Wednesday, March 30, 2016

Laksa Telur Goreng Bersarang & Roti Bakar Telur Goyang

Ni husband aku ler ni. Beriya nau nak makan Laksa Telur Goreng Bersarang ni. Masa dia cerita dekat aku pasal laksa ni aku buat dekk je ler. Sebab aku memang tak minat sangat makan laksa. Boleh ler makan tapi bukan favourite lah. Sebab aku baru lepas deliver,ibu aku suruh aku pantang laksa setahun. Sebab anak aku belum setahun lagi so memang aku tak makan lah laksa. Cuma teman dan tengok husband aku je ler mencekik laksa ni. Ehehe.



Ni lah dia laksa telur goreng bersarang tu. Ingatkan amende lah yang bersarang sangat tu. Ingat ada sarang burung ke apa. Ye lah orang sekarang ni kan makin pelik-pelik idea nya. Aiskrim pasu lah, aiskrim lesung batu lah,teh ais baldi lah, roti canai warna-warni lah, kucing celup tepung lah.

Rupanya laksa tu dia letak telur goreng ala telur dadar dekat kedai thai tu. Telur dadar yang jenis rangup dan serap minyak tu. Selalu pergi kedai thai order telur dadar pesen gini lah.Tapi yang ni telurnya lebih rangup dan nampak lebih bersarang. Hehe.Telur dadar jenis gini for sure kena goreng dengan minyak yang banyak.



Konsep dekat sini layan diri. Sampai sini cop tempat siap-siap. Sorang lagi pergi beratur. Kalau beratur terus tak cop tempat kang tak ada tempat pulak. Masa aku datang ni boleh tahan ramai juga orang. Seat pon penuh.


Depa dah letak dah siap-siap laksa dengan telur goreng bersarang ni.

Orang order je dia terus  jirus kuah.



Harga memang murah. Laksa telur goreng bersarang tu RM3.50 je. Nak tambah fish cake boleh, tak nak telur goreng bersarang tu pon boleh, nak beli kuah je pon boleh. Suka hati korang lah nak makan macam mana kan. Tapi harga memang murah.

Air dah siap macam ni. Yang ada teh ais, milo ais, jagung, sirap bandung and etc. Aku mintak limau suam tapi limau dah habis pulak katanya. Order apa yang ada siap dekat sini je lah.

Dekat dalam restoran ni jual laksa telur goreng bersarang tu je. Tapi dekat luar kedai ni ada lah stall  lain yang jual nasi kukus ayam berempah dengan keropok lekor.

Sebab aku tak boleh lagi makan laksa, aku layan nasi kukus ayam berempah ni je lah. Pastu mintak sambal nasi lemak sikit dekat acik tu. Hehe. Keropok lekor kongsi berdua.

Apa rasa laksa telur goreng bersarang ni?

Husband aku cakap rasa dia biasa je. Dalam biasa-biasa dia tu, licin jugak lah semangkuk tu dia makan aku tengok. Aku pon confused dengan dia ni. Sedap ke tidak entah. Haha.

"aiii kata biasa tapi licin betul"

"lapar"

Ok. 

Aku tak tahu lah rasa dia macam mana sebab aku tak rasa. So tak boleh komen sedap ke tidekk. Haha.

Aku pergi ni dekat Botani Ipoh, sebab alang-alang dah nak balik rumah MIL aku. Sekali lalu je lah.Nah alamat kalau korang nak try. Aku waze je.

No.1,
Jalan Margosa D/8,
Seri Margosa,
Taman Seri Botani.


Ini dekat Taiping pulak. Masa awal-awal kahwin dulu sampai sekarang kalau rasa nak breakfast luar selalu jugak lah breakfast sini.Dekat Pokok Asam.

Anak aku ni bukan boleh. Pantang nampak makanan semua dia nak. Pantang lah nampak kitorang tengah nak mengunyah,mesti dia nak jugak kita suap dia.

Roti bakar telur goyang. Makan lah sambil kepala bergoyang-goyang.

See! Tak boleh biar lama-lama. Semua dia nak capai nya. Laju je tangan dia. Semua benda dia dapat pegang semua nak masuk mulut T_T'

"Makan lah dulu bangggg"

Solution nya memang macam tu lah. Dah ada anak ni kena gilir-gilir makan. Sorang makan sorang pegang Han. Nak makan kena take turn. Nak acah-acah romantik makan sambil I suap U,U suap I memang tak dapek dah denn nak nolong ehh.

Dah ada anak ni suap diri sendiri je lah.

Lepastu pergi Taiping Mall dengan akak ipar dan anak buah jap. Seketul Han pantang je nampak makanan semua dia nak.

Ni cuit lah sikit bagi dia rasa. Uihh kemain laju ambil bawak masuk mulut.Gelojoh betul.Rasa nak picit. Hahaha.


Ni ikut perangai siapa lah ni kuat makan ni? Hmmmmmmmmm. Bapak dia lah ni. Haha. K bye!

12 comments:

  1. muka xmenahan mkn sungguh2 han tu..kekeke..

    ReplyDelete
  2. Hoisss... sedapnye semua menu...

    ReplyDelete
  3. Hai dik epal. MOga bertabah ye pantang laksa setahun. ahkak dah habis pantang setahun, maka boleh melahapnya laksa dgn rasa senang hati tanpa rasa bersalah hahaha. Aritu ade gakla curi2 makan laksa. laksa ni lah kat Taman botani Ipoh. Geram tgok kawan makan. Cuba. Sedapppppp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nanti dah habis pantang setahun boleh cuba-try-test makan laksa ni :D

      Delete
  4. hello cik epal.. greetings from yusrina.. please visit me at :-

    http://albumretro.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. dalam byk2 gmbo makanan kenape teringin tang roti ngan telur tu..arghhhhh mne nak cari

    ReplyDelete
  6. adehh.. terliur balik tgk laksa telur bersarang nieh.. haritu balik perak 10hari, 4hari berulang alik makan laksa kat sini. sedap sebab i HANTU LAKSA. hahahah

    ReplyDelete