Sunday, October 11, 2015

Jalan-jalan Johor Bahru : Kacang Pool Haji , Larkin




Ok nak cerita benda tahun lepas lagi. Heee. Jalan-jalan pergi Johor Bahru aka JB.One of the reasons datang JB ni sebab husband aku buat kelas ajar trading forex dekat sini. Dah alang-alang sampai, jalan-jalan cari makan ternak lemak ah. Heee. 

Sampai je JB, terus up gambar dekat instagram ( https://instagram.com/cikepal06/ ), suruh depa suggest makanan sedap dekat JB ni. Dasar kuat ternak lemak, memang benda makan je yang ada dalam pale otak dulu.Uihh macam-macam tempat depa suggest. Baca komen pon dah telan airliur membayangkan makanan. Baru lah rasa berguna ada instagram ni. Haha. Tapi aku dekat sini 2 hari je. Try apa yang sempat je lah. Nanti datang JB next time,try benda lain pulak.




Tidur dekat Thistle Hotel Johor Bharu. Ni view dari atas dalam bilik.

Rate sehari lupa dah berapa time ni.Gambar bilik tah mana tah hilang,tahun lepas punya cerita kannn. Ni pon nasib je ada gambar bila korek-korek folder.


Cantik bangat dong!

Tengok view dari dalam bilik ni macam cantik je swimming pool ni. Jom ah turun tengok.



Cantik swimming pool dia. Time ni aku tengah pregnant. Ada yang kata tak elok lah mandi swimming pool nanti kena infection lah apa lah. Tak tahu lah betul ke tak. Tapi aku memang tak ada mood nak berenang kuak lentang pon time pregnant ni. Suruh husband je lah berenang kalau dia nak, aku boleh teman kan.



Tapi dia pon tak nak berkubang. Nak mandi swimming pool nak ada aku jugak. Kalau sorang-sorang tak nak, tak feeling kata nya. Gedik juga dia ni kadang-kadang. Tolak masuk swimming pool karang baru boleh dia faham apa erti feeling sebenar agak nya. So layan view je lah kejap dekat sini.






Dah habis layan view dekat swimming pool tadi. Pergi Puteri Harbour Waterfront pulak. Tak ada apa sangat dekat sini. Cuma tempat ni boleh santai-santai jalan-jalan dekat tepi waterfront sambil tengok kapal-kapal layar berlabuh. Macam-macam jenis kapal ada. Ada kapal besar,kecik, kapal dari  Mediteranean, Eropah, South Africa, America dan dari seluruh dunia lah kata nyehhh.




Ahhh aku bukan nak tengok kapal sangat. Apa yang penting? MAKAN! Ye! Makan ye! Nak makan pon harus lah yang sedap!

Ramai gila suggest suruh aku try Kacang Pool Haji, Larkin Bomba ni. Kitorang suami isteri pon memang tak pernah try lagi. So moh lah kita try ye. First round order kacang pool,pepes dengan lempeng pisang.

Rasa?

Semua sedap!!! Haha. Time ni pulak aku tengah pregnant. Mak buyung makan beb. Memang selera je lah beb. Tu pon tak tahu ke beb?



Murah je kacang pool ni. Makan dengan roti tebal ni. Satu set harga RM4.00 je uolss. Roti tu tebal tapi lembut. Makan cicah-cicah selet roti dengan kuah kacang pool tu pastu ngapp masuk mulut.Mmmm dap nyerrr. Picit limau,kacau-kacau,makan gitu pon sedap je kacang pool ni.


Aku tengok meja sebelah order tauhu bakar. Depa makan macam sedap je. Aku pon order lah jugak.

Second round. Abc special dan tauhu bakar.

Rasa?

Dua-dua sedap!!! Haha. ABC tu sedap nak matik.

Aku bukan peminat tauhu bakar tau tapi yang ni sedap ah pulak sebab sos tauhu bakar dia tu sedap. Sos dia manis-manis pedas. Dappp.



Ni alamat kalau korang nak cuba-try-test makanan dekat sini pulak.

No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, (Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak), 80000 Johor Bahru.

Tempat ni food court. Bagi aku best ah sebab boleh try macam-macam makanan. Majoriti makanan dekat sini semua marvelous! Harga pon murah nak matik! Heee.



On the way nak balik hotel, nampak orang jual kuih. Nampak menggiurkan pulak semua kuih ni lalu aku tapau lagi bawak balik hotel. Udang celup tepung pon ada jual. Macam-macam aku bungkus. Pau sambal,goreng pisang,cekodok pisang,udang celup tepung,tempe goreng, karipap.Oih sedap nya. Heaven betul jadi mak buyung ni. Kenyang baby aku dalam perut makan macam-macam. Kihkih. 


Ni lah perangai kongasam mak-mak mengandung ni. Dia yang pelahap nak makan macam-macam,salah kan baby pulak nak makan. 




ok nanti sambung lagi part 2 ke JB ni. Bye!

11 comments:

  1. Suke sgt life cik epal! Ada family yang happy muda muda lagi.share tips sket please! Love

    ReplyDelete
  2. I orang Johor pun belum pernah try kacang pool haji ni.. ngencess..

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat jalan-jalan. Nampak sedap tauhu bakar tu...nyummm...

    ReplyDelete
  4. Orait. Kacang pool. Selalu baca orang cakap sedap. Nak rasa tapi sampai sekarang belum berkesempatan.

    lepas tu..tuuu..abc dengan tauhu bakar!! sedapnye lahai...terus lapar perut ni..hmm. hmm

    ReplyDelete
  5. tQ cikepal buat entri kt Johor..try x Murtabak Cheese Kg Kurnia?sedap woo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ada try jugak. nanti cerita next entry haha makan je kerja :D

      Delete
  6. Salam, wahhh seronok round JB...tidur kat hotel mahal tuuu~ erk, bagi saye Thistle Hotel tu kira cam 5 bintang lah, hahaha sebab nampak gah! Yesss....kacang pool larkin mmg terbaik, isteri owner tu pelakon Wan Maimunah...cawangan nye ada kat Plaza Angsana je, sy selalu pegi kat angsana tu je..mmg terbaik! Nanti datanglah jb lagi..hahah :D

    ReplyDelete
  7. Setiap kali balik JB cakap dengan mak sarapan nak dekat kacang pool yang dekat bomba

    ReplyDelete