Monday, January 25, 2016

Honeymoon Korea (part 7) : Dari Seoul ke Busan dan ARIA Motel


Tengok ah tarikh kitorang pergi Korea ni 18/9/2014. Sekarang dah 2016. Kau mampu peram cerita sampai 2 tahun baru nak update dekat blog? Basi pon basi lah janji hado. Sekarang je baru ada masa free sikit nak update blog.Kuikui.

Macam aku cakap dekat entry honeymoon Korea part 1 haritu,memang saja kitorang naik flight turun ke Busan. Sebab sebelum balik Malaysia, memang nak tidur dan enjoy dekat Busan dulu. Dari Seoul nak ke Busan, terus naik KTX.

Ada beberapa cara  sebenarnya kalau dari Seoul nak ke Busan ni:

1-Boleh naik bas
2-Domestic Flight
3-Mugunghwa (keretapi slow,ada banyak stop)
4-KTX (keretapi laju)

Kitorang plih naik KTX.Beli tiket KTX ni online je dekat website KORAIL. Nak beli online memang kena ada credit card pastu claim dekat station untuk actual tickets. Tapi sebab kitorang tak ada credit card,terpaksa suruh member kitorang dekat Korea tolong belikan tiket. Kalau nak walk in beli tiket pon boleh je tapi takut tiket habis je lagi-lagi kalau public holiday and weekends. Tapi beli walk in lagi murah dari online sebenarnya. Cuma risiko takut tiket habis tu je lah.


Harga tiket KTX dari Seoul ke Busan dalam KRW54,000. Lebih kurang RM200 untuk seorang.Tapi kalau nak jimat boleh naik bas atau Mugunghwa (keretapi slow).Lambat sikit ah sampai tapi murah. Boleh feeling-feeling menikmati pemandangan lama sikit.Hehe.Kalau naik Mugunghwa ni time malam best lah. Jimat masa dan boleh tidur. Murah pon murah.









Kalau naik KTX ni boleh layan view jugak. Perjalanan ke Busan ambil masa dalam 2 jam setengah lebih kurang. Ada jual makanan dan minuman gak dalam KTX ni. Aku beli banana uyu/susu pisang tu je lah.KTX ni seat dia best,memang selesa ah. Yang lagi best sebab ada FREE WIFI dalam ni. Heee.

Ok dah sampai dah Busan Station. Tak tahu nak duduk mana tak booking hotel lagi. Kitorang pon main jalan je lah sampai jumpa satu hotel ni.



Tengok dekat receptionist, gambar bilik hotel dia boleh tahan.Siap ada jacuzzi blink-blink.Harga pon ok dalam RM200++/night.Nasib baik ada bilik kosong lagi.

Ini je lah beg yang kitorang bawak sepanjang ke Korea ni. Kongsi suami isteri.Kalau time winter,memang tak dapekkk lah kan nak bawak beg besar ni je kongsi 2 orang.

Jacuzzi dia nice gila. Memang sesuai ah untuk honeymoon couple atau couple yang nak sambut anniversary ke.





Bila masuk je bilik ni, agak impress gak ah tengok jacuzzi blink-blink ni. Besar betul. Sesuai lah untuk semua couple tak kira size. Haha.






Ni toilet. 


Hellooo? Opkos lah ni toilet kan? >,<"


Engko ingat jacuzzi dia je bersize gajah? Syampu dengan body shower dia pon bersize gajah juga hokeyyy! Tak main lah syampu dengan sabun besar cinonet. Yang tu dua kali picit dah habis. Hehehe.




Sekeliling jacuzzi ni ada cermin lak tu. Dekat atas jacuzzi ni pon ada cermin.Kira kalau kau pandang ceiling je,terus nampak lah muka kau.Tapi dekat bahagian jacuzzi ni je dikelilingi cermin sampai atas. Dekat bahagian katil dengan toilet tak ada pulak. Haha.





Yang best pasal ARIA hotel ni sebab lokasi dia strategik. Dari Busan Station tu 10 minit je.Free WIFI dan connection agak laju gak ah.Staff dia pon friendly and helpful.ARIA hotel ni 2 bintang je. Tapi harga dan bilik dia agak best ah daripada hotel 5 bintang yang aku pernah duduk.

Kalau honeymoon couple atau couple yang nak sambut anniversary tu memang aku recommend ah duduk sini. Murah pon murah and better ah dari hotel 5 bintang yang kadang-kadang bilik sendu je tapi sebab ada nama harga mahal.


Ok nanti sambung lagi cerita.Kitorang memang suka gila dengan scenery yang tenang dan mendamaikan dekat Busan ni.Busan ni best lah kalau jiwa nature.Kalau kau suka city view dan berjiwa urban walaupun berwajah desa (kehkeh), maybe lebih suka Seoul. Sebab selalu juga orang kata Busan ni bosan. Tapi bagi kitorang ok lah not bad.Nanti aku cerita next entry tempat yang kitorang pergi dekat Busan ni.Siapa kata Busan bosan? Busan best kottt!


Ok bye! :)

7 comments:

  1. bapak nice jacuzi dya.. memang tak sedar ber-jam2 laa dalam tuh..

    ReplyDelete
  2. kecil jugak beg nya..Selalu tgk org lain bawak berbeg2kan.Baguslah jimat ruang.

    ReplyDelete
  3. jakuzzi tu satu ke dua . konpius haha

    ReplyDelete
  4. Saya pun actually ada cerita ttg travel tahun 2013. Saya nak jugalah buat entri pasal tu...kenangan indah tu...hihihi...

    ReplyDelete
  5. cantikkk jacuzzi dia tu kalau berendam tuuuuu perghhh kecut jari tangan hahaha

    ReplyDelete