukang kayuh gondola akan nyanyi tu. Suara dia sedap gila.








The view. Serious macam real dekat Italy. 





Design bangunan dekat Mediterranean Harbor ni cantik-cantik.Sebijik macam dekat Venice. Dekat area ni ada banyak restoran Itali yang jual pasta dan pizza. Tapi aku tak try makan ah. Sambil-sambil berjalan tu dapat dengar lagu-lagu Italian yang sungguh menenangkan dari cafe-cafe yang ada. Boleh feeling-feeling romantik dengan cik abang. Ehehe.



Tokyo Disneysea ni ada 7 sections: Mediterranean Harbor, Mysterious Island, Arabian Coast, Mermaid Lagoon, Lost River Delta, Port Discovery dan American Waterfront. 


Apa-apa pon mesti study peta. Rancang betul-betul nak pergi mana-mana. Sekali imbas memang tak akan dapat nak cover semua tempat sehari. Tokyo DisneySea ni serious besar gila! Bagi pendapat aku,kalau nak cover secara santai tak rushing, kena at least beli yang 2 days pass punya ticket. Aku pon tak sempat nak cover semua tempat. InsyaAllah akan pergi lagi next time kalau ada rezeki :)




Lalu sini dah rasa macam ada dekat Europe.




Gunung berapi Prometheus. Serious nampak real!



Si gila popcorn. Haha.

Macam aku cakap dekat entry Disneyland haritu, dekat Disneyland ada 6 popcorn flavors. Flavors ada yang beza sikit both tempat ni.Tapi dekat Disney Sea ni ada 7 popcorn flavors:

Caramel
White chocolate
Black pepper
Curry
Salt
Milk chocolate
Cappucino

The flavors and the number of flavors will change depending on the season.




Dekat DisneySea ni aku tak beli popcorn bucket baru dah.Aku angkut popcorn bucket beli dari Disneyland tu je. Aku refill je.Tapi kena bayar lah dan kena ada popcorn bucket yang dibeli dekat Disneyland/Disneysea.




Kalau nak beli popcorn bucket baru. Harga JPY2100. Nak refill JPY520 je. Kalau beli regular box tu lagi murah JPY310. Tapi tu memang macam kotak biasa kita makan popcorn dekat wayang tu lah. Tak fancy macam popcorn bucket yang lain.




Refill semua kak. Haha.



Popcorn perisa milk chocolate ni sedap gak. Sambil jalan sambil mengunyah je kerja aku.



Pastu beli green tea latte. Sedap gila green tea dia. Rasa macam aiskrim. Aku pergi ni pon time winter. Best je ah pekena air panas time sejuk-sejuk ni. Kacau punya kacau green tea latte ni, sekali nampak kepala mickey. Comel!





American Waterfront 
Attraction: Tower of Terror

Tower of terror. A thrill ride.

Tower of Terror ni bagi aku tarikan paling menarik ah dekat DisneySea ini . Tinggi. Bila sampai atas sekali tu mesti berdebar-debar je takut kena hempas.Tower of Terror ni adalah hotel lama yang ditinggalkan. Ada cerita di sebalik Tower of Terror ni tapi time dia cerita tu cakap Jepun so aku tak berapa paham. Cuma nampak lah ada satu patung ni tetiba hilang. Pastu masa kita masuk lif tu,patung ni lah yang menghempas kita dari atas ke bawah.

Tapi dah sampai atas sekali tu akan nampak permandangan DisneySea yang awesome dari tingkap besar. Pastu terus lift tu turun ke bawah macam menghempas laju-laju. Rasa macam jantung luruh dan isi perut ikut terhempas sekali. Perghh. Awesome gila rasa dia! Haha.Sampai atas sekali tu,jangan lupa 'pose' sebab gambar cuak kau akan diambil.Hehe.








Hotel Hightower yang ditinggalkan. Masa masuk dalam rasa macam scary gak ah hiasan dalam ni. Tapi kalau paham cerita dia aku rasa mesti rasa lagi seram.




Time ni kalau nak beratur tunggu 100 minit. Tapi aku ada FastPass.  *jeling dekat orang ramai yang beratur di lane biasa tu* Kehkeh.

Korang pon kalau nak naik ni jangan lupa ambil FastPass untuk Tower of Terror ni dekat American Waterfront. Memang kena ambik fast pass tu. Kalau tidak, menangis ler kau berator. 

Ada 8 attractions yang boleh menggunakan fastpass:

American Waterfront :
- Tower of Terror
- Toy Story Mania

Port Discovery :
- StormRider

Lost River Delta :
- Indiana Jones Adventure : Temple of the Crystal Skull
- Raging Spirits

Arabian Coast :
- The Magic Lamp Theater

Mysterious Island :
- Journey To The Centre of the Earth
- 20,000 Leagues Under the Sea

So korang kena plan betul-betul kalau nak masuk DisneySea ni nak pergi attraction mana dulu. Kalau tak,buang masa beratur je lah. Ehehe.


Cara nak dapat FastPass sama je macam dekat entry Disneyland aku tunjuk haritu.Kena cari FastPass Ticketing. Kalau untuk naik Tower of Terror ni,FastPass ticketing dia memang betul-betul sebelah dia. Cara-cara nak ambil FastPass ni senang je.Pastikan korang scan bar code tiket masuk tadi dekat mesin FastPass ni.Nanti tiket FastPass akan keluar.







Beli gambar masa naik Tower of Terror ni. Saja buat kenangan. Ehehe



Nampak tak gambar patung kecik yang warna hitam atas gambar ni. Haa dia ni lah yang menghempas kita dari atas ke bawah dalam lift tu.Kongasam punya patung! Haha







Ni gambar masa dekat atas sekali. Masa dia bukak tingkap tu besar-besar.  Tu aku cakap sampai atas sekali tu jangan lupa pose. Gambar cuak kau akan diambil. Aku rilek-rilek je siap buat 'peace' lagi.Hehe.


Tower of Terror

Mula-mula masuk ada rasa seram sikit macam masuk rumah hantu. Tapi bila dah naik-turun-naik-turun dalam tu memang seronok ah jerit.Haha. Rasa macam nak naik lagi. Hee.Tapi kali ni punya ride lagi seram dari tahun-tahun lepas katanya. Harap di tahun-tahun depan makin seram dan thrill. Baru mencabar sikit.Heee.

Tower of Terror ni highly recommended untuk sesiapa yang memang cari peluang nak menjerit kuat-kuat untuk release tension! Haha.





Seketul Han pantang nampak makanan. 






Sedap mochi ice cream ni. 


Ni FastPass untuk "Journey to The Center of The Earth"


Cara-cara nak ambil FastPass ni senang je.Sebab aku rajin,aku explain lagi ah pasal FastPass ni. Ehehe. Pastikan korang scan bar code tiket masuk tadi dekat mesin FastPass ni.Nanti tiket FastPass akan keluar. Tapi ada syarat.
Korang tak boleh ambil FastPass berturut-turut sekaligus untuk setiap games.
Kena tunggu masa dan giliran jugak.

Kata kan, game pertama korang punya ride pukul 10 pagi, korang kena lepas kan dulu ride ni. Then baru korang boleh ambil FastPass untuk game yang lain pulak.
Actually korang kena pandai budget masa dan pilih game. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat 2 FastPass. Cuma maybe game yang kedua yang korang ambil untuk FastPass tu, kemungkinan besar lambat sikit dalam pukul 3 petang cenggitu. So jauh kan jarak masa antara game pertama dan kedua tu? Dalam masa nak tunggu tu, boleh je main game lain cuma kena beratur dekat lane biasa je la. 



Bertabah lah menunggu ye kalau  korang terpaksa beratur dekat lane biasa.Memang stress ok bila beratur dekat lane biasa dan tengok orang lain laju je jalan guna FastPass.Diorang memang sangat utamakan siapa-siapa yang ada FastPass.Tapi kalau korang dapat FastPass, boleh lah buat muka eksyen sambil buat lambaian ratu Miss World kepada orang-orang yang kena beratur dekat lane biasa tu. Haha keji.







Mysterious  Islands 

Penerokaan ke dalam air dan bumi oleh Kapten Nemo. Ada ride untuk Journey to the center of the Earth.








Actually ride ni sebenarnya sejenis roller coaster tapi kita tak terasa macam naik roller coaster sangat pon. Mula-mula kita akan masuk dalam Mount Prometheus.Dalam tu banyak haiwan-haiwan aneh bawah tanah yang glow in the dark. Last sekali baru rasa macam naik roller coaster sikit dan ada keluar api.Bila keluar api dan asap tu baru lah feeling-feeling macam ada dalam volcano.Hiks.







Dekat volcano atas ni lah ride 'Journey to the Center of the Earth'. Bagi aku ok-ok je. Tak mencabar sangat. Aku mengharapkan ride ni lebih mencabar lagi untuk masa akan datang. Heee.









Seketul Han tidur. So beli lagi lah mochi ice cream ni.


Best dia tidur. Tak ada orang kacau time tengah makan. Haha. Sebekas ni ada 3 ketul mochi ice cream. Ada 3 perisa dalam satu bekas. Strawberry,chocolate dan vanilla. Sedap! Aku suka coklat dengan vanilla. Strawberry aku kurengg sikit sebab manis sikit. Tapi habis jugak lah sebekas kalau makan.Beli lagi pulak tu. Haha.



American Waterfront

Attraction: Toy Story Mania

Nampak macam best attraction dekat sini. Ramai gila beratur. Tapi kitorang tak ambil FastPass untuk attraction ni. Disebabkan malas nak beratur so tak masuk lah. So tak dapat komen lah best ke tak. Ehehe.



Tapi dekat luar area Toy Story Mania tu ada game ni. Husband aku yang tertarik nak main. Aku tengok macam mainan budak-budak je.Lama jugak tunggu budak-budak main benda ni. Kena hentak kaki laju-laju pastu tunggu apa tah.


Last-last dia pon tak paham apa yang dia main. Haha sengal!



Eh eh seketul Han dah bangun. Hye Han! :D




Han... Jangan pandang papa. Kita acah-acah candid. Ehehe.


Seketul Han yang mudah terhibur. Ehehe.




Lawa nya bunga tulip! Boleh feeling-feeling macam dekat Keukenhof,Amsterdam.


Pastu beli popsicles mickey mouse dan minnie mouse. Tengok lah seketul Han tu. Kalau dia dah bangun tidur,memang pantang je nampak makanan.



Suruh bergambar dengan chipmunk takut pulak dah. Beriya tau chipmunk ni pujuk dia. Lentik bulu mata kau nok! Kerlasss. Haha.


Sama jugak macam Disneyland. Aku tak dapat nak cover semua tempat sehari. Sebab Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea dua-dua besar gila! Banyak lagi tempat dan attractions aku tak sempat pergi sebenarnya dalam DisneySea ni.Huhu. Tak apa. Next time kalau ada rezeki datang lagi.

Ok tu je cerita nya. Kalau korang ke Tokyo, jangan lupa datang DisneySea yang ada SATU je dalam dunia ni tau! *hasut* Heee.









8 comments: