Tuesday, February 9, 2016

Cik Epal Jofliam Honeymoon Busan Korea (part 9) : Jagalchi Market




Kalau datang Busan,Korea ni memang tak sah ah kalau tak pergi Jagalchi Market.Jagalchi Market ni  pasar yang menjual makanan laut paling besar dekat Korea dan antara tarikan penting dekat Busan. Memang famous ah Jagalchi Market ni dekat Busan.Nak datang sini paling senang naik subway.



Direction to Jagalchi Market:


Ambil subway ke Jagalchi Station (Busan subway line 1), Exit 10. Belok kanan ke Jagalchi 3(sam)-gil Street. Jalan dalam 5 minit, lepastu belok kiri untuk sampai ke Jagalchi Market.









Panjang betul janggut sotong ni.Hehe.







Banyak juga haiwan-haiwan laut yang rare dalam pasar ni.Kalau datang sini,memang banyak ah sea creatures yang masih hidup yang aku tak pernah nampak dekat Malaysia. Tapi aku tak banyak pulak ambil gambar haiwan-haiwan yang pelik tapi benar dalam pasar ni. Sebab lapar nak cari tempat makan.So haiwan-haiwan tu semua di pandang sebelah mata aje. Hihi.



Walaupun Jagalchi Market ni pasar basah tapi semua kolam/akuarium ni air dia mengalir air laut. So haiwan-haiwan dalam pasar ni semuanya fresh!

Kalau dah nama pasar mesti kita kita akan fikir pasar ni berbau dan hanyir kan? Tapi dekat pasar ni,tak berbau sangat lah. Pasar ni sangat besar, sangat bersih dan sangat banyak sea creatures yang masih hidup. Dah nama pon Busan ni tepi laut. Memang syurga makanan laut ah cerita dia kan!







Haa ni lah Jagalchi Market tu. Nampak macam shopping mall sikit. Nak makan dekat luar pon boleh.Tapi kitorang memang nak makan dalam ni. Bila masuk je dalam Jagalchi Market ni jadi blur kejap tak tahu nak makan mana. Sebab banyak gila tempat makan dalam ni.



Tiba-tiba ada sorang ahjumma (makcik)  ni tegur. Kitorang pon tengok menu dia. Macam alright gak.So makan dekat kedai mak cik tu je lah.




Makan bersila. Sambil-sambil tu boleh ah layan view tepi laut.







Weee. Makanan dah sampai.




Ni yang kitorang order.Ada lagi tapi tak ambil gambar. Sebab perut pon tengah berkeroncong lagu Dilwale Janam Janam Jahanam,memang apa ada depan mata terus ngapppp ah!. Heee. Dekat dalam pasar ni memang macam ayam dengan itik je lah kalau kau nak bersembang dengan orang dekat sini.Pilih nak makan kedai ni pon sebab dalam menu ada gambar. Main tunjuk-tunjuk je ah apa nak makan.Kalau menu tak ada gambar,memang kirim salam.Hehe.




Udang besar.




Ni antara menu yang kitorang order. Abalone.



Aku rasa abalone ni paling mahal antara menu yang lain yang kitorang pilih. Kot.




Ikan bakar. Sedap. Isi manis je.




Udang ni pon sedap. Isi manis gila ya ampunn. Ye lah sebab fresh kan. Memang lazat ah.




Pajeon (pancake)



Sedap gak.




Seafood stew. Lazat! Nyum nyum.




Minum air kosong je.Side dish ada macam-macam. Ada bagi sos untuk dip jugak.Side dish ok semua sedap. Free flow pulak tu. Cuma kimchi je memang aku tak boleh nak masuk tekak.




Total kitorang makan ni 120,000KRW. Ada lagi menu yang kitorang makan tak ada dalam gambar. Jagalchi Market ni last destination kitorang dekat Korea.Masa bayar haritu pon main bayar je sebab memang nak habiskan duit Korean Won lagi pon.

Bila balik hotel,baru terfikir nak convert duit RM. Bila convert duit RM rasa macam "perghh mahal gila nak meninggal". Haha. Mungkin time order tu main tunjuk je,tak tengok harga.Tapi aku rasa abalone tu yang buat mahal tak silap. Orang cakap kalau makan dekat luar Jagalchi Market ni murah sikit dari dalam ni. Tapi depends gak ah dengan apa yang kita order kan.Dekat Busan ni memang highly recommended lah makan seafood dekat Jagalchi Market ni. Serious lagi sedap dan murah dari Seoul.Tapi kalau betul-betul dalam bajet,tengok harga dulu sebelum order.





Dah habis makan. Balik ke hotel balik.Ni time nak beli tiket subway. Hari-hari memang naik subway je.Nasib baik ada english jugak dekat machine ni. Kalau semua bahasa Korea memang pitam.




Cuma naik subway dekat Korea ni aku kurang gemar dengan bau dia.Lagi-lagi time pagi-pagi buta.Busuk gila. Sebab diorang ni suka minum soju (arak). Aku syak bau soju tu yang busuk.Kalau dekat Seoul lagi ah.Pagi-pagi naik subway memang hapak gila.Tapi tak tahu ah kan sebab aku tengah pregnant time ni so aku rasa macam busuk je diorang semua ni. Haha.



Tapi kalau nak compare train Jepun dengan Korea,personally aku suka lagi Jepun punya ah. Bersih dan orang-orang nya tak berbau macam dekat Korea. Huhu.








Akhirnya sampai ke Busan Station.Orang kata gerbang ni berbentuk sotong kurita.Tapi aku tak nampak pulak bayang sotong mahupun kurita dekat benda alah ni.Aku rabun barangkali.




Aku tak boleh tengok betul ah seluar ahjumma dia ni. Mesti aku terbayang insiden dekat ENTRI KOREA PART 8 ni. Hampeh tol.




Wow! Sado betul abang ni.Angkat aku guna lengan dia je.

Kau hado lengan begini? Nan hado!




Akhirnya sampai juga dekat hotel aku yang gorgeous ni. Boleh baca ENTRI KOREA PART 7 NI kalau nak tengok kegojesan hotel ni.Kegojesan? Oh my english! So hazab. Kuikui



K bye!

26 comments:

  1. Hehe kak ipar saya pun cakap korean ni lagi busuk dari japanese. Btw udang besar tu betul-betul buat air liur meleleh

    ReplyDelete
  2. Memang pun...bau diorg tu tak tahan betul...masa gi sana..masuk je subway terus tutup hidung huhu..tp 11 hr kat korea..lama2 alah gak bau tu heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. Ingatkan kitorang je berperasaan begitu.tapi nampak nya tak keseorangan. haha.

      Delete
  3. tetiba meremang bulu roma tengok bulat2 kat janggut sotong tuh ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa meremang bulu roma pulak? haha

      Delete
  4. waaa udangg meleleh airliuqqqq nengok seafood tu dik epalllll

    ReplyDelete
  5. Ramai yang cakap Jepun lagi bagus dari orang Korea dari segi kebersihannya kan

    ReplyDelete
  6. macam mana cik epal maintain kurus walaupun makan banyak ni...share tips pleaseeeee...

    ReplyDelete
  7. Dari segi budaya korean xleh beat japanese rasanya...
    Japanese ni ikut peraturan gak..korean ni ada main redah gak...

    ReplyDelete
  8. bagus detail je kasi information pasal travel korea..huhu kalo pegi boleh rujuk balik ni entry2 cikepal..terbaik.. ^^


    lawak part mgkin preggy sbb tu sume org jdi busuk haha.mcm btul.

    ReplyDelete
  9. tempat saya tak gemar pergi ialah pasar...hanyir...tengok makanan tu semua macam sedap je

    ReplyDelete
  10. hi cik epal..nice blog..i just blog walking terus jatuh cinta dengan blog u..will follow u..boleh follow blog i yang setahun jagung ni juga http://irdagarmin.blogspot.com.nice to know u cik epal

    ReplyDelete
  11. oooo dieorg busuk eh,wakakaka tgh byg kan hero kesuakaan bau busuk

    ReplyDelete
  12. Next time punya trip nak cover Busan & Jeju pulak lah. Hehe. Tapi kawan cakap Busan 1 hari jalan2 pun nak boleh lawat semua tempat yang best2, betul eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok orang jugak lah.Kalau suka nature,boleh duduk lama. 2-3 hari pon ok. Ni pon ada tempat lain lagi yang tak sempat pergi :)

      Delete
  13. Blog Cik Epal ni saya kenali dari seorang rakan bila kami berbual di pasar malam semasa saya sedang mengambil gambar perniagaan beliau...dan ayat yang keluar dari mulut beliau adalah " Hang ni macam Cik Epal la",mulanya saya tak faham tapi sebab saya nak tulis pasal perniagaan beliau dalam blog maka beliau menyamakan saya dgn Cik Epal.

    Memangnya blog ini cukup menarik dari templete dan cara susunan gambar...terbaik Cik Epal.....saya akan jadikan anda idola saya...tkasih

    ReplyDelete
  14. udang tu wat terliur.. anggaran rm 400 gkkan makan tu.. ada rezeki nk cuba gi busan lak..

    ReplyDelete