Friday, October 16, 2015

Menternak lemak di Dolly Dim Sum . Teman seketul Han main bola-bola pastu main gelongsor. Tapi seketul Han tak ada perasaan. Mak pak dia yang over.



Woihhh tajuk entry macam haremmmm. Kahkah.



Seketul Han ajak kakak Eleora selfie. Hihihi.

Amboi pandai selfie dah dia tu.





Seketul Han dengan mama Sab yang vogue the vass.

Lembut lah pipi papa ijan ni macam kapas. Han like! Boleh share tak pakai skincare apa? Kihkih.



Nasi goreng Thai dah sampai. Siap ada pinggan untuk kids lagi.

Sedap nya kakak Eleora makan nasi goreng Thai. Nyum nyum.

Nasi goreng Thai ni serious sedap. Sila order kalau datang sini. Hehe.



Tempat kegemaran aku nak makan dim sum. Dekat Dolly Dim Sum, Avenue K. Paling aku suka chee cheong fun prawn, egg custard bun dengan szechuan dumpling. 3 ni paling top favourite. Kalau aku datang sini, confirm 3 menu ni akan aku order. Yang lain topap-topap untuk rasa je ah.



Mama Sab and Papa Ijan first time sampai sini. So depa suruh aku order je apa yang sedap. Emm kemain sedap je ah aku pilih. Dan semua menu yang aku order haritu ada lah mengikut sedap tekak aku. Wahaha best betul.



Sebab depa baru balik rumah orang kahwin,  depa suruh order sikit je ah. Tapi aku dengan husband tak makan lagi. Order lah jugak sesedap rasa. Heee. Yang beancurd ni aku ambil 2 set. Dim sum udang (tak ingat apa nama benda ni) tu ambil 2 set jugak. Egg custard bun wajib 3 set ye. Tu yang paling tinggi tu. Haa tu paling sedap. Bila gigit je,terus meletop dalam mulut inti dia. Sedap gila.




Banyak gila order. Sampai tak muat meja. Dengan pau lagi. Tapi nasib baik semua licin di bedal.



Dolly Dim Sum ni antara restoran favourite aku lah. Selalu gak ah aku makan dekat Dolly Dim Sum ni. Dan ini bukti nya. Haha. Throwback sikit.




Tapi serious egg custard bun ni sedap nak matik! Heee.




Time puasa hari tu pon gigih berbuka nak makan dim sum.

Masa berbuka haritu lagi ah. Macam-macam order. Dekat sini nak makan kena tick dalam kertas berapa kuantiti dim sum yang kita nak. Bila panggil waiter nak hantar kertas menu dekat dia je, waiter tu pon berkata "Are you sure u want to order this? It's too many for 2 people"

"Yes! Sure! Sure! Boleh je habis kan. Malaysia Boleh!"

Waiter tu pon speachless. Dia hantar je lah apa kitorang order. Time buka puasa ni makan berdua je dengan husband. Ni sebenarnya tak muat meja gak. Ada lagi dim sum sebenarnya. Depa hold dulu. Baru hantar lain.Haha. Gila menternak lemak macam bela jin.



Ok habis dah cerita dim sum, berbalik semula ke pangkal jalan.

Avenue K ni shopping mall agak baru jugak lah. Tapi ada Sephora so i loikeee. Hee. Saja jalan-jalan dekat atas, kakak Eleora nak main playgorund dalam tu pulak. Kena bayar RM30 tak silap. Tapi diesbabkan seketul Han seorang bayi lagi. So Han masuk FREE. Yayyy!




Main ball. Papa Han shoot ball.

Aiyoo papa Han ni. Muka je beriya. Masuk bola dalam net tak jugak. 

Seketul Han pasrah je. Apak nya yang terhibur lebih.

Mama Han nak main gak. Hihi. Best jugak baring dalam rimbunan bola-bola ni.

Vroom vroomm jom Han teman mama pergi beli tempe dekat kedai Pak Meon.

Eh eh sini pon ada ball jugak.

Papa Han main gelongsor.



Seketul Han maintain tak ada perasaan. Mak pak dia yang over. Kahkah.



Dah. Balikkk.



Banyak makan dim sum dengan pau, muka pon dah booolat macam pau.



ok dah jom balik. bye!

8 comments:

  1. boleh masuk record tajuk entry paling panjang ni Cik Epal...hehe :)

    ReplyDelete
  2. Memang sedap makan dekat Dolly Dim Sum.. ;)

    ReplyDelete
  3. so parents tak kena bayo ke kalau masuk tu? bayo rm30 tu, makpak atok nenek boleh masuk tak ?>,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjaga boleh 1-2 orang je yang masuk. Satu kampung tak boleh ah bawak masuk :D

      Delete