Wednesday, October 21, 2015

Resepi Daging Goreng Berlada / Daging balado






Dah lama pulak rasa tak update entry resepi semenjak ada baby dan busy melayari alam berumah tangga ni. Kihkih. Kali ni nak share macam mana nak buat daging balado.Nak buat Daging Goreng Berlada / Daging balado ni senang gila je uolsss. Gila pon tak senang macam ni. Semua resepi dalam blog aku ni memang berkonsepkan user friendly and easy to digest belaka. So dont worry be happy. Gituwww. Hehe.

 Orang melayu sebut Daging Goreng Berlada. Tapi dekat Indonesia panggil Daging Balado. Sama je pon sebenarnya. 


  Meh sini nak ajar cara-cara nak buat Daging Goreng Berlada / Daging balado yang senang nak meninggal ni! Amboi!


Harus lah ada daging. Dah nama resepi pon daging balado. Tak kan guna ketam pulekk.
Daging boleh rebus empuk dan hiris nipis.
serbuk kunyit dan garam (untuk gaul dengan daging)
*4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*4 biji cili merah 
*4 biji cili padi merah 
*1 inci halia 
1 biji limau nipis (di ambil jus nya sahaja)
sedikit belacan bakar (aku guna dalam 2 inci)
garam dan gula

Bahan yang ada bintang * tu. Tumbuk kasar ye.

Kalau daging biasa, aku selalu rebus sampai empuk dan hiris nipis-nipis. Lepastu baru gaul dengan serbuk kunyit dan garam pastu goreng.Sebab nanti nak makan lembut je dan tak liat daging nya. Tapi ni aku guna daging berkualiti tinggi sikit dan dia dah memang potong nipis masa aku beli.So aku terus goreng je. Mula-mula gaul daging dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

Pastu goreng garing. Daging ni best. Goreng garing pon still lembut je bila gigit.




Masuk bahan-bahan tanda * tadi. Masuk cili merah,cili api,bawang merah,bawang putih,halia dan belacan bakar dalam lesung batu. Tumbuk kasar cenggini. Nak blend pon boleh tapi aku tak suka blend sebab rasa dia kurang umphh. Tumbuk kasar gini lagi sedap. Baru berasa. 


Bahan-bahan tumbuk tadi tumis dalam kuali.

Tumis sampai pecah minyak. Lepas tu masuk kan jus limau nipis. Perasa kan dengan garam dan gula. Kali ni cili api aku pedas nak matik. So lebih kan gula sikit kalau terlampau pedas. Masuk gula dan garam pandai-pandai adjust.

Pastu masuk kan daging.

Kacau rata.


Siap! Senang je kan mak jemah?

Husband aku kalau dapat ni,suka ratah macam tu je. Dia punya ratah,alih-alih habis sepinggan. Pffttt terpaksa masak lagi.


Makan dengan nasi panas-panas. Mak mertua lalu dekat belakang pon tak perasan. Kahhh. Dah lalu pon dekat belakang kan,mana nak perasan? Muahaha.


Ok selamat mencuba Daging Goreng Berlada / Daging balado yang senang sangat-sangat ni.


ok bye!





9 comments:

  1. amboi..senangnya..blah cuba nie..:)

    ReplyDelete
  2. simple tapi besh ..kite puns elalu masak mcm ni .... sedap

    ReplyDelete
  3. simple tapi nampak sedappppppppp! hehe

    ReplyDelete
  4. akhir nya jumpa jugak resipi yg same macam arwah mak kita!!.. best sgt..
    nak follow blog ni ye cik epal

    ader mase jengok2 la blog faiiza
    http://faiizaonfleek.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa. dah lama tak layan artikel masak cik epal. Best! Hehehe

    ReplyDelete
  6. aduhaiiiii... ratah je sedap nii..!! hihihiii.. bukan mak mertua lalu je tak perasaan, king kong lalu pun buat tak peduli je... :)

    ReplyDelete