Wednesday, March 2, 2016

Travel: Tokyo Disneyland yang banyak benda comel!

Disneyland Park Tokyo sebenarnya ada 2 bahagian iaitu Disneyland dan DisneySea. Dua-dua park ni ada kelebihan masing-masing. Disneyland lebih sesuai untuk family dan kanak-kanak. DisneySea sesuai untuk orang dewasa.Aku sangat excited nak pergi Disneyland Park Tokyo ni sebab orang kata dekat Tokyo ni antara  Disneyland yang paling cantik dan terbesar di dunia. 



Nak pergi ke Disneyland ni naik je train Disney Resort Line. Nak senang beli tiket train one day pass. Harga JPY650 je untuk dewasa.

Dari dalam train lagi dah boleh tengok macam-macam ragam manusia yang nak pergi Disneyland ni. Ramai yang sporting pakai baju ala-ala Disney characters. Budak-budak kecik perempuan la yang paling best sekali sebab parents diorang pakaikan ala-ala princess. Budak-budak yang jadi Duffy Bear pon ramai.Comel sangat! Kawaiiii! Yang jadi mickey/minnie mouse tu memang tak yah cakap ah. Ramai gila. Hehe.



Masa sampai Disneyland ni memang dah excited sangat.Heeee. Remaja macam aku pon excited. (Remaja ke kau Jemah?) Haha. Apatah lagi budak-budak. Mesti lagi excited!

Tiket masuk Disneyland.

Budak bawah 4 tahun masuk FREE je. Kalau beli tiket per day, JPY6900 untuk adult. Tapi 2-day passport untung sikit, JPY12400 (murah JPY1400). Tapi harga ni akan berubah-ubah ikut musim.Boleh tengok harga tiket dekat SINI.


Sebelum nak masuk Disneyland, ada beberapa orang staff akan check bag kita dulu. Muka sorang-sorang memang sangat friendly dan manis-manis je air muka masing-masing. Sambil check bag sambil senyum je. 



Sampai dah Tokyo Disneyland.




Jangan lupa mintak GUIDE MAP english version ni. Senang nak pergi mana-mana nanti. Disneyland ni sangat besar!

Ada 7 tarikan dalam Disneyland ni antaranya: Westernland, Critter Country, Fantasyland, Toontown, Adventureland, Tomorrowland & World Bazaar

Disebabkan Disneyland Tokyo ni punyalah besar gila. Memang kena lah refer map dan plan area mana kita nak pergi supaya tak ada tempat yang tertinggal. Tapi aku pon tak sempat nak cover semua tempat dalam masa sehari. Memang besar Disneyland ni.



Masuk Disneyland terus acah-acah chipmunk. Kehkeh.





Masuk-masuk je Disneyland terus cop tempat nak tengok 'Frozen Fantasy Parade'. Tengok Frozen versi Jepun.Lagu 'Let it Go' tu semua nyanyi versi Jepun.



Cantik gila 'Frozen Fantasy Parade' ni. Datang sini kena tengok ni.Ada time-time dia.Tapi selalunya memang penuh ah orang nak tengok.Kalau nak tengok dengan selesanya, memang kena cop tempat awal-awal.



Ni dekat area ToonTown. Dekat tempat ni semua benda comel gila!! Kalau korang ada anak,mesti diorang suka pergi sini.Banyak juga attractions untuk budak-budak dekat sini.Ni ".Goofy's Paint 'n' Play House". Boleh guna special paint applicators dan tolong Goofy redecorate bilik dia. Comel rumah dia ni!






Kalau tekan "TNT" ni terus keluar asap dekat rumah ni. Acah-acah terbakar. Hihi cute!


Welcome to ToonTown!






Toontown ni memang favourite area budak-budak. Memang confirm diorang tak nak bergerak pergi ke tempat lain once dah sampai sini. Ralit ah duduk sini agaknya.

Semua attractions dekat Toontown ni comel gila! Serious!


Ni "Chip 'n' Dale's Treehouse.



Memang sesuai lah dengan character chipmunk aku tengah pakai ni bergambar dekat sini. Ehehe. Dah memang rumah dak-dak chipmunk tu kat sini.Hehe.


Boleh juga berjumpa dengan watak-watak utama Disney characters dekat Toon Town sebab dekat sini lah ada rumah-rumah watak-watak ni. Kena masuk rumah mickey dan beratur nak bergambar dengan Mickey Mouse ni. Tapi beratur panjang-panjang tak terasa sangat sebab sepanjang dalam rumah tu kita bole tengok macam-macam benda comel.Nak jumpa Mickey Mouse kena masuk dalam bilik khas.Dia tak bagi masuk ramai-ramai.



Tadaaaa! Finally dapat juga bertentang mata dan bersua muka dengan Mickey Mouse.Ehehe. 
Lepas bergambar je dengan dia, dia terus peluk-peluk aku siap bagi flying kiss. Haha kemain ye kau Mickey.


Disney characters yang lain memang senang je nak jumpa. Mickey mouse je payah sikit nak jumpa dan kena beratur. Ye lah dah dia pon memang maskot Disneyland kan? Of course dia lah Disney character paling glamour dekat situ. Memang tak sah lah sampai Disneyland tak bergambar dengan Mickey Mouse.Si Mickey Mouse ni je lah satu-satu nya Disney character yang dapat aku bergambar. Jadik lah kan buat kenangan.





Jalan-jalan pastu beli popcorn. Bekas comel ni harga JPY1850. Aku ambil caramel flavor.





Sambil jalan sambil ngunyah popcorn.



Nyum nyum.


Dengan seketul Han dan bekas popcorn comel! Hee.



Nampak tak pokok tu? Cer teka pokok tu bentuk apa?

Tak payah teka lah. Biar aku bagi tahu.

Bentuk burger. Comel!



R2-D2 Star Wars character popcorn bucket! Ni perisa soy sauce & butter. Kau mampu makan popcorn perisa kicap? Hehe. Jangan tanya aku rasa dia macam mana. Aku tak try perisa ni. 





R2-D2 popcorn bucket ni mahal sikit dari riben minnie mouse bucket aku tu. Yang ni harga dia JPY2100. Aku ada beli gak R2-D2 tapi yang perisa caramel punya.





Antara game yang kitorang main. "Space Mountain" .Roller coaster yang laju dan gelap. 





Paling best dekat Tokyo Disneyland ni, kita boleh ambil FastPass!! Korang memang kena ambil FastPass ni.Kalau tak, melanguk lah beratur panjang gila. Sebelum naik apa-apa ride, korang kena cari FastPass ticketing ni. Macam yang ni memang sebelah Space Mountain tu je.





Cara-cara nak ambil FastPass ni senang je.Pastikan korang scan bar code tiket masuk tadi dekat mesin FastPass ni.Nanti tiket FastPass akan keluar. Tapi ada syarat.
Korang tak boleh ambil FastPass berturut-turut sekaligus untuk setiap games.
Kena tunggu masa dan giliran jugak.

Kata kan, game pertama korang punya ride pukul 10 pagi, korang kena lepas kan dulu ride ni. Then baru korang boleh ambil FastPass untuk game yang lain pulak.
Actually korang kena pandai budget masa dan pilih game. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat 2 FastPass. Cuma maybe game yang kedua yang korang ambil untuk FastPass tu, kemungkinan besar lambat sikit dalam pukul 3 petang cenggitu. So jauh kan jarak masa antara game pertama dan kedua tu? Dalam masa nak tunggu tu, boleh je main game lain cuma kena beratur dekat lane biasa je la. 


Ni attractions dalam Tokyo Disneyland yang ada offer FASTPASS. So memang korang kena plan betul-betul dan pandai budget masa. Details pasal fastpass korang boleh rujuk dekat SINI.


Bertabah lah menunggu ye kalau  korang terpaksa beratur dekat lane biasa.Memang stress ok bila beratur dekat lane biasa dan tengok orang lain laju je jalan guna FastPass.Diorang memang sangat utamakan siapa-siapa yang ada FastPass.Tapi kalau korang dapat FastPass, boleh lah buat muka eksyen sambil buat lambaian ratu Miss World kepada orang-orang yang kena beratur dekat lane biasa tu. Haha keji.


Senang ada FastPass ni kalau masuk Disneyland Tokyo. Tak payah beratur berjam-jam. FastPass ni dia ada laluan khas dia. Tunjuk je tiket.


Yang ni aku ambil FastPass untuk "Star Tours: The Adventures Continue" . Ride ni berkonsepkan 3D.Ala-ala naik spaceship.Haaa pernah tengok cerita Star Wars tak? Kita ni ibarat 'askar-askar' diorang lah. Kena setelkan misi. Star Tours ni attraction utama jugak dekat sini. Dia bawak kita masuk kapal angkasa seolah-olah kita melancong dekat angkasa lepas. Pastu konon-konon kapal kita kena serang dengan orang jahat iaitu Darth Vader. Time tu bergegar-gegar lah ride kita tu. Mula-mula rilek-rilek je ride tu,dah kena kacau terus sesat tah kemana-kemana.  Kongasam punya Darth Vader kacau pelancongan kitorang ke angkasa lepas. Haha. Memang nampak real gila ah macam kita kena serang.Best juga ride ni!



Yang ni pulak "Space Mountain".







Space Mountain ni attraction paling best ah dekat sini untuk orang dewasa bagi aku. Korang boleh ah try naik ni kalau datang sini. Roller coaster laju dan gelap. Cuma nampak bintang-bintang di angkasa je. Sebab dalam tu gelap,kita tak tahu nak expect apa akan jadi lah. Tu yang best tu. Memang menjerit-jerit lah dalam tu.Ehehe. Cuma lepas keluar dari ride ni macam terhuyung-hayang sikit pening. Mula-mula rilek-rilek je ride ni,lama-lama terus laju gila ride. Berpusing-pusing dalam tu. Tapi nampak real gila ah macam kita dekat angkasa lepas.


Kalau tak ada FastPass, beratur berjam-jam lah baru dapat naik ride ni.  Ride ni je yang paling mencabar untuk orang dewasa dalam Disneyland ni. Ye lah katanya pon Disneyland ni untuk budak-budak, ride yang lain ala-ala budak-budak punya thrill je ler. Hehe.Tapi untuk dalam Disneyland ni,Space Mountain ni highly recommended lah kalau nak naik.




Ni dekat machine 'lottery' pulak. Ni pon ada 2 show yang kita boleh cuba nasib untuk masuk. 



Kena pergi machine 'lottery', scan bar code tiket masuk dan siapa yang bertuah dapat lah tiket nak masuk dua show ni.




So aku dapat tiket! Bertuah lah kira aku ni. Haha.

Tapi show ni pukul 7 malam. So jalan-jalan lah dulu.



Ni lah trademark Disneyland iaitu Cinderella castle. Di mana mimpi adalah kenyataan gitu. Cantik castle ni sebab binaan istana ni sangat terperinci dan details.Dekat depan istana Disneyland  ni ada kawasan yang luas untuk tengok parade show atau pon nak berehat. 

Masuk kejap Cinderella Castle ni.Konsep dekat sini lain sikit. Kita bukan naik ride atau tengok performance. Tapi kita masuk ke dalam Cinderella Castle untuk tengok display yang menceritakan perjalanan love story Cinderella dengan Prince Charming.



Sampai lah terjumpa satu wall ni. Sebenarnya dekat wall ni ada diamond and pearl betul tau. Memang REAL punya diamond. Cari punya cari,akhirnya aku jumpa jugak.



Dekat telinga perempuan ni rupanya REAL pearl diamond tu. Saja korek-korek nak jual boleh kayo ni. Haha. Tapi tak boleh ye. Gam kuat tu. Kau curi benda tu mahu kena penjara seumur hidup. Padan muka. Ehehe :D





Next kitorang tengok "Happiness Is Here Parade". 





Sangat comel dan colourful parade ni! :)



Pastu pekena wafel Mickey Mouse strawberry custard. Lazat ni! Aku baru rasa secoet, husband aku habiskan dah.Kongasam!


Di mana ada makanan mama Han, di situlah ada tangan seketul Han mahu mencopek. Heppp!



Dekat sini ada banyak popcorn dan macam-macam popcorn bucket yang cute. Ni popcorn bucket bentuk Olaf pulak. Comel gila! Yang ni perisa Milk Chocolate. Aku suka perisa ni. Sedap!

Dekat Disneyland ni ada 6 popcorn flavors:
-Caramel
-Soy Sauce & Butter
-Curry
-Salt
-Milk Chocolate
-Honey

Pilih lah nak makan yang mana. Dekat map ada bagi tahu siap-siap dekat mana korang boleh dapatkan perisa-perisa popcorn ni. Setiap tempat popcorn bucket dia berbeza-beza. Tapi popcorn bucket semua nya cute gila!



My bushuk masham. Muehehe.




Ni vending machines paling cute yang aku pernah tengok! Masuk dalam Disneyland ni semua celah bedah rasa nak bergambo tau. Haha. Sebab semua tempat memang kiut-miut!


Banyak lagi attraction yang menarik dekat  Disneyland Tokyo ni macam Haunted Mansion, It’s Small World, Space Mountain, Pirates of The Caribbean dan banyakkkkkk lagi. Tak sempat nak pergi semua attraction. Jalan punya jalan dah malam.


Kitorang pergi ni musim winter. Sejuk gilaa. Bila winter ni kan siang pendek. Cepat je lah malam.


Cinderella Castle di waktu malam.





Waktu malam ni ada "Electrical Parade Dreamlight". Kalau parade waktu siang tu memang dah cantik,yang waktu malam punya laaaagiiiiii cantik! Serious korang kena tengok!




Snow white.


Setiap watak yang lalu ada cerita dia sendiri. Macam Cinderella ni mula-mula pakai baju biasa je. Lepastu ada fairy godmather dekat atas tu putar-putar dia punya magic wand. Terus blink-blink baju dia. Kerlass kau Maria.Eh! Kerlasss kau Cinderella! Hehe


Dengan lampu nya dengan blink-blink nya dengan music nya dengan character nya. Serious lawa dan best tengok parade ni.


Pastu kitorang layan "Musical: Once Upon a Time Winter edition". Yang ticket 'lotterry' yang aku bertuah yang aku cerita dekat atas tadi tu. Haa untuk masuk sini lah. Kalau dapat tiket tu kita boleh duduk dekat kerusi yang disediakan. Kalau tak ada ticket tu,boleh jugak tengok show ni cuma kena berdiri je lah dekat tepi-tepi tu.




Yang ni castle bercahaya. Boleh tengok macam-macam cerita kartun Disney.


Serious cantik! Kena tengok!



Cantik sangat! Cuma last sekali tetiba keluar api. Terus rasa bahang panas dekat muka. Hopocot terkejut mak jemah tau.

Bila dah tengok show castle bercahaya ni,tunggu jap. Lepak-lepak dalam tu. Sebab nak tunggu fireworks. Fireworks ni tiap-tiap hari ada dekat Disneyland. Tapi waktu malam di hujung-hujung waktu lah. Fireworks ni setiap hari ada cuma kalau hujan dengan angin terlampau kuat memang show fireworks terpaksa dibatalkan. Gambar time tengok fireworks aku tak snap pulak. Tapi ada record video, boleh tengok dekat instagram aku (https://www.instagram.com/cikepal06/). Cantik fireworks dia siap ada bentuk love. Ehehe



Beli jugak R2-D2 popcorn tu. Heee.



Tapi ambil perisa caramel. Nyum nyum.


Ada 2 popcorn bucket comel! Nanti masuk DisneySea tambah lagi. Ehehe.




Tak dapat tarik spek mama, dapat tarik shawl mama pon dah terhibur seketul Han ni. Muehehe.



Overall, Disneyland Tokyo ni memang besar,cantik dan banyak benda comel-comel.  Memang sekurang-kurangnya seharian kena ada dalam Disneyland Tokyo ni dan bagi sesetengah orang maybe perlukan dua hari untuk betul-betul puas nak main dengan semua atrraction dekat sini.

Banyak lagi sebenarnya tempat yang kitorang tak sempat masuk. InsyaAllah lain kali datang lagi dengan Han versi besar sikit dan adik-adik Han yang lain. Wahaha. But we had so much fun there!!

Next entry cerita pasal DisneySea pulak! Stay tuned. Hee :)



19 comments:

  1. Cantiknya bekas popcorn tu >_< haha..cutenya seketul Han!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang masuk Disneyland semua benda comel belaka :)

      Delete
  2. cepat sambung... tengah study nak g jepun ni...

    jangan sambung tahun depan tau.... sambung segera mgu depan...

    tenkiu epal... hihihi

    ReplyDelete
  3. huiii bestnya!!!
    tapi duk convert harga popcorn ke rm jd 60++ mak ehh mahainya. betui ka? sikitnya nilai Rm kita kan. kena save betul-2 ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab mata wang kita tengah jatuh ni kan. Semua benda bila convert jadi mahal :(

      Delete
  4. Bestnye dapat melancong ke Disney....Cik Epal kesana melancong atau bekerja atau further study.

    ReplyDelete
  5. Yes...i was there too 4 years ago....that time pergi msa Halloween, so semua deco kt tempat tu berunsurkan ghost. sampaikan plastik souvenir pun hantu hahaha...masuk tak semua ride dia? perghh gile babas lah. Umah ciderella, pirates, NBC semua best....parade dia happening giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk tapi tak semua tempat dapat cover sebab Disneyland ni besar gila. Hehe. Tak cukup duduk situ sehari

      Delete
  6. Bestnyeee akk yg zaman purba ni pun teruja tengok hehe
    Nk tanya cikepal guna kamera cantik2 gambarnya

    ReplyDelete
  7. wahh best.. tak tahu bila nak terjah sini pulak..

    ReplyDelete
  8. syoknye cik epal jalan-jalan disneyland.
    jeles kite tengok...
    bilalah nak ada rezeki jejak kaki kt sana..
    popcorn pun dah advanced gileee =)

    paling suka view waktu malam..subhanallah cantiknya!

    ReplyDelete
  9. Cik Epal ni Idola saya....saya selalu ikuti perkembangan Cik Epal...bagaimana Cik Epal menulis diblog sehingga berjaya pengiklan mengambil Cik Epal sebagai Model Iklan mereka....hebat Cik Epal...tpi kenapa Cik Epal tidak menggunakan Mobile Freindly update dan google circle pun takdak....sbb nak ad frend cara tu x bley...nape ya....masih guna cara lama.....kalau saya silap mohon maaf ya...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. google circle tu macam mana ye? saya pon banyak lagi benda kena belajar. Tolong tunjuk ajar sikit hehe

      Delete
  10. Owhhhh Cik Epal pandai gurau ye hehehe...saya lagi tak pandai..Cik Epal dah kira taraf Sifu dah....
    Cuba Cik Epal masuk balik kat google dan setup balik akaun Cik Epal...dan saya yakin Cik Epal akan lebih meletup nanti .....

    ReplyDelete