Friday, October 23, 2015

Philea Resort & Spa Melaka dan konvo UTeM adik

Haritu pergi Melaka kejap sebab nak pergi konvo adik. Tengok hotel Philea Resort & Spa ni macam style je. So terus decide nak duduk situ. Ambil 2 bilik. Satu untuk family kecil ku dan satu lagi untuk family aku. Bila check in, bilik aku siap dah kemas tapi bilik family aku tak siap kemas lagi. So tunggu lah kejap dekat lobby.


Dari rumah bertolak tak makan sebab nak makan dekat Melaka. Tersampai awal pulak. Call family kata dorang lagi sejam sampai baru nak bertolak and suruh makan dulu. Husband malas nak makan dekat luar sebab jerebu so mencekik dekat hotel je lah.


Sekarang ni tekak aku asyik nak makan nasi je. Diet ke laut dah ler. Nanti lah bila-bila free sambung balik diet. Sekarang ni nak bebas kan diri makan apa saja yang diingini. Lek luu ternak lemak luuu. Hee. Sampai-sampai nasi ni sebenarnya bergunung macam gunung everest. Tapi aku tertolak pinggan sikit,terus senget gunung nya lalu roboh.



Ni aku order nasi goreng thai seafood with sambal. Dalam menu tulis ada sambal. Tapi celah bedah mana sambal nya? Yang sampai nya acar pulak. Aku tak berapa suka sangat acar. So mencekik je lah apa yang ada dekat pinggan selain acar. Rasa ok lah not bad. Rasa macam nasi goreng. hehe. Harga boleh tahan lah mencekik. Lebih kurang rm30 satu pinggan ni. Dah makan dekat hotel,memang harga mencekik ler.



Seketul Han termasuk frame pulak.

Husband aku order burger. Nak diet kata nya tak nak makan nasi. Diet amende tak makan nasi tapi makan burger? Suka hati lah bang. Janji perut mu kenyang.



Aku tak rasa lak burger ni. Husband aku kata biasa je. Harga lebih kurang RM30 gak ah.



Lepas tu pencuci mulut makan ais krim. Ni Kapiti Ice Cream. Aku ni memang hantu aiskrim. Bagi aku aiskrim ni sedap jugak lah. Satu cawan 2 scoop cenggini RM10.




Dah habis makan,lepak-lepak jap. Family aku pon sampai. Diorang duduk bilik bawah. Bilik bawah ada 2 katil. Aku duduk atas sebab king bed. Katil dan bantal dia empuk gila woh. Husband aku ni memang obses dengan bantal empuk. Siap selongkar habis sarung bantal ni nak tengok tag dari mana. Siap nak beli bantal dekat lobby lagi nak bawak balek rumah.


Dekat rumah aku tu tah berapa kali lah tukar bantal yang paling selesa di kepala dia. Sebab dia pelik kenapa kalau beli bantal dekat mana-mana tak seempuk bantal hotel. Aku ok je memana bantal pon. Tak ada bantal pon aku boleh tidur. Takdehal.





Seketul Han jugak yang sempoi. Mana-mana tempat pon dia boleh tidur. Ni ikut perangai mama dia ni. Tak banyak cikadak. Kihkih. Ada bantal empuk ke tak ada bantal ke ada dia kisah? Janji dia boleh sedap membuta. Harap Han dah besar nanti tak ikut perangai pelik-pelik papa ternak bantal dekat rumah.





Aku memang suka konsep bilik  kayu-kayan ni sebab tu rumah aku pon berkonsepkan kayu.



Bilik air dia boleh tahan besar jugak lah.


Ni dekat bahagian luar dekat balcony. Seketul Han muka baru bangun tidur.

Lepas tu jalan-jalan tengok swimming pool dia. Whoaaa cantik nya!


Terus bukak seluar seketul Han ni. Nak main air. Han ni memang suka sangat main air. Kalau time mandi nak bukak baju dia je kemain terkekeh-kekeh suka sangat. Mandi tu ada lah satu kegembiraan lah buat dia.

Kaki celup-celup sikit dalam air pon dah terhibur.




Lepas tu apak nya pulak yang lebih-lebih terhibur. Caittt.




Dinner makan dekat Umbai dengan family. Suka pilih and tengok haiwan-haiwan untuk dimakan ni. Semua fresh-fresh.



Dekat sini konsep makan dengan nasi lemak bungkus tu. Sedap jugak.




Seketul Han pelik je tengok papa dia. "Sewel ke apa papa aku ni?" Getus hati kecil Han.

Area-area situ banyak pulak jual tudung saji pesen macam ni. Style jugak. Terbeli jugak lah satu tudung saji. Tapi bukan yang atas kepala laki aku tu lah. Aku beli yang bentuk paling rare. Cer teka yang mana? :D



Pastu beli kudap-kudap ni jugak dekat kedai yang sama. Boleh campur apa-apa je. 3 benda RM10. Nak makan dekat rumah sebenarnya.Suruh adik-adik aku pilih. Depa pilih kacang tumbuk dengan sagun kelapa. Aku tambah lah pisang salai. Last-last semua ni aku yang bedal. Dah depa pergi tinggal kan dalam kereta aku. Masing-masing terlupa pulak nak ambil. Memang selamat lah aku bawak balik.



Esok pagi nya pergi breakfast. Ibu dengan ayah aku sempat lagi pergi jogging tu. Balik jogging, depa terus pergi sarapan.

Dalam banyak-banyak makanan dalam tu, roti canai je aku sempat snap gambar. Roti canai ni dia masak live dekat situ gak. So macam tertarik lah nak makan. Serve dengan kari ayam dengan dalca. Tapi kari ayam dengan dalca dia kurang umphhh lah. Topap sambal nasi lemak baru sedap.

Philea Resort & Spa Melaka ni hotel 5 star tak silap aku. Tapi buffet dia tak meriah sangat ah compare dengan hotel 5 star yang aku pernah pergi sebelum ni. Kecewa sikit ah dengan makanan dia.Pilihan tak banyak. Makanan buffet time breakfast bagi aku rasa dia biasa-biasa je lah.




Nak check out dah. Pergi konvo adik pulak.

Overall bagi aku tempat ni cantik sangat. Rasa dekat je dengan alam semula jadi. Konsep "back to nature" dan bila dengar deruan air terjun memang syok. Kagum dengan konsep binaan rumah dekat sini yang menggunakan kayu balak atau bahasa omputeh nya 'pine log' dari Siberia, Rusia. Struktur binaan dia tak guna paku pon, main pasak je. Pergh power.





Setiap tangga dekat sini pulak diperbuat daripada kayu daripada rail keretapi KTM. Hebat ni. Banyak betul spesis kayu-kayan yang terlibat.

Ada yang kata tempat ni scary,berhantu dan banyak nyamuk. Tapi masa aku duduk sini,Alhamdulillah aman-aman je. Tak ada pulak rasa scary and hantu pon tak jumpa. Tapi tak hingin pon lah nak jumpa hantu. Gila ke apa? Haha. Malam-malam pon tidur nyenyak je. Tak ada pulak nyamuk. Masa aku datang sini ok je lah,tiada sebarang hantu dijumpai dan tidak digigit nyamuk.

Cuma wifi dalam bilik je lembap nak matik. Stress mak enon.

Ambil 2 bilik. Atas dengan bawah. Bayar dalam RM1000++ campur tax. So satu bilik dalam RM500++ ah kot campur tax. Tengok hari jugak. Public holiday lagi mahal.





Dah check out hotel, pergi konvo adik pulak dekat UTeM. Memang dekat gila Philea Resort & Spa ni dengan UTeM. Sebelah-sebelah je. Naik kereta, 2 minit sampai. Sepanjang jalan nak masuk UTeM memang berlambak ah orang jual bunga. Tapi aku beli bunga dekat dalam je.


Ni nak tunggu adik aku keluar. Yang boleh masuk dalam dewan,parents je. Baby memang tak boleh ah bawak masuk.Event start pukul 2pm. Tapi pukul 5pm dia baru keluar dewan. Bapak lama sampai 3 jam tercongok dekat luar tu. Macam-macam makanan aku bedal. Char kuey teow,nugget,hotdog,ayam uncle bob semua ah.



Atok keluar dewan terus cari seketul Han nak cium. Alololo.



Nekma pon nak dukung seketul Han jugak. Han tengok pelik je apasal makcik dia pakai topi ada rambu-ramba secoet ni.



Ramai betul bersesak nak tangkap gambar dekat sini.

Terus naik atas cari dinding. Puas hati tak ada yang photobomb. Hee. Ni apa pasal lah semua senyum simpul sepesen je ni?

Btw, Congrats adik dah konvo. Semoga makin melimpah ruah rezeki lagi lepas ni. Ingat matlamat hidup. Kerja elok-elok. Jangan gatal-gatal. Haha. Dah ada duit gaji, bagi duit bulan-bulan jugak dekat ayah ibu yang doakan kita berjaya. Ingat kesusahan ibu ayah yang bekerja keras nak tengok kita berjaya,time ni lah nak balas jasa diorang. Tahun depan jangan lupa bagi seketul Han duit raya pulak. Yayyy! Hihihi.


Adik dekat UTeM dah selamat konvo,lepas ni tunggu adik dekat UKM pulak konvo.






"Congrats mak ngah. Nanti Han sembur airlio Han dekat mak ngah sebagai hadiah"- Han,penyembur airlio berjaya.



Pastu tunggu seketul Han pulak konvo. Yayyy! *tetiba dah kenapa engko*



ok bye!





6 comments:

  1. Hahaha...terhibur saya baca. Cutenya Han...Btw, teruskan post entri ya. Best! :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Han..
    Tahniah untuk adik CE ye..

    ReplyDelete
  3. cantiknya resort tu! konsep kayu tu buat nampak eksklusif sgt.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. masa study kat UTEM dulu, lalu ja depan Philea tu.. belum sampai seru nak masuk.. mungkin lepas ni, seru melambai2.. mungkinnn... ^_^

    ReplyDelete