Monday, January 18, 2016

The Fast Forward 1 Minute Hijab Tutorial Cik Epal

Dekat instagram aku (@cikepal06) ramai betul yang request suruh buat hijab tutorial. Aku rasa cara aku pakai shawl simple sangat-sangat. Nothing fancy. Nak buat tutorial pon macam segan kot.Tapi dah ada yang request,aku buat  je lah tutorial macam mana aku pakai shawl. Serious senang. 1 minit siap dah.

Aku selalu pakai wide shawl cotton yang besar tu. Jarang aku pakai shawl jenis lain. Wide shawl ni murah je. Dekat pasar malam pon banyak je orang jual. RM10-RM15 boleh dapat dah. Lagi-lagi kalau beli banyak. Aku memang suka shawl ni so memang aku borong ah semua warna :D

Cara nak pakai,mula-mula gosok ah shawl dulu kan. Hehe. Then lipat dua shawl tu.Sebab wide shawl ni sangat besar memang kena lipat dua.Dah lipat dua memang tak kan nampak jarang ah shawl tu. Aku pakai shawl ni tak pernah pakai inner neck sebab memang tak kan nampak leher.Sebab dah lipat dua kan? So jangan risau memang tak jarang.


Dah lipat dua wide shawl tu.Sediakan satu pendek satu panjang macam ni. Dah satu pendek,opkos lah satu lagi panjang kan? >.<"

Yang pendek tu, bawak ke dalam dalam macam gambar aku atas ni lepas tu pin kan guna jarum peniti dekat serkop :D

Oh ye cara aku pakai shawl ni memerlukan 4 jarum peniti dan 1 brooch.

Bila belah pendek tu dah pin. Lepastu dekat belah panjang bahagian tepi muka ni pin lagi macam ni.Ikut lah kesesuaian bentuk muka dan keselesaan masing-masing.Nak ketat ke nak longgar terpulang.

Yang belah panjang tadi lilit terus ke atas kepala cenggini.Adjust-adjust sikit bagi tutup bahagian dada.

Dekat atas kepala pin lagi supaya tak terjatuh.

Kiri kanan atas kepala tu pin ok macam ni untuk nampak kemas.

Then ambil sikit yang hujung belah panjang tadi tu.

Pin hujung shawl tadi, sekali dengan shawl atas bahu dan baju sikit supaya shawl tu statik tak jatuh-jatuh.Yang dekat atas bahu ni guna brooch tau. Sebab nak pin sekali dengan baju.


Dah siap! Ni bahagian depan.

Ni bahagian belakang.Aku memang suka wide shawl jenis macam ni sebab memang wide coverage.Wide shawl cotton ni memang shawl kegemaran aku. Dah ah murah. Memang best ah :D




 Tadaaaaa! Siap dah! The Fast Forward 1 Minute Hijab Tutorial Cik Epal !

Senang je kan cara nak pakai wide shawl ni. Memang senang gila. Gila pon tak senang macam ni. Haha. Cuma gunakan masa 1 minit je. Sekarang aku dah expert.Tak ada cermin pon sap sup sappp siap dah pakai shawl.Ehehe.


Semenjak jadi ibu ni. Kena lah lebih banyak spend time dengan baby dan family.Aku memang memerlukan dressing yang simple, cepat dan mudah. Sama jugak macam Panadol ActiFast yang boleh diserap dua kali lebih cepat (berbanding dengan tablet standard Panadol) dan lembut pada perut. [Nota: Panadol ActiFast hanya sesuai untuk peringkat umur 12 tahun dan ke atas]



Nak tahu lagi banyak speed hacks untuk fast forward detik-detik kehidupan yang terbaik (untuk fashion, fitness, cooking, motoring). Boleh tengok dekat www.panadolfastforward.my .

26 comments:

  1. cantik..leaps ni boleh buat tutorial untuk style lain pula ;)

    ReplyDelete
  2. Wah tantekk cikepal nti nk try ahhh

    ReplyDelete
  3. leka tgk kecomelan cik epal berbanding tutorial shawl tu...

    ReplyDelete
  4. sayang cik epal..Akhirnya penantian ku bermakna..TQ cik epal..Lepas ni nak pakai ala Cik Epal pulak..

    ReplyDelete
  5. flowless nya muka cik epal. share tips plis

    ReplyDelete
  6. insya Allah nnt try...
    terima kasih ats perkongsian

    ReplyDelete
  7. comel ! cover that part also , Thanks cik epal. penulisan cik epal sempoi sgt and yang last tu HAHAHAAHAH

    ReplyDelete
  8. Wahh! memang mudah je tutorial ni cik epal. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  9. Dah try pkai cm ni. A new look for me 😊 thanks cik epal..

    ReplyDelete
  10. salam..nice entry, pasni bleh akak cuba. Yeay! Dpt lg satu cara pkai shawl yg senang utk mak2 budak melawa dlm keadaan yg sentiasa rushing. Thanks cik Epal sharing dz tutorial.. nice to meet u! :)

    http://hamidahyussof87.blogspot.my/

    ReplyDelete
  11. hehe shawl cotton best xlicin macam chiffon. :D

    ReplyDelete
  12. assalam cik epal pkai produk kecantikan ape..cntik...

    ReplyDelete
  13. ye betul...bila ada baby semua nak kena cepat dan mudah..tapi tetap maintain cantekkk..mekasih for the tutorial... ;-)

    ReplyDelete
  14. Tips yang sangat bagus..dan boleh memberi manfaat berkongsi dengan Kakak saya..insya Allah.

    ReplyDelete
  15. Tips yang sangat bagus..dan boleh memberi manfaat berkongsi dengan Kakak saya..insya Allah.

    ReplyDelete