Wednesday, September 30, 2015

Masalah jerebu dan nyamuk? Guna lah Sharp Air Purifier


Sekarang ni kan musim jerebu, elok sangat lah ada Air Purifier dekat rumah.




Excited sangat dapat produk ni sebab dapat menjadi antara pengguna pertama yang guna. Produk ni ada dekat pasaran minggu depan.






Dalam kotak ada kertas macam mana nak pasang Air Purifier ni. Tapi bila bukak benda ni, jangan lupa buang plastik dalam ni tau. Nanti kipas nya tak berfungsi pulak kalau tak bukak plastik. Lepastu kena pasang sticker. Ada 2 sticker dalam kotak ni. Tapi pasang satu je lah. Lagi satu simpan untuk guna next time.



Ni lah dia produk ajaib itu, Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher Air Purifier. Ia adalah 3-in-1 kerana ia mempunyai tiga fungsi – Plasmaculster, Air Purifying, dan Mosquito Catcher.


 Air Purifier ni lain sikit dari yang biasa sebab ia bukan untuk Plasmacluster dan penapis udara kotor je tapi nak perangkap nyamuk pon boleh. Sesuai digunakan sekarang sebab kita tengah teruk diserang jerebu ni,udara pon dah tercemar dan beberapa tahun ni terdedah dengan demam denggi.



Mode yang kita boleh pilih.

Time malam boleh pilih sleep mode. Memang tak kan ganggu tidur punya, tak dengar bunyi lansung tapi benda ni still berfungsi lah.

Nampak tak lubang-lubang ni? Haa dekat lubang ni lah nyamuk akan terperangkap nanti. Dalam ni ada sticker. Bila nyamuk masuk je dalam lubang ni, memang dia tak kan boleh keluar balik sebab confirm akan melekat dalam tu. Padan muka kau nyamuk! Kerja nak gigit orang je. Rasakan! Gam dalam tu kuat woh. Function untuk Mosquito Catcher ni baru tau! SHARP cipta function ni sebab kes denggi kan teruk beberapa tahun ni dekat Malaysia.


Kalau ikut research, nyamuk prefer ruang yang sempit. UV light ni pon antara faktor nak menarik nyamuk untuk masuk dalam lubang ni. Aliran udara yang kuat akan menyedut nyamuk untuk masuk dalam ni lalu melekat dekat glue sheet dekat dalam tu. 


Lagi-lagi benda ni warna hitam. Nyamuk kan memang suka benda-benda hitam ni. Sebab tu kalau balik kampung time raya ke apa,kita tak digalak kan pakai baju warna hitam time tidur. Kau pakai baju hitam time tidur,memang mengundang ah kena gigit nyamuk.



Kalau tekan Haze mode,akan keluar lampu macam ni. Bunyi yang keluar pon tenang je. Aku suka haze mode ni, sebab sekarang ni memang tengah jerebu teruk gila kan? Memang setiap masa aku pasang Haze mode je. Risau dekat baby. Nak dia hirup udara yang segar je. Tak nak dia bernafas dalam jerebu. Huhu.





Aku suka gila Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher Air Purifier ni! Ada warranty 3 tahun tau. Boleh protect family daripada sebarang penyakit yang tidak diingini. Boleh tangkap nyamuk dan dalam masa yang sama satu family akan hirup udara segar je.  Tak payah susah-susah pasang ubat nyamuk setiap malam atau sembur penyembur nyamuk yang ada bahan kimia tu lagi dah.  Lepas ni boleh tidur dengan tenang tanpa gangguan nyamuk durjana ituwww :D

Ni ada video pasal Sharp Air Purifier ni.



Harga pasaran RM1049
Tapi sekarang ada promosi, RM999 je.
Bila dah keluar minggu depan, jangan lupa grab satu tau!




ok bye!


18 comments:

  1. Hello Cik Epal, thats is a nice air purifier. I guess with that bad haze, this a good investment.
    You keep well, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Wah mmg terbaiklah....xde lagi bau ridsect hehe...nti nk usha lah

    ReplyDelete
  3. Best tu..rare la , siap ada perangkap nyamuk..bagus utk org yg duduk area kes denggi tinggi;)

    ReplyDelete
  4. kalau ada rezeki lebih nk kene beli ni.. sbb skrg ni udara teruk.. rmh pun habuk cepat je sbb jln laluan utama...

    ReplyDelete
  5. Salam cik Epal, i noticed there's a strange code right next to your URL. Is that has something to do with the adds you apply in your blog ? or is it because of the new template/widget that you apply in your blog ?

    I just doing some changes towards my blog, editing the template and stuff, then i took this template from so many website to another, then i realize, my URL became like what you are having now. Then i deleted the new template/widget that i applied to my blog and the "strange code" right next to my URL has gone. So i think you should recheck back the new template/widget that you applied so that the code will be gone.

    I don't know what code is that. maybe someone put it to gain profit from people who's using the template, i don't know. I just assuming. In fact, it was bother me so much to have a "strange code" at my blog URL. that's why i was so concern about it. If you don't mind about it, you dont have to worry anything =D

    have a good day cik epal ! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. strange code apa eh? bila bukak blog sendiri, tak ada nampak apa-apa yang pelik pulak. URL jadi macam mana? tak berapa faham huhu

      Delete
    2. kalau bukak lalu phone dia tak keluar, tapi kalau bukak lalu laptop baru nampak.

      macam nie hah :

      http://cikepal06.blogspot.my/2015/09/masalah-jerebu-dan-nyamuk-guna-lah.html#.Vg1lWi6qqko

      Tetibe ada hashtag belakang html tu. Itu lah strange code yang saya maksudkan.

      Delete
    3. oo paham dah. aah lah .ada strange code lah. macam mana nak hilangkan benda tu? ada tutorial tak? :)

      Delete
    4. tak ada. cumanya saya delete balik template2 baru yang saya tambah dekat blog. try and error setiap template. and finally sy jumpa template mana yang menyebabkan strange code tu muncul.

      Delete
  6. wow....ada juga benda macam ni ye..sudah pastinya time jerebu macam ni ada yang akan beli

    ReplyDelete
  7. Wahhhh... Terbaik la... Minggu depan ke kuar Cik Apple comel ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. this week dah ada dekat pasaran. boleh beli dah :D

      Delete
  8. Cantik menarik kau mmg de bomb ni Cik Epal 😍. Jerebu teruk kat melaka skrng ni. Mmg tgh2 plan nk beli air purifier 1. Letrik kuat x?

    ReplyDelete
  9. cantik dan sangat praktikal nampaknya cik epal. memang patut ada la kan. dengan kes demam denggi lagi yang memang tak boleh nak diagak :) tq berkongsi!

    ReplyDelete