Monday, September 28, 2015

Sekeping Kong Heng , Ipoh Perak. Style gila tempat ni!

Ni cerita tahun lepas jugak. Baru nak update. Hihihi. Time ni seketul Han pon tak wujud lagi di dunia  yang fana ini :D


Sampai-sampai je Sekeping Kong Heng Ipoh ni. Nampak ada kedai gunting rambut. Tetiba si jofliam tu nak potong rambut. So tunggu je lah dia sampai selesai rambutnya digunting.



Nasib baik kejap je pakcik ni gunting rambut. Ok je lah tunggu sebab boleh check in hotel pukul 2pm. Kitorang sampai awal pulak around 11am. Jalan-jalan cuci mata sikit dekat sini and makan-makan dekat plan b dulu.

Dah pukul 2pm. Terus check in.

Bila masuk je bilik ni, mulut terus berkata

"waa cantiknyaaa,style gilaa, unik nak matik tempat ni"

Haha tapi memang lawa ah. Tak tipikal macam hotel-hotel lain.



Si jofliam ni memang tak habis-habis lah dengan trade chart forex dia.

Aku mahu menghirup udara segar saja. Laptop-laptop tolong pergi mereput dan jauhi aku. Malas nak layan. Tapi update instagram boleh! Heee.




Old skool tempat ni. Tapi unik. I loikeee~



Dok layan-layan chart.



Lepas tu tidur. Sempat pulakkk dia tidur dekat balcony ni.


Esok pagi nya breakfast dekat Hollywood. Kemain dari Ipoh naik flight ke Hollywood semata-mata nak sarapan pagi. Ko hado? Hihihi.

Bukan pergi oversea sampai Hollywood untuk breakfast. Tapi nama restoran ni Hollywood. So boleh lah acah-acah sarapan pagi dekat Hollywood.

Ni roti telur goyang. Antara makanan yang famous dekat sini. Rasa dia ok ok je lah macam rasa telur makan dengan roti je lah :D




Caramel pon biasa je bagi aku. Tapi chee cheong fun udang dia aku suka. Confirm esok pagi nak makan dekat Hollywood ni balik.






Esok nya (hari ke dua)  kitorang tukar bilik pulak. Saja tak ada kerja nak merasa duduk semua bilik yang ada dekat sini. Ni room 2 O'clock. RM400/night.


Deko dia aku suka lah. Minimalis je konsep dia. Tapi syle.

Nampak tangga tu? Dekat atas tu ada katil. Kalau nak tidur atas tu boleh jugak. Bilik ni ada 2 katil. Satu lagi dekat bawah.


Ada dapur juga. Yang suka masak-masak time travel jangan risau. Boleh je lah nak masak apa pon.

Jalan hujung belah kanan tu ada katil lagi satu dengan toilet. Tapi gambar aku lupa pulak nak ambil.

Ni bahagian luar. Nak lepak-lepak baca surat khabar ke majalah ke. Boleh lah duduk sini.



Lusa nya pulak (hari ke 3), kitorang tukar bilik lagi. Ni bilik 4 O'clock. Harga RM400/night jugak. Hari ke tiga ni tukar bilik sebab husband aku buat kelas forex. Nak tempat luas sikit lah. Bagi student  dia selesa sikit nak belajar.



Budak-budak kelas dia tengah belajar. Apa dia bebel nya tah.


Bilik ni lebih kurang je dengan bilik hari ke dua yang kitorang duduk tu cuma dia besar sikit.



Katil style begini macam rumah studio dekat Empire Damansara tu.  Ada lah jugak rasa nak duduk situ dulu sebab macam style je tapi memandangkan berfikir panjang,tak jadi duduk situ. Sebab nanti dah ada baby,anak ramai ke apa (amboi) macam susah lah pulak nak turun naik tangga untuk tidur kalau duduk situ.


Tapi kalau hotel nak duduk sekejap-sekejap. I ok jerrr :D

Turun dari katil atas je terus berkedut cadar.




Tempat ni macam best tau kalau nak bawak family atau kawan ramai-ramai nak berjimba. Tapi toilet je problem.Toilet dia dekat semua bilik see through. Dapat pulak family members atau kawan yang suka skodeng nak pedajal, boleh bikin cuak dan tak tenang jugak lah ketika mandi. Berhati-hati sajalah dan jangan pandang belakang. Muehehe.





Macam biasa. Sebelum balik, breakfast dekat Hollywood lagi. Ni tengok orang buat Chee Cheong Fun.

Simple je sebenarnya chee cheong fun ni. Tapi aku suka.Dia macam kuey teow tapi bukan kuey teow. Dalam dia ada isi. Selalu ambil chee cheong fun udang je.

Dekat Hollywood ni ada banyak gerai kecik-kecik. Suka breakfast dekat sini sebab banyak menu boleh try. Cuma nak datang sini kena awal lah. Kalau datang lambat sikit je,memang susah ah nak dapat seat.

Ni mee hape tah husband aku try. Tapi yang penting tak sedap. Aku tengok dia makan lepastu terus buat muka cencurut and letak tepi mangkuk ni. Tu faham-faham saja lah memang tak sedap. 


Kalau aku pergi Ipoh ni, memang dua tempat ni je lah selalunya aku pergi. Sekeping Kong Heng dengan Hollywood.


ok nanti sambung lagi, bye!

10 comments:

  1. Uniklah hotel ni. Macam best nak try tidola nanti. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. wow... nice place... klasik sgt... :)

    ReplyDelete
  3. bestnya! kalau cmni penat berjalan pun xpe sbb hilang penat, puas ati sgt!

    ReplyDelete
  4. Peh, macam best je hotel ni sis. Cantik dan unik =)

    ReplyDelete
  5. pernah dengar pasal tempat ni. kreatif kan mereka ni, boleh cipta banggunan lama jadi hebat macam ni. Lagi satu suka sekeping serendah. Hehehehe

    ReplyDelete
  6. sedap telur goyang tu, toilet dia takde privacy camtu.

    ReplyDelete
  7. cik epal..cemana nkjoin class forex tu?tq :)

    ReplyDelete