Tuesday, January 5, 2016

Cik Epal Jofliam Honeymoon Korea (part 5) : Changdeokgung Palace


Muka ada senyum.Gembira dapat makan kuih sedap!

Sedap betul makan kuih red bean :D


Ok tak tahu apa nama kuih ni. On the way nak pergi Changdeokgung Palace,nampak ajumma  jual kuih ni. Kuih ni macam sama je yang dengan bentuk ikan yang glemer tu tapi ni dia buat bentuk cute macam ni.Beli kuih ni filling red bean. Sedap gila makan panas-panas sebab crunchy dan filling dia sedap. Tapi kena makan panas-panas ah baru sedap.Beli 2000 won pastu ahjumma ni tengok kitorang cakap "ippo" "ippo". Tak tahu "ippo" ni amende. Pastu dia bagi free lagi dua ketul. Hiks. Kamsahamida ahjumma.

Update dekat instagram (https://www.instagram.com/cikepal06/) pasal "ippo" ni. Kot-kot lah ajumma tu carut aku ke apa. Haha. Tapi kalau dia carut,tak kan lah dia bagi free lagi 2 ketul kan? So mesti niat dia sesuci lebaran ni. Pastu yang mengomen dekat gambar aku tu ada yang cakap 'ippeo/yeppo/yeppeo' kot.Maksud dia cantik.

Lepas je tahu perkataan "ippo" ni,kitorang pi shopping mana-mana kalau penjual dia perempuan.Semua kitorang cakap dia "ippo" walaupun muka macam tak mandi pagi supaya dapat diskaun. Haha. Taktik ni berjaya kitorang guna bila dekat Busan,Korea. Nanti aku cerita dekat entry Busan. Ni nak habiskan cerita Seoul dulu.


Kuih ni sedap! Serious sedap. Sebab dia crunchy kot. Tapi kena makan panas-panas lah. Bila dah sejuk dia lembik. Tak sedap.















Macam aku cakap dekat entry lepas (HONEYMOON KOREA PART 4), dekat Korea ni banyak gila palace. Kitorang pilih nak masuk Changdeokgung Palace je sebab dalam ni ada secret garden. Secret garden ni kerabat di raja Korea still guna lagi. So tak boleh ah merayau gerak sendiri dalam ni sebab kita kena follow tourist guide yang di sediakan oleh pihak palace.Kalau korang nak pilih salah satu palace,aku memang suggest Changdeokgung Palace ni dari palace lain.

Direction to Changdeokgung Palace:
Ambil subway ke Anguk Station (Line 3), pastu jalan kaki dalam 5 minit.

atau

naik Subway (Line 1,3,5) dan stop di Jogno 3(Sam)-ga Staion dan keluar dekat Exit 6 tapi kena jalan jauh sikit ah dalam 10 minit.



Harga tiket:

Huwon Secret Garden : KRW 5000

Changdeokgung Palace : KRW 3000

Sebab kitorang nak masuk palace + secret garden bayar ah 8,000won. 



Nak masuk Secret Garden ada selected time, kitorang masuk pukul 11.30 am.Ambil guide yang cakap english ah kan. Kalau kau paham cakap korea,jepun atau cina. Boleh lah pilih masuk sesi tour yang lain itu.

Oh secret garden ni berbukit tau so better pakai comfort shoes lah. Kau masuk sini pakai high heels,memang masyak lah kau.












Ni lah dia Changdeokgung Palace. Kalau masuk istana ni boleh lah kita tengok keunikan arkitektur dari zaman Korea.Changdeokgung Palace ni merupakan salah satu istana yang tertua. Bentuk dia memang macam tu dari dulu. Ukiran apa semua masih terjaga lah merupakan gabungan kayu tebal dan batu-bata.







Changdeokgung Palace ni merupakan Palace kedua selepas Gyeongbokgung Palace melakukan renovation pada 1405 dulu. Dalam Changdeokgung Palace pula dibina Huwon atau Secret Garden.

Cantik juga lah istana Korea zaman-zaman dulu ni. Ukiran dia unik. Corak cat dekat kayu pon cantik.







Sementara still ada dekat Changdeokgung Palace  ni cari port nak terbang jap. 

Emm dekat sini pon macam alright gak.




Tadaaaa!

Berjaya terbang di Changdeokgung Palace.

Mission accomplished!

Hahaha :D



Ok dah ready nak masuk secret garden.

Nak tahu kenapa dinamakan secret garden?

Latar belakang kenapa dinamakan Secret Garden sebab taman ini terbentuk sendiri tanpa ada campur tangan manusia. Bentuk pokok-pokok dalam ni pon semua tumbuh dengan sendirinya. Bangunan istana dengan warna yang natural.Dan tempat ni tempat rehat Raja time zaman-zaman dulu dan orang lain lansung tak dibenarkan masuk. Sebab tu lah nama dia Secret Garden.



Setiap pavilion yang kitorang singgah semuanya ada makna tersendiri. Contoh nya, ada pavilion yang biasa raja  gunakan untuk membaca sampai banyak pokok rendang dekat sekeliling tempat tu. Ada pavilion untuk raja dating, ada jugak pavilion untuk raja berlatih bela diri. Yang paling unik sebab ada Anti-Aging Gate.


Diorang percaya kalau lalu je Anti-Aging Gate tu memang akan muda selama-lama nya. Wahh.Memang laju je semua nak keluar masuk gate ni.Selamanya awet muda katekooo. Hahaha.


Tourist guide kata raja-raja zaman dulu kebanyakannya mati muda.So gate ni dibina dengan harapan yang raja-raja ni boleh hidup lama sikit.


Iyo lah :p


Yang ni tempat dating Raja zaman dulu. Serious tak tipu. 

Best gak dating sini. Kantoi je pakwe curang,kau terus tolak je humban dia dalam kolam tu :D

Ni bergerak pergi kuaters raja,permaisuri,kandang kuda,rumah hamba etc.Tak besar mana pon tapi lengkap ah.









Ni lah tourist guide kitorang time dalam ni.Korean yang pandai cakap english.

Sepanjang Tour ni akan diceritakanlah sejarah-sejarah Changdeokgung Palace Secret Garden ni. Tour ni ada lah dalam 2 jam. Nak masuk sini memang wajib kena ada tour guide. Memang tak boleh kehulur-kehilir sendiri.





Dia ada cerita something pasal benda ni tapi aku lupa ah pulak. Maklum ah honeymoon nya 2 tahun lepas sampai dah masuk tahun baru. Baru sekarang gigih nak update dekat blog. Merasher lah jadi nyanyuk. Tapi tak silap aku,ni tempat diorang sembunyi kalau ada apa-apa emergency rasanya.



Memang cantik Changdeokgung Palace Secret Garden ni tapi penat nak menapak sikit sebab kena naik turun bukit. Dok turun naik bukit je kerja,memang letih gak ah masuk dalam ni.Lagi pon time ni aku tengah pregnant,bila berjalan terlampau banyak memang cepat letih.Dah ah letih,pastu macam malas nak dengar dia membebel pasal sejarah dekat sini dah.Tak sampai 2 jam pon kitorang dengar,pastu kitorang terus blah nak beli kuih red bean tadi. Hahaha.

Keluar Changdeokgung Palace cari lagi kuih red bean ni. Tapi kali ni warna dia pucat lesi pulak. Tak serangup masa beli mula-mula tadi.



Walaupun yang kali ke dua ni kuih nya versi pucat lesi,habis juga dia makan kuih ni. Licin tinggal kertas je. Sedap juga cuma kurang crunchy.

Suami aku excited je pergi beli kuih red bean ni dengan harapan dapat 2 ketul free lagi. Kali ke dua dia pergi beli sorang. Dia pergi beli pastu frust tak dapat free 2 ketul dah. Lemakk ah kan banyak kali ajumma tu nak bagi free. Lagi pon chantekkk ke kau bang? Hahaha.



Aku syak masuk tahun 2017 baru habis entry honeymoon Korea aku ni. Haha. Ok sambung lagi next entry. Bye nyah!


12 comments:

  1. Bestnya hanimum kt korea cik epal...fuhhh makan kuih sedap yummmy

    ReplyDelete
  2. Bestnye tempat nie!! Ok masuk dalam busket list! Hehehe

    ReplyDelete
  3. style lah gambar terbang tu.
    cik epal, share beauty tips cik epal. cute and awet muda je.

    ReplyDelete
  4. tak habis habis lagi dengan cerita korea nya..hihikkk...

    ReplyDelete
  5. Cik epal, masa pergi sane ade tak sewa simcard or beli simcard diorang? Ke guna wifi merata je?

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa kuih red bean! Teringin makan red bean noodle korea

    ReplyDelete
  7. ippo tu maksudnya cantik kak (kot?). haha . ajumma tu nampak akak cantik sgt thats why bagi free :P

    ReplyDelete
  8. wah bestnye..hrp3 dpt g thn ni hehe...

    ReplyDelete
  9. untung arrrr dapat cuti2 pi korea...:)..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kuih red bean tu....nak gi korea sekarang juga..hahaha..first time comment here..

    ReplyDelete