Wednesday, November 4, 2015

[REVIEW] Menternak lemak di Just Seafood. Makan tak ada pinggan. Selambak je atas meja alas dengan kertas mahjong.Tapi sedap! Hehe.

Marilah kita jalan-jalan ternak lemak lagi. Yayyy hehe. Lokasi pilihan kali ni adalah di Just Seafood.


Macam ni lah makan kalau ada baby ni. Bergilir-gilir dengan husband take turn dukung Han kalau dia tak nak duduk dalam stroller. 

Ice Lime Tea. Segar je bila minum ni. Kalau makan seafood memang bagus minum air masam-masam. Air masam boleh potong sikit rasa muak tu. Tips mak enon untuk hari ini. Hehe.

Oyster ni besar gila. Ni Extra Large Live USA Oysters. Memang betul-betul size XL ni.Perah lemon atas oyster tu pastu boleh ngappp. Perghhh memang fresh rasa dia. Bila kunyah je oyster ni tersangatlah lembut dan juicy nya.


First time ni aku makan oyster besar begini.

Husband aku ni memang gila oyster. Ni kira appetizer lah. Hehe.


Main dish dah sampai! Ewahh sempat posing depa ni sebelum serve. Hihi.



Pastu depa lambak kan je bermacam-macam jenis seafood dekat atas meja macam ni.

Makan tak ada pinggan. Selambak je atas meja begitu. Meja alas dengan kertas mahjong je uolsss. Senang kerja depa ni,tak payah basuh pinggan. Hehe.


Sedap weh! Nampak tak baby lobster tu? Nyum nyum.

Nak ratah boleh.Makan dengan nasi pon boleh. Nasi boleh refill.Yang ni aku makan untuk 4-5 pax punya. Ada flower crabs,extra large prawns,clams,mussels,sotong dengan baby lobsters. Ada juga kentang,carrots dengan jagung dalam tu digaulkan sekali.Lazat sangat mak enon!


Aku suka sos dia. Sos dia sedap!  Bau sos dia pon best. Boleh pilih nak pedas,tak pedas atau pedas berapi. Hehe. Sos dia banyak guna butter,garlic dan herba kering macam thyme,oregano tu. Clams dengan mussels pon tak payah kopek,memang dah terbukak siap-siap.Senang nak makan.


Seafood dia semua fresh! Juicy pulak tu. Terasa lah manis-manis seafood tu.Kulit udang pon lembut je senang nak kopek.


Highly recommended makan dengan tangan,baru lah boleh enjoy sepuas-puas nya. Hehe.

Isi ketam dia manis sangat. Suka! Memang fresh sangat. Semua pon lah memang manis dan fresh! Memang terbaik dari kebun. Hehe.



Kan dah kata nak makan kena gilir-gilir pegang Han ni.Hehe.  Tak boleh leka sangat pegang dia ni. Ditariknya kertas mahjong tu karang,matik bertebaran pulak semua jatuh karang.

Aku ni kalau makan memang kena ada dessert. Ni Fried Mars Bars with ice cream. Yang ni pon lazat! Coklat Mars Bar tu disalut tepung goreng rangup pastu makan dengan ais krim vanilla. Enak banget dong.

Oh kalau yang tertanya-tanya harga berapa. Ni harga dia.Aku ambil yang 4-5 pax tu sebab ada baby lobsters. Heee. Tapi time ni aku memang makan dalam 4-5 orang lah. Sesuai sangat nak bawak family makan sini. Kalau ada gathering dengan member-member makan dekat sini pon cantekk.


Dekat kedai ni ada banyak menu seafood. Nak makan apa-apa seafood cicah dengan sos pon bukan setakat ada sos cili dengan sos tomato je, tapi sos dia ada macam-macam jenis.


Pineapple Chili macam best je. Nanti datang sini nak try order menu lain ah pulak.Makan cicah dengan sos pulak :D



Ni environment dalam kedai. Kemas dan selesa.

Nak makan dekat atas pon boleh.

Aku makan dekat veranda luar je haritu. Ni lah rupa kedai Just Seafood tu.

Restoran Just Seafood ni memang betul-betul depan Sunway Giza Kota Damansara.Korang cari Sunway Giza Kota Damansara je. Tu landmark dia. Nanti jumpa lah restoran Just Seafood ni.

Ni alamat restoran Just Seafood ni:

A-9-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47810,
Petaling Jaya, Malaysia.


Operating hours: 12pm-10.30pm daily.
Tel: 012-229 0855 or 03-6144 6366 (reservation)

Kalau korang memang jenis suka makan seafood, jangan lupa singgah kedai ni. Highly Recommended!!! Makanan dia memang semua segar dan sedap! :D


ok bye!




15 comments:

  1. Merembes air liurrr uuuu Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. macam mana lah agaknya rasa tiram tu yerp. teringin rasa tapi takut tekak desa nie tak boleh terima, habis terkeluar balik nanti. hahahaha. gambar makanan semua nampak menyelerakan sangat.

    ReplyDelete
  3. Bestnye..lama x makan seafood..lepas pantang baru boleh pulun makan..hihi

    ReplyDelete
  4. sy yg tak suka sangat seafood pun naik berselera tngok gambar udang lobster tuu.. hehe

    ReplyDelete
  5. wah terliur tengok.. habis menitik tik tik dah nie air liur atas keypad T___T

    ReplyDelete
  6. Han belah tepi baru nmpk mcm mama die.. hehe.. geram tgk.. comel..

    ReplyDelete
  7. Bestnya...price dia reasonable tak?

    ReplyDelete
  8. Hi,

    saya ada berita untuk dikongsi. sesiapa yang berminat dapatkan site untuk buat bisnes online, boleh klik link ini : http://goo.gl/fx96RJ

    ReplyDelete
  9. hi cik epal ☺
    I'm newbie and please support me.
    please visit my blog. have a nice day ♥
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete