Thursday, January 21, 2016

Majid Murtabak Cheese Larkin Special No 1 Kampung Kurnia Johor dan JPO

Seketul Han acah-acah candid. Ececehh.

Dah lama dah pergi Johor/JB ni. Dalam tahun lepas.Han baru 3 bulan kot time ni.Biasalah semenjak melayari alam rumah tangga ni aku busy sikit melayan suami dan baby, tak berapa nak layan laptop.Mak busy noks! Nak update blog pon kena pandai curi masa. Dah ada baby ni paham-paham je lah kan. Time nak update blog je, time tu lah anak aku dahagakan kasih sayang aku. Haha.So terpaksa layan dia. Bila dah layan,terus mood nak update blog ke laut.Last-last semua entry tertunggak. Sebab tu banyak lagi entry honeymoon/travel tak update lagi.Zaman bila nak habis pon tak tahu ler. Kehkeh.


Ni tetiba mengidam murtabak cheese,tu rasa macam nak update dekat blog pulak. Hee.

Siapa pernah makan murtabak cheese dekat Johor ni? Angkat tiakkk. Haha.

Murtabak cheese ni boleh makan dengan kari atau makan dengan timun sos tu.Ala-ala murtabak singapore ah ni makan dengan timun dan sos.Tapi kalau makan murtabak je tanpa sos dengan kari pon sedap dah woh! Dah memang thorbaik dimakan begitu sahaja.


Serious makan murtabak cheese ni feeling dia macam makan pizza pulak. Cheese meleleh.Bila tarik pon tak nak putus-putus. Haha.

Wuuuu. Nampak tak cheese dia tu? 

Cheese dia sebeban engkooo.Sampai melimpah keluar haa cheese nya.

*menjejes airlio jatuh ke keypad laptop* 

Haha.


Yang ni aku ambil murtabak daging kalau tak silap.Inti murtabak pon banyak. Rasa inti pon sedap. Tak terlalu pedas dan rasa rempah dia pon sedang-sedang je.Murtabak cheese ni kulit atas dia rangup sikit,dalam lembut.Satu keping murtabak tu memang depa masak banyak kali untuk dapatkan rasa rangup dan enak itu.Tapi secara overall,murtabak ni lembut dan terasa rempah dia sikit.



Sorry dah dapat makan murtabak cheese ni memang tak boleh toleh kiri kanan dah. Fokus 100% ada lah pada makanan.Kuikui.


Time aku pergi ni harga murtabak cheese range dalam RM10-RM28. Depends on size.Sekarang harga naik sikit kot sebab dah ada GST ni.Nak compare harga murtabak yang kita selalu makan dekat pasar malam tu memang mahal sikit ah tapi berbaloi weh,cheese dia melimpah-limpah hingga ke ladang gandum. Haha.

Kalau tak nak murtabak cheese ada je murtabak biasa. Harga dalam RM5-RM7. Tapi dah alang-alang sampai ke JB ni,adalah satu kerugian lah untuk engko kalau tak pekena murtabak cheese ni.

Gerai ni bukak pukul 12 tengahari-6 petang. Tapi kalau datang pukul 4pm ke atas selalunya dah habis dah murtabak. Selalunya memang ramai beratur nak makan dan tapau murtabak cheese ni.Time ni aku datang memang pukul 12 tengahari. Kemain awal nau mak enon sampai! Saja datang awal sebab malas nak beratur. Sampai-sampai je terus order. Sebab tak ada orang, kejap je dapat murtabak cheese nya. Heaven! :D

So nasihat aku,datang lah awal. Kang datang dari jauh pastu lambat pulak. Murtabak pon habis.Memang menangis di tepi bucu tong gas gerai ni je lah engko. Haha.

Tempat ni macam food court. Banyak lah gerai-gerai yang jual pelbagai makanan enak.Bila dah pekena murtabak cheese tu,boleh pekena ABC special ni pulak. ABC ni pon sedap! Highly recommended!

Tak JB lah kalau tak makan pisang goreng cicah sambal kicap kan? Pisang goreng ni pon nice. Aku suka pisang goreng jenis kecik-kecik dan rangup camni.Ada jugak jual keladi goreng,keledek goreng,cekodok pisang dan segala jenis gorengan dekat gerai dalam tu jugak.

Nah alamat kalau ada sesiapa yang teringin nak cuba-try-test. Heee.

Majid Murtabak Special No 1,
Jalan Kurniawan,
Kampung Kurnia,
80250 Johor Bahru,Johor

Operation hours:
Isnin hingga Ahad
12 tengahari – 6 petang

(Tapi around 4pm kalau nak makan/tapau murtabak cheese,selalu habis dah. So datang awal ya ibuk-ibuk bapak-bapak)

Dah habis makan, singgah JPO jap. Panas berdenting dekat sini.Pergi pulak time tengahari memang merasher lah bahang nya. Murah-murah juga lah barang dekat sini kalau ada discount.Tapi ada juga barang yang mahal.Misi datang JPO ni nak cari handbag sebenarnya tapi tak ada pulak yang aku berkenan. So aku beli kan barang-barang untuk family je. Untuk ayah aku,aku belikan apa eh. Aku pon dah lupa. Haha. Yang aku ingat aku beli kan handbag untuk ibu aku. Untuk adik-adik aku,aku beli kan perfume Victoria Secret. Tu je shopping nya dekat JPO ni.



Ok dah habis dah cerita. Bye!

12 comments:

  1. fuh! sedapnya! cheese tuh memang sebeban..terbaiklah

    ReplyDelete
  2. perghhh..telan air liur pagi2 ni. ahhahaa

    ReplyDelete
  3. Mak ai, besar gila murtabaknya. Mesti kenyang sampai ke malam ;)

    ReplyDelete
  4. cheese meleleh!!!sedap pulak tengok gambar murtabak tu...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...cik epal,

    sedap nyer kan... nanti boleh gi sini rasa martabak cheese .

    mselim3

    ReplyDelete
  6. Wahh, sedapnya tgk murtabak cheese tu!!! gi johor kena try nih!

    natrahnat.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. sedapnyeee :)
    bole la merasa kalau trun JB

    ReplyDelete
  8. sedapnye....jom wat rombongan cik epal heheheheh

    ReplyDelete
  9. sedapnya murtabak cheese tu.

    nk kne p rasa jgk one day ni ! :p

    ReplyDelete