Friday, October 9, 2015

Kawan baik





Masa zaman matrik (foundation) sampai lah aku ada seketul Han, depa ni lah kawan baik susah senang bersama. Ecewah. Time ni diorang datang rumah aku nak tengok seketul Han.


Masa zaman matrik aku dengan diorang ni,macam-macam kenangan ada. Yang paling aku ingat pasal nasi pakapau. Dasar gemok kuat makan dan menternak lemak,asyik ingat benda pasal makan sahaja. Hihihihi. Serious aku tak pernah dengar pon pasal nasi pakapau sebelum ni. First time aku makan nasi pakapau pon dengan depa ni. Asal time pasar malam je, mesti cari nasi pakapau. Korang pernah makan tak nasi pakapau? Selalu makan dengan telur mata kerbau dan daging cincang. Sedap lah jugak. Bila aku nampak menu nasi pakapau dekat mana-mana mesti aku ingat diorang ni.




Aku ni kalau tulis english,aku boleh ah sikit-sikit. Cuma kalau speaking english tu,kadang-kadang macam hampeh lah jugak . Dah lah uni aku ni selalunya memang budak-budak nya power english.Aku tahu in writing selalu nya aku memang tak ada masalah. Bila speaking je berterabur tak tentu hala lah jugak. Haha. Lidah makan belacan begitu lah. Heee.


Ingat lagi time ambil MUET dulu. Yang bab speaking tu, mesti aku practice awal-awal cakap depan diorang ni sebelum masuk dewan. Sebab depa ni semua terror cakap english. Belajar cakap English dengan Hajar seronok kot. Aku ni kadang-kadang suka guna perkataan yang bombastic konon nak markah lebih tapi Hajar cakap guna perkataan simple je. Ayat simple tak apa,janji betul. Lagi senang nak ingat. Aku memang tak berapa suka benda-benda kena buat presentation ni. Kalau aku bercakap depan orang ramai, mesti aku cepat nervous. Diorang ni lah yang selalu jadi pom pom girl bagi semangat.

" Kau boleh. Kau boleh wei cakap depan orang. Tak payah nervous. Tak payah takut. Diorang bukan makan kau pon"

Memang lah tak makan aku kan. Tapi nervous tetap nervous. Haha. Tapi diorang ni bagus ah,seboleh-boleh nak dengar jugak apa yang aku nak cakap sebelum presentation and betulkan grammatical error kalau ada. Nasib baik depa ni tak kedekut ilmu. Sebab ada sesetengah orang kan,kalau dia dah pandai,dia selfish. Tapi diorang tak. Diorang ni kalau boleh nak semua lulus dengan cemerlang sama-sama. Itu lah penting nya ada kawan baik ni. Kalau kita susah, seboleh nya nak tolong kita.


MUET public speaking test ni one of aku punya “Crucial 1st moment” lah. Berkat berhempas pulas practice depan dorang ni, akhirnya aku pon pass with flying colors untuk MUET public speaking test tu. Kalau tak,aku rasa hancur kot MUET aku ni. Sebab dah ada pengalaman, aku memang lebih konfiden dan selesa bila bercakap di khalayak ramai. Ecececeh. Tak lah macam dulu, kalau nak cakap mesti aku tolak dekat orang lain je haha. Bolehlah juga dikatakan aku menguasai satu lagi ah bakat untuk cakap depan orang ramai. Ecececececehhhh.






Diorang ni antara bridesmaid aku time wedding aku jugak haritu. Cuma Nea je tak ada sebab dia sambung master dekat London. Time aku kawen lah kau sibuk nak sambung study dekat London. Menyampah!

Seketul Han ni suka je kalau awek-awek datang tengok dia.Amboi amboi.


Aku sangat susah nak percaya dekat orang. Tapi dengan diorang ni aku senang lah nak share apa-apa sebab hati diorang baik. So far aku kawan dengan diorang ni tak pernah lagi lah ada benda pelik-pelik terjadi di antara kitorang. Sebab tu anything yang private and confidential punya rahsia pon aku ok je cerita dengan diorang ni. So aku tahu dorang support system aku yang paling kuat dan selalu protect aku. Heee. Dengan diorang ni lah tempat luah perasaan,tempat bergosip,tempat mintak idea and macam-macam topik lah boleh bersembang dengan diorang ni. Harap persahabatan ni kekal lah sampai bila-bila.


Ada penting nya jugak ada kawan baik yang selalu ada di sisi kita time susah dan senang. Bukan time senang je dia ada. Ada time susah sekali. Besyukur sangat diorang ni datang dalam hidup aku. Terima kasih korang! Sama juga macam Kotex, salah satu brand yang aku percaya sejak dulu,yang kita perlukan 'protection' bila datang bulan.


Bila aku tengok TVC ni,memang aku terus teringat kawan-kawan baik aku ni. Kalau ada masalah je, mesti ada tangan yang membantu untuk tolong.


Love u girls! :)



16 comments:

  1. betul, kawan baik yang sangat baik pergi mana-mana mesti teringatkan mereka kan ..... susah sennag selalu ade bukan setakat tolong malah sangup buat ape shj janji kite happy .

    ReplyDelete
  2. kawan sejati, susah, senang, sedih, happy dieorang tetap sama ngan kita...

    ReplyDelete
  3. harapnya terus kekal ukhuwah begitu ye..amin..sama sama jaga ukhuwah..in sha Allah berkat silaturahim..

    ReplyDelete
  4. CE beruntung ada kawan baik macam dorang ni. jarang-jarang orang dapat. suami baik. kawan baik. tahniah CE :)

    ReplyDelete
  5. Baca entry ini, teringat member lama.. ;)

    ReplyDelete
  6. Kawan yang ada time susah dan senang bukan mudah nak jumpa. So, kalau jumpa tu kena jaga betul2. Hehe :D

    ReplyDelete
  7. Sepanjang hidup ni kan, memang kawan zaman matrik paling best. Memang boleh ngam sampai sekarang.
    Pelik jugak kenapa kawan time U lain dengan matrik. Hahahaha. BFF pun mmg geng matrik sume. ^_^

    ReplyDelete
  8. Haaaa.. Tak tahan muka seketui Han dalam gambar ni..
    "Control kiut..kontrol..tahan..tahan.." Ujar Han dalam hatinya..

    ReplyDelete
  9. huwaaa,,entry ni menggambarkan my exact feeling right now..sye pun mcm cik epal jugak dulu,tak suka ckp dpn org rmai sbb tak confident..rse bersyukur ada kwn baik macam dorg tu..

    ReplyDelete
  10. huwaaa,,entry ni menggambarkan my exact feeling right now..sye pun mcm cik epal jugak dulu,tak suka ckp dpn org rmai sbb tak confident..rse bersyukur ada kwn baik macam dorg tu..

    ReplyDelete
  11. huwaaa,,entry ni menggambarkan my exact feeling right now..sye pun mcm cik epal jugak dulu,tak suka ckp dpn org rmai sbb tak confident..rse bersyukur ada kwn baik macam dorg tu..

    ReplyDelete
  12. Kawan sejati untuk selamanya....susah nak cari kawan yang macam tu....

    ReplyDelete
  13. Kawan yang baik juga dalam diam membentuk diri kita untuk menjadi manusia yang lebih baik.Love your entry sis also ter'THROWBACK' plak kawan-kawan lama.

    ReplyDelete