Thursday, December 3, 2015

Nak bagi susu banyak dan pekat



Dah 6 bulan dah budak kuat menyusu ni.Kejap je rasa.Semoga membesar dengan sihat ye anak.

 
Nak bagi susu banyak dan pekat sebenarnya kena pandai handle cara kita create demand pada badan, macam mana kerap kita kosongkan breast sama ada melalui hisapan bayi atau jadual pam. Makanlah apa pun dengan enjoy sebab semua itu boleh jadi milk booster. Yang penting, pilihlah makanan yang berkhasiat. Diet yang sihat untuk ibu menyusu perlulah mengikut piramid makanan.

Kena faham dengan konsep. Makan bukan untuk banyakkan susu tetapi untuk pastikan simpanan zat dalam badan yang dah kita guna waktu produce susu dapat diganti supaya kita kekal cergas dan bertenaga. Sebab tugas seorang ibu ni bukan nak hasilkan susu je tapi banyak benda kerja buat. Nak jaga makan minum suami,gosok baju suami,basuh-sidai-lipat baju,kemas rumah,memasak lagi, and etc. Semua tu guna tenaga kan?

Kesimpulan nya,untuk ibu yang breastfeed baby,enjoy je makan tapi makanlah makanan berkhasiat . Sebab kita lah pembekal khasiat yang utama untuk anak melalui susu ibu. Boleh tengok tips breastfeeding yang aku update dekat ENTRI INI :)

7 comments:

  1. comelnya bby boy ni... gerammm...

    ReplyDelete
  2. hi salam pkenalan ...TQ for your info ttg breast feeding nie ...maybe boleh share any story again nest time..jemput lawat my blog ye..

    ReplyDelete
  3. Cik Epal. mcmana kalau ibu bermasalah dgn nipple dia? pendek then baby susah nak sedut and kene kerja kuat la untuk sedut susu dari nipple tu yg sampai mengamok ngamok.. kalau pam pam je kurang bagi pun susah nak produce susu banyak kan.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian tips yang berguna buat semua ibu-ibu yang susukan anak. Kena makan makanan seimbang dan berkhasiat.

    ReplyDelete