Thursday, January 28, 2016

Cik Epal Jofliam Honeymoon Busan Korea (part 8) : Gamcheon Cultural Village

Kalau korang ke Busan, memang kampung ni tempat yang korang kena pergi.



Gamcheon Culture Village
177-11, Gamnae 2-ro, Saha-gu, Busan
9AM to 5PM
Masuk adalah PERCUMA.


Untuk sampai ke Gamcheon Cultural Village ni senang je. Naik Busan MRT ke stesen Toseong (Line 1 aliran Sinpyeong). Keluar exit 6 jalan terus sampai simpang dan belok kanan.Nanti akan nampak bus stop memang betul-betul ada depan Pusan National University Hospital building (Block C, Cancer Centre).Ambil bas no 1-1,2 atau 2-2 (bas warna hijau) dan pemandu bas akan announce bila dah sampai Gamcheon Cultural Village. Kalau dia tak announce,selalunya dekat Gamcheon tu ramai-ramai akan turun.Kalau tak ada orang turun, petunjuknya papan tanda warna-warni dekat atas bukit.Dari bus stop tu dah boleh nampak signboard "Gamcheon Cultural Village" yang ada dekat sebelah kiri.Bas tu kecik je dan tambang untuk ke sana KRW900. 



Tourist Information Center .



Masa bas berhenti dekat laluan masuk ke Gamcheon Cultural Village, better korang jalan kebelakang skit dan masuk laluan lagi satu sebelah kedai runcit. Sebab dekat situ ada Tourist Information Centre untuk korang dapatkan map Gamcheon Cultural Village. Map berharga KRW 2,000. Tempat ni agak besar jugak lah so memang berguna kalau korang ada map kampung ni.Kalau nak pergi semua tempat memang boleh ambil masa lama gak.Lagi-lagi kalau jenis semua celah bedah nak bergambo,haaa memang berjam-jam lah duduk sini.


Gamcheon Cultural Village, atau Taegeukdo Village ni merupakan sebuah perkampungan lama yang berwarna terang di atas bukit yang curam yang menghadap ke Busan. Memang jauh berbeza dengan bangunan tinggi moden dekat bandar ini. Kampung ini telah ditubuhkan pada tahun 1918 semasa Korean War, apabila penganut agama Taeguk yang terpaksa mencari perlindungan dekat kawasan itu.


Asalnya Gamcheon Cultural Village ni lebih kurang macam rumah setinggan la, tapi ada pihak terbabit majukan tempat ni jadi tempat tarikan pelancong. Diorang upah artist (bukan artis kpop ye) untuk decorate perkampungan ni dengan mural untuk bagi nampak cantik. Tempat ni macam sebuah perkampungan seni. Banyak lukisan seni mural dekat sini. Hasil seni dari budak-budak sekolah rendah pon ada dekat sini. Ada juga galeri untuk bahan pameran antik dan juga penceritaan sejarah Gamcheon Culture Village ni.





Gamcheon Cultural Village ni sebuah perkampungan yang ada 10,000 penduduk. Jangan bising sangat dan jangan pulak pergi masuk rumah sesiapa atau tangkap gambar penduduk situ. Jangan nak skodeng mana-mana tingkap rumah pulak. Awas ye. Mahu kena balun satgi. Hehe.


Sebab kampung ni still ada lagi orang tinggal dan duduk sini.








Orang siap cakap  tempat ni macam Santorini, Greece. Bila tengok rasa macam ada lah sikit. Entah lah eh. Aku pon belum sampai lagi Santorini tu. Haha.Ada pulak cakap tempat ni macam legoland. Mungkin sebab rumah-rumah dekat sini bentuk berkotak-kotak macam lego bricks. Dah ah colourful.Comel-comel pulak tu. Gamcheon Cultural Village ni ada banyak gelaran sebenarnya. Antaranya, Santorini of the South Sea, Korea's Santorini, Korea's Machu Picchu dan ada juga yang bagi gelaran sebagai Kampung Lego. 


So? Suka hati korang lah nak gelarkan dia apa. Ada aku kisah? Haha.






Inilah kampung yang mendapat jolokan ‘Santorini of Asia’, dengan bangunannya yang berwarna warni di pinggiran bukit ni.




Pemandangan dari roof top. Subhanallah sangat cantik. Kat sini korang boleh tengok pemandangan seluruh Gamcheon Cultural Village.







Dekat rooftop menikmati angin bayu sepoi-sepoi bahasa. Orang sebelah tu jangan nak melepaskan angin bersepah-sepah pulak. Bukan boleh bagi peluang dia tu.




Pemandangan dari roof top. Subhanallah sangat cantik. Kat sini korang boleh tengok pemandangan seluruh Gamcheon Cultural Village.






Salah satu hasil seni, kayu ni sebenarnya melambangkan ikan. Dan benda ni juga jadi arrow untuk panduan pelancong.




Dekat kampung ni ada banyak gila lorong. Yang besar,kecik,luas,sempit semua ada.Boleh je cilok mana-mana tapi kalau sesat macam mana? Kalau tak nak sesat,sila lah beli peta kampung ni berharga KRW2000 yang aku cerita dekat atas tadi. Banyak info dalam peta tu.



Tapi kalau tak ada peta pon aku rasa boleh survive tak akan sesat sebab ada petunjuk jalan. Tapi kena cari ah petunjuk jalan tu.Kitorang memang beli map sebab malas nak cari arrow tu. Tapi bila jalan,kadang-kadang ternampak jugak.








Ni contoh petunjuk jalan.

Sila ikut sini habang hakak.

Petunjuk jalan pon comel :)


 Kalau sesiapa fan Running Man,mesti korang tahu kan diorang pernah datang kampung ni time episod Choi Ji Woo jadi guest.




Seluar pon boleh jadi deco style. 

Cuma kalau tetiba seluar ni berjalan malam-malam,memang boleh terkencing dalam seluar gak ni.Kusss semangat. Haha.






Burung berkepala orang. Unik tapi macam seram gak tengok lama-lama. Haha.



Tempat ni memang best lah untuk tangkap gambar sebab semua celah bedah pon helok dan cantik! Haha.





Ni kreatif gila!


Kedudukan Gamcheon Village ni terletak di sepanjang laluan mentari, so kampung ni dikatakan sentiasa terang bederang.




Jalan-jalan ternampak kepala Jae Suk dekat situ. Aaa excited gila ingatkan ni kedai Yoo Jae Suk. Kot-kot lah boleh jumpa dan selfie dengan dia.Haha tapi tak. Rupa-rupanya ni kedai jual hotteok. Aaa lagi ah excited. Sebab dekat Seoul aku lupa nak cari. Sekali jumpa dekat Busan ni memang harus lah beli. 

Hotteok ni Korean pancake. Memang street food yang popular dekat Korea.Tapi time winter lagi senang jumpa orang jual.

Tengok cara dia buat. Mula-mula ambil chewy dough pastu letak brown sugar .

Lepastu goreng dalam minyak panas pastu diorang penyek-penyek kan.

Pastu dorang gunting tengah-tengah dia buat lubang untuk letak kacang.Kacang dia nampak macam kuaci pon ada aku tengok. Ke memang kuaci? Ke campur kacang dan kuaci? 


Pastu dah siap boleh makan!

Sedap weh hotteok ni. Tapi kena terus makan panas-panas baru layan. Mula-mula beli sorang satu. Sebab sedap terus beli lagi empat! Dasar kuat menternak lemak.Haha.

Makan hotteok sambil tengok map. Supaya sentiasa lalu di jalan yang benar :D

Walaupun dalam poster nampak macam gigi monster, Haha Tapi memang sedap weh hotteok ni. Sampai sini,cari lah poster Yoo Jae Suk ni untuk rasa hotteok yang dijual di kedai ini.

Hotteok yang ke empat. Kihkih.



Gara-gara makan hotteok, terus terbang melayang di udara.

Aku dah tangkap gambo elok baik punyaaa.Tapi tak puas hati lagi dia ni.

Suruh aku tangkap kan gambo dia terbang lagi.

Sebab ni aksi kaki kuak terlebih, tetiba dengar bunyik aneh.

 "prappppp" 

kuat gila.

Mak aihhh. Rupanya bunyi aneh tu datang dari bunyi seluar laki haku yang koyak-rabak. Wakakakakaka.

Padan muka.

Tak pasal-pasal aku kena censored gambo.Caittt. Aku dah tangkap cantik-cantik,nak tangkap lagi buat aksi lain. Merasher lah seluar koyak. 


Walaupun seluar husband aku dah koyak,tapi tetap juga meneruskan perjalanan macam biasa.Tempat ni memang sesuai lah untuk orang yang suka arts dengan nak tengok life orang dekat sana. 


Rumah pon comel-comel. Memang ada orang tau duduk dalam rumah comel-comel ni.Jangan skodeng tingkap hokay! Nanti mata kena cocok dengan garfu! Padan muka. Haha.


Ni pon kiut! hiks.



Ya Allah! Seluar dah koyak pon ada hati nak terbang lagi tu.

Tak insaf lagi dia ni. Bawak-bawak lah bertaubat banggg.

Dah ler aku malas nak layan amek gambo dia ni.Cari kedai jual seluar dalam Gamcheon Cultural Village ni tak jumpa.Sepanjang jalan lah tutup guna bag. 

Aku jugak yang steady. Kuikui. Sebab aku tengah pregnant time ni tidak lah aku terbang-terbang. So selamat lah aku. Kalau tak, memang kena sorok muka dalam tin biskut. Hikhik.





Beriya benau terbang sampai seluar koyak. Ghosak laki haku ni.Punya lah jauh nak jumpa kedai jual seluar dekat sini. Kena keluar ah dari Gamcheon Cultural Village tu.Nasib baik ada kedai jual seluar dekat luar-luar tu.Seluar style ahjumma lah tapi.Ngeng.


ok nanti sambung lagi. K Bye!

11 comments:

  1. Lawak je. But itu semua cerita kenangan yg abadi. Bila ingat2 balik mesti rasa syok.

    ReplyDelete
  2. wow! sungguh cantik di sana.. teringin mahu bercuti ke korea satu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya kampung dorang lukisan tu ciut miut jakk

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat pergi Korea,dah lama saya saya teringin nak pergi sana

    ReplyDelete
  5. Bila la saya nak ada rezeki ke Korea. hihi

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. cantik gileeee.

    hahahahaha takleh tahan gelak suor koyakkkk

    ReplyDelete
  7. Wah!!Teringin gile nak pergi korea selatan!!!!Joneun cinca joahae daehan minguk!!

    ReplyDelete