Friday, December 11, 2015

Honeymoon Korea (part 4) : Gyeongbokgung Palace dan Odeng Fish Cake

Anneyo sayo aniyo kamsa hamida sayo sayo poyo porroro. Anneyo.

Wahhh pandai nya aku berbahasa Korea. Muehehe :D







Breakfast time ni kitorang pergi mart je,macam 7 eleven tu. Cari kimbap. Kimbap ke Gimbap hape tah nama benda ni. Tapi yang pasti bukan lembap ah nama dia. Kehkeh. Boleh layan perisa ni je. Tuna Mayo.Yang lain ada daging.Daging tak boleh ah makan kan,sini mana sembelih. Boleh lah makan kimbap ni untuk isi perut.

Member aku study dekat Korea ada whatsapp suruh minum susu ni. Dekat mart/7eleven ada jual.Susu ni boleh minum. Sebab time pergi Korea ni aku tengah pregnant. Dia kata almond milk ni bagus untuk perempuan mengandung minum. Aku pon beli je ah. Tapi aku tak berapa suka sangat rasa almond milk ni. Susu pisang aka banana uyu tu lagi sedap ah. Hehe. Tapi almond milk ni healthy lah yang pasti.

Destinasi kitorang yang pertama di hari tu ialah ke Gyeongbokgung Palace.  Dah breakfast kimbap dengan almond milk tu,kitorang naik subway. Kitorang tak ada travel agent,pergi sendiri je tengok map. Travel mana-mana tempat mesti ambil map/subway map. Ada subway map ni senang. Jarang lah nak sesat.


Untuk ke Gyeongbokgung Palace ni, kena naik Subway line 4 (warna Hijau) dan turun di stesyen 327 Gyeongbokgung. Sampai dekat situ,kitorang terus keluar dekat Exit 5. Nak keluar subway tu korang kena tahu exit number berapa. Kalau tak,nanti korang confused dan sesat-sesat ayam pulak. Ehehe.

Direction nak ke Gyeongbokgung Palace. Untuk senang nampak:

Myeongdong Station.  -  Chungmuro Station.  -  Gyeongbokgung Station. (exit 5)

Subway dekat Korea ni dekat bawah tanah. Ada yang tanya aku Subway tu apa? Sama mcm kedai Subway yg jual sandwich tu ke? Haha. Tak lah mak enon.Subway ni keretapi laju bawah tanah. Dekat London pun ada. Dekat London nama dia tube underground. Tapi dekat Korea ni, dipanggil Subway. Ok.Faham ke tidekk? Ehehe.

Tapi subway dekat Korea ni semua tangga tinggi-tinggi. Jenuh ok turun naik tangga. Dekat subway pon memang banyak tangga.Dekat Korea ni memang banyak gila jalan turun naik tangga. Nasihat aku, pakai lah kasut/sport shoe yang selesa.






Gyeongbokgung Palace. Ini lah palace yang ada Royal Guard Changing tu. Ni pintu dia.Pintu dia macam ada banyak jugak.

Gyeongbokgung Palace ni merupakan palace zaman dulu yang sangat terkenal di Korea. Gyeongbokgung Palace ni antara tempat popular yang wajib dilawati kalau korang ke Seoul. Baik pergi melalui pakej atau sendiri, korang memang akan sampai dekat sini sebab tempat ini terletak dekat tengah-tengah kota Seoul.Orang kata kalau pergi ke Korea, tak sah kalau tak ada gambar dekat Gyeongbokgung Palace ni. So meh lah kita bergambar di sini :D




Tengah dok syok ambik gambar, tetiba ada announcement yang maklumkan kejap lagi ada Royal Guard Changing Ceremonies dekat depan entrance gate. Dari jauh dah dengar bunyi gong tanda upacara pertukaran pengawal istana nak start. Baru aku tahu yang Royal Guard semua ada dekat depan pintu utama. Aku ingat kan Royal Guard Changing Ceremonies ni dekat dalam perkarangan istana. 







Jadi, inilah rupanya Royal Guard Changing Ceremonies. Untung jugak kitorang sebabnya baru je sampai ke Gyeongbokgung Palace, tak lama lepas tu dah dapat tengok acara ni. Sesiapa yang nak pergi Gyeongbokgung Palace ni, jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri  depan mata upacara Royal Guard Changing Ceremonies. 


Apa yang menarik perhatian aku adalah pada pakaian yang berwarna-warni, alatan dan kehalusan seni diorang.Suka tengok Royal Guard Changing Ceremony,baju memasing dah ah colurful. Pastu dengan bendera berkibaran. Nampak sangat cantik.



Royal Guard Changing Ceremony ni ada 6 kali sehari dari pukul 10am-3pm .




Kawasan luar istana ni di penuhi pasir putih je. Macam padang jarak padang terkukur gituww. Tapi pelancong yang melawat memang ramai. 
Tiket nak masuk Gyeongbokgung Palace ni berharga KRW3,000 (dalam RM10).Tapi kitorang tak masuk.


Dekat Korea ni bukan takat ada satu palace je tapi banyakkk. Cukuplah kitorang masuk satu palace je nanti. Ni bergambar dekat luar pon jadikk lah. Motip lah semua palace dekat Korea ni nak masuk.Muntah hijau nanti kang kalau pergi banyak sangat palace.hehehe. 

Next entry aku tunjuk palace yang kitorang masuk.

Dah keluar dari kawasan Gyeongbokgung Palace, apa lagi kerja aku? Cari susu pisang aka banana uyu lah. Sedap betul slurpp slurpp susu pisang ni.


Susu ni berharga KRW1300 (dalam RM4) sebotol. Time aku pergi ni dah naik harga susu ni. Dulu lagi murah. Sekarang tak tahu lah kalau naik lagi harga dia.Susu ni ada banyak perisa tapi yang paling aku suka of course lah susu pisang. Apa yang boleh aku kata, sedap weh! Sekali sedut dah habis. Hihi.

Terus kan perjalanan. Nampak bangunan ni. Style betul. Bangunan dipenuhi dengan daun-daun.


Tak tahu ni apa. Office kot. Tapi lawa ah.

Kena lah bergambar dengan signboard bahasa Korea, baru lah nampak ada dekat Korea. Haha motip sangat.


Dalam perjalanan nak pergi next palace (istana) , nampak ni. Perghh teruja betul nampak odeng/fish cake ni. Selalu nampak dak-dak Running Man makan. Odeng/fish cake ni boleh makan tapi pastikan korang cari tempat yang tak jual daging lah. Bersepah je odeng ni tepi-tepi jalan dekat Korea tu.

Ni lah fish cake, ala-ala dalam drama korea tu. Orang dekat sana panggil odeng. Dia hanya guna air rebusan bubuh cili kering atau lobak putih. Selalunye sup dia tu plan je tapi odeng tu yang rasa sedap. Nyum nyum!


Harganya KRW1,000.Dalam RM3 lah selidi. Makan pulak dengan sup panas-panas.Perghhh layan beb.Aku teringat cerita Boys Over Flowers yang Gu Jun Pyo makan fish cake. Sekali ngapp empat cucuk dia sumbat masuk mulut,nampak sedap gila je odeng tu.Bila tengok Yoo Jae Suk dalam Running Man makan odeng ni dengan gelojoh nya, lagi ah nampak macam sedap gila-gila. Lagi lah teruja nak try! Haha.






My Gu Jun Pyo. Auww chak auww chakk.Nasib baik rambut tak gulung-gulung. Kihkih.


Kalau makan time sejuk memang best odeng ni. Sup dia kaw-kaw punya panas. Kalau aku,aku makan odeng je.Sup aku tak makan.Sebab aku tak boleh nak hirup benda panas sangat. Tak reti.
Husband aku ni feeling-feeling Gu Jun Pyo (ahak!) ,bila makan je hirup sup panas dia sekali.Ehehe.

Inai dekat jari pon tak hilang lagi time ni.Punya lah berzaman honeymoon dekat Korea ni baru aku nak update. Hihi.

Ni tapau lagi odeng.Makan panas-panas sambil berjalan nak ke next palace. Sedap nyaaa.

Bersambung.......










15 comments:

  1. kalau dapat pergi korea rasa nak borong je banana uyu tu banyak2!

    ReplyDelete
  2. bestnya baca cite honeymoon cik epal ni.:)

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa.. bila la turn nak sampai korea ni... heee..

    ReplyDelete
  4. sedapnya banana uyu tuu.. nampak pun dah sedap . baca entri cik epal lagi lah rasa kesedapan tuh... bila taktau dapat p korea ni..

    ReplyDelete
  5. best kan kat sana..bila lah nak repeat g sana lagi..kena start menabung ni

    ReplyDelete
  6. Wahh, cantik gak tempat dorang..

    ReplyDelete
  7. huha,,,syioknya....tak da terjumpa ke dengan geng2 running man??haha syok je tengok... :)

    ReplyDelete
  8. Terliur pulak tengok makan tuu.. Nyumm.. Gulp!

    ReplyDelete
  9. waaa, bagus betul perkongsian ni. boleh buat rujukan nak pergi korea. hikhik :D

    ReplyDelete
  10. CIK EPAL BANGUNAN YG AD POKOK2 CANTIK MACAM OPIS TU TEMPAT BELAKON CERITA THE GENTELMAN DIGNITY..KLO DALAM CERITA TU MCM BANGUNAN OPIS UNTUK ARKITEK

    ReplyDelete
  11. hahahaha. yang part rambut gulung2 tu kelakau

    ReplyDelete
  12. insya ALLAH.. one day sy pun akan sampai ke sini.. amiiin

    ReplyDelete