Monday, March 21, 2016

Simple dan cantik Creacion Siti Nurhaliza X Ariani ni!




10hb Mac 2016 haritu aku pergi majlis perasmian dan fashion show Creacion Siti Nurhaliza X Ariani dekat Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur .Sebab aku tak ada maid, memang kemana-mana pon aku bawak lah Han. Nasib baik Han jenis behave. So aku tak ada lah rasa susah hati kalau nak bawak dia ke any event. Plus kalau aku buat kerja, husband aku ada jaga Han so lega sikit.



Cantiknya backdrop! Kacau je mama nak pose si seketul Han ni. Sibuk nau nak tarik bunga T_T"


Bunga-bunga dekat luar tu pon dia sibuk nak tarik. Nasib baik tak ada yang tertanggal.



Ok event dh start. Mula-mula Pengarah Pemasaran Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhamad Philip bagi ucapan. Cantik Datin Farah ni. Muka awet muda je sentiasa. Suka tengok :)



Lepastu tengok koleksi hijab Ariani x Siti Nurhaliza. Bakcground music semua lagu daripada Dato' Siti Nurhaliza tapi ada lagu yang tukar music arrangement sikit. Semua lagu best!

Semua koleksi selendang dan tudung instant yang aku dapat tengok petang tu memang jenis yang mudah nak pakai dan ada ciri-ciri ekslusif.Kebanyakan koleksi ni dari fabric 'chiffon dan bubble georgette' yang bermutu tinggi.  Ada macam-macam warna. Ada warna pastel dan vibrant.

Koleksi 'ARIANI X SITI NURHALIZA' ini direka untuk semua peringkat umur wanita dan latar belakang. Wanita bekerjaya ke,suri rumah ke,tua,muda semua boleh pakai. Sesuai je nak pakai pergi mana-mana atau pergi event. 



Jaclyn Victor nyanyi lagu 'Bukan Cinta Biasa'. Sedap gila weh!



Persembahan ke dua,tengok koleksi 'ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA' pulak. Ada 6 koleksi telah diperkenalkan iaitu Instant Layla Deluxe, Instant Layla Glorious, Instant Layla Demure, Instant Avelyn Allure, Instant Avelyn Magnifique dan Instant Majestic Basic.  Siapa yang suka pakai tudung instant mesti suka semua koleksi ni.

Kesemua koleksi adalah diadaptasi dari karektor dan personaliti Dato' Siti Nurhaliza sendiri iaitu keanggunan dan kesopanan' .Dua nilai eksklusif Dato' Siti Nurhaliza diadaptasi kan ke dalam tiap helaian tudung instant ini yang mudah dan praktikal untuk digayakan dalam pelbagai gaya.

Last sekali baru keluar Dato' Siti Nurhaliza. Yang depan sekali,boleh nampak dekat screen.Cantik Dato' Siti ni bila tengok depan-depan. Suara dia memang no doubt lah sampai sekarang mantoppp! Dah beliau pon memang penyanyi no 1 negara kan. Suara dia memang lunak dan merdu ah nyanyi live. Macam pasang kaset. Makan apa lah Dato' Siti ni suara sedap bebenau. Makan kaset kah? Hahaha. 

Koleksi ni yang paling ramai orang tunggu-tunggu dan nak tengok.Koleksi Creacion by Siti Nurhaliza.


Semua koleksi 'ready-to-wear Creacion' by Siti Nurhaliza sangat minimal dan imej kasual. Background lagu 'Aku Cinta Padamu' time ni sangat catchy,rancak dan fresh. Best gila lagu ni diubah muzik rancak. Sambil tengok model lalu dekat runaway tu sambil mulut kumat-kamit ikut nyanyi lagu Dato' Siti jugak.Sambil goyang-goyang kepala sebab music rancak. Hehe.

Nampak tak Dato' Siti yang comel dekat screen tu? Hee.


'Ready-to-wear' Creacion by Siti Nurhaliza ni bersifat lebih minimal, elegan dan eksklusif. Yang bestnya sebab semua koleksi ini semua ilham dan design Dato' Siti Nurhaliza sendiri tau! 

Dari proses rekaaan, pemilihan fabrik sampai lah ke proses pengeluaran dan pembuatannya semua dapat sentuhan peribadi Dato' Siti Nurhaliza. Waaa best.

'Ready-to-wear' Creacion by Siti Nurhaliza ada sampai size XXXL tau! So jangan risau. Semua orang boleh bergaya dengan koleksi Dato' Siti ni.



Kalau korang cari something yang casual, minimal but still elegant, Creacion by Siti Nurhaliza ni memang terbaik lah untuk korang. Harga bermula dari RM89 dan ke atas.

Creacion by Siti Nurhaliza ini adalah fesyen 'ready-to-wear' terbaru direka khas untuk golongan wanita yang mementingkan gaya dan penampilan tanpa mengira usia, latar belakang dan bangsa. 





Fashion show Ariani X Creacion by Siti Nurhaliza ni sangat lah grand dan gilang-gemilang. Banyak sangat artis,selebriti,Dato', Datin, VVIP dan media yang datang.

Aku pulak first time bawak Han pergi fashion show. Risau jugak takut dia buat perangai ke hape. Takut jugak dia tak selesa kalau dengar lagu dan sound kuat.Tapi nasib baik sepanjang fashion show ni dia behave. Sebab dia kemain sedap tidur. Haha. Fuhhhh lega mak enon. Maybe sebab selalu bawak pi tengok wayang. Dia pon dah biasa agaknya dengan segala jenis bunyi.



Balik dari event tengok pamphlet book yang ada dalam goodie bag.Dekat fashion show tengok model yang pakai,dalam buku ni boleh tengok sendiri Dato' Siti yang pakai semua koleksi dia.Aku paling suka shawl ni. Design minimal dan warna pastel. Nampak sweet.



Elive Dress ni paling aku suka. Simple. Nampak ada effect slim pulak tu. Lagi lah aku suka. Haha. Kalau pakai dress ni confirm nampak kurus! Heee.



Ni warna-warna yang ada untuk Instant Majestic Basic. Yang suka tudung instant tu,korang kena ada koleksi ni pulak! Heee


Instant Erina. Minimal yet elegant.



Ni yang aku dapat dalam goodie bag. Ada Revival Kit NEW AGE+ daripada SimplySiti dan Ariani instant shawl.

Dapat 2 instant shawl. Nasib baik dapat warna lain-lain dan boleh masuk semua baju. Ehehe. Dapat warna nude dengan coklat. Tak pernah lagi pakai instant shawl tapi tak sabar nak cuba shawl ni. Simple tapi nampak mewah. Thanks Ariani!


Korang semua jangan lupa dapatkan koleksi Creacion by Siti Nurhaliza ni dekat Butik Ariani, Jakel Mall, Kuala Lumpur tau! :)



ok bye!




8 comments:

  1. wahhh meriah nye m ajlissss... cantik nye jubah awk pakai , koleksi mne tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu bukan jubah. Baju kurung sebenarnya :D

      Delete
  2. untung ler cikepal bersua muka ngan Siti Nurhaliza live lagiiii

    ReplyDelete
  3. Salam cik epal.. Nice to meet u.. Sy newbie..hehe baru nk aktif berblogging.. Dah berhabuk blog..hehe btw suka sgt entry2 cik epal.. Mohon tnjuk ajar ye n tips berblogging.. Hehe kindly follow me at azirafreesia.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. nampak kain dia macam best dan sejuk jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. material dia memang tiptop :)

      Delete