Tuesday, August 25, 2015

Try Aiskrim Gulung, Kerabu Bronok dekat Langkawi

Sambungan ENTRI LEPAS. Hihi. Sebelum nak jalan-jalan,bergambar dekat hotel ala-ala omputeh ni dulu.


Seketul Han main dengan sepupu dia. Terkekeh kekeh dia gelak. Pastu membebel hape tah. Tak faham aku apa dia bebel-bebel.



Destinasi pertama adalah cable car. Harga nak naik cable car dekat Langkawi ni tertera di dalam gambar. Jangan lupa bawak myKad. Dapat diskaun. Tapi siapa je lah yang keluar rumah tak bawak IC, ye dak?



Semua kaum keluarga naik dalam satu cable car.



Tiap kali pit stop, nanti mesti ada orang tukang ambil gambar satu family. Mak mertua aku ni rajin betul beli gambar-gambar dorang print tu. Buat kenangan kata beliau. Pastu balik rumah, dia letak gambar yang dia beli tu dekat tempat frame-frame keluarga. Auww co cuwitt angattt. Kihkih.

Seketul Han ok je duduk dalam cable car. Nasib baik tak mintak susu dalam ni.



Turun dari cable car, nampak kedai durian ni. Try lah beli durian crepe, durian parfait dengan durian goreng. Durian goreng je sedap bagi aku. Yang lain so-so je.



Pastu naik gajah. Ingatkan dekat Thailand je boleh naik gajah ni, tapi dekat Langkawi pon ada hokay. Bayar RM150 untuk 2 plus 1. Naik lah aku suami isteri dengan anak buah aku. Tak ada pon scene pukul-pukul atau ketuk gajah ke apa nak bagi dia jalan. Pandai je gajah ni round satu pusingan membawa diri tau. Elok je dia hafal direction nak pi mana. Mesti kecik-kecik dulu banyak makan kismis minda.


Good job gajah! Kipidap! Dongibap! Dudabest! Do the best among the best coz the best is the best among the rest. 

Ok over sangat sokongan terhadap gajah.



Gajah ni nama Lasah. Umur dia dah 35 tahun. Naik gajah ni dekat Langkawi Elephant Adventures. Sama tempat dengan cable car tadi.

Pastu lapar. Dekat instagram aku (https://instagram.com/cikepal06/) ramai jugak lah yang suggest aku suruh try kerabu bronok. Tak lengkap datang Langkawi kalau tak try kerabu bronok katanya.First time aku dengar nama kerabu bronok ni. First time gak nak try.


Bila google bronok. Ni yang keluar. Mak aihhhh seram gak tengok rupa bronok ni. Hahaha.

Tadi bronok. Ni kerabu bronok. Aku makan ni dekat Restoran Siti Fatimah. Restoran ni memang famous dengan kerabu bronok. Aku waze je Restoran Siti Fatimah. Nanti waze tu bawak lah ke jalan yang benar.



Husband aku ni ambek kerabu bronok tak agak-agak punya banyak penuh sepinggan. Ingatkan dia nak makan sorang. Rupanya suruh kongsi ramai-ramai. 


Rasa kerabu bronok ni macam kenyal-kenyal gitu. Tak reti nak explain macam mana tapi bagi aku tekstur dia macam tulang ayam warna putih yang lembut tu. Haa camtu lah. Ok lah sedap gak kerabu bronok ni.


Pinggan aku. Kalau aku makan nasi campur memang wajib ada begedil. 



Dah selesai makan kerabu bronok, pastu naik go kart pulak. Weehuu.

Akak ipar aku naik gak.

Ada lah dalam 5-6 round pecut naik go kart ni.

Ni dah habis dah. Sebelum nak naik go kart tu nanti diorang bagi helmet, yang perempuan pakai tudung dia akan bagi jacket.


Pastu kitorang pergi The Zone Langkawi try aiskrim gulung.



Seronok pulak aku tengok orang ni buat aiskrim gulung.

Try 4 perisa. Perisa durian,strawberry,raspberry dengan oreo. 

Rasa dia ok lah kurang manis. Aku paling suka perisa durian. Yang lain biasa-biasa je rasa dia bagi aku.

Tengok Han seronok main dengan opah dalam kereta. Cantik ah tu. Boleh tinggal jap dengan opah. Boleh mama dengan papa main parachute pulak. Hihi.



Sebelum nak naik parachute,begitu tekun masing-masing tengok orang lain yang main parachute. Nak tengok lah macam mana gaya nak landing dengan cemerlang nya.



Sebelum nak naik aku dah jatuh dah dengan suami aku. Sakit woo. Berdarah kaki aku. Bila dah terbang dekat atas awan sana seronok lah. Bila nak landing,abang tu dah bagi tahu suruh lari-lari anak. Aku pon lari-lari anak lah, alih-alih tersembam macam nangka busuk suami isteri di situ. Ok lah tu bang. Naik sama-sama,jatuh sama-sama sangat konsepya.



Yang mak mertua dengan akak ipar aku tengok gak kejadian ni. Ingatkan nak simpati, rupanya terkekeh-kekeh dorang gelak kan. Kongasam! Haha.


Malam tu kitorang pergi dinner dekat satu kedai seafood ni. Dalam pukul 3-4 pagi aku dah pelik apasal lah perut aku sakit gila ni. Sakit gila macam nak beranak tu tahu tak rasa dia. Pastu asyik ulang alik toilet cerry berry pastu muntah. Husband aku dah risau dah. Dia nak bawak aku pergi hospital. Aku cakap tak payah ah,lepas ni elok kot.

Alih-alih setengah jam kemudian, husband aku lak sakit perut memulas yang amat. Cerry berry dengan muntah gak. Dia lagi teruk ah muntah banding dengan aku. Bergelen-gelen muntah dia. Haha.  Dah lain macam sangat ni rasanya. Pastu terus pergi bilik akak ipar aku,suruh dia bawak kan kereta pergi hospital mana-mana yang dekat. Sampai-sampai je hospital,dorang bagi aku and husband wheelchair. Elok je baru duduk dekat wheelchair,husband aku pergi muntah habis penuh lantai hospital tu. Perghh muntah lagi dia ni.Banyak gila lak tu.Nasib baik nurse yang bawak wheelchair tu sempat elak,kalau tak lencun habis baju dia tak pasal-pasal dengan muntah.Euwww. Haha.


Masa dekat hospital tu,aku ok lagi. Cuma rasa sakit perut je lah. Nurse cek hearbeat and perut semua. Tanya aku baru lepas bersalin ke apa. Pastu aku kena tahan sebab heartbeat aku rendah. Takut aku pitam katanya. Husband aku ok lak boleh balik padahal aku nampak dia yang lagi teruk dari aku. Aku pon pasrah je lah duduk dalam hospital.


Dalam pukul 5-6 pagi tu akak ipar aku lak kena tahan masuk dalam hospital. Yayy ada gak geng aku dalam hospital ni. Hahaha. Last-last semua ahli keluarga kena cirit birit sakit perut memulas. Doktor cakap ni kena keracunan makanan ni. Mak mertua aku je tak kena sebab dia tak makan sangat. Esok nya adalah pegawai pemakanan kat hospital tu interview aku,husband,and akak ipar semua. Tanya detail dari awal sampai Langkawi sampai sebelum datang hospital ni makan apa. Kitorang cerita je lah makan itu ini semua. Sebab dorang kata kalau sorang dua yang kena maybe salah makan. Ni dah sampai 5-6 orang kena ni, memang keracunan makanan ah. Restoran tu boleh kena saman katanya.


Kitorang syak kedai seafood yang kitorang pergi makan malam tu. Sebab owner hotel kitorang pon cakap kedai seafood tu memang banyak bad review. Tapi aku lupa lak nama kedai tu. huhu.



Seharian aku duduk dalam hospital. Sebenarnya kena duduk lagi 2 hari tapi husband aku mintak aku keluar. Rindu katanya. Kahhh. Nasib baik boleh keluar,sehari tak jumpa anak aku rindu pulak rasa. Waaaa jiwa mak-mak sangat. Hikhik

Bila aku upload gambar ni dekat instagram aku, ramai yang mention
"waa branula grey"
"mak aih. Grey tu"
"branula grey tu. Nangisss"

Aku pon pelik, apahal dorang ni dok komen pasal branula grey aku ni. Cuba lah komen plaster aku tu nampak cute dan comel sebab ada teddy bear ke apa. Sebab curious, aku pon google lah pasal branula ni.

Perghh baru aku tahu,branula grey yang kena cucuk dekat tangan aku tu antara branula yang paling besar rupanya . Pitam mak jemah. Hahaha.




ok bye!




35 comments:

  1. ya allah daripada happy2 holiday masuk spital plk ye....lepas ni kena hati2 la kalau p travel kan..tke care!

    ReplyDelete
  2. sian akak.mudahan cepat sembuh ya..Amin....

    ReplyDelete
  3. Adus.. tu yang tak best bila holiday kena keracunan makanan kan? huhu

    ReplyDelete
  4. Paling menarik aiskrim gulung... cantik...

    ReplyDelete
  5. baru tau jugak pasal branula tu...ingat semua sama hehe...thanks

    ReplyDelete
  6. boleh try kerabu bronok n aiskrim gulung tu nnt... comel nya Han..

    ReplyDelete
  7. best nyer...tu la takut nak makan luar sekarang...takut jadi macam ni la...tak pasal2 masuk wad..Tolongla Cik Epal ingatkan kembali restoran apa tu..Sebab takut t Fidah pulak terkena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lupa apa nama restoran tu. Kalau ingat dah tulis dah. hehe. tapi jaga-jaga je lah nak makan dekat sana

      Delete
  8. ais kerim gulung tu yg sedapp ^_^

    *zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Masa bersalin branula ape yek?tetibe terasa kengerian

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perasan pulak. sebab baru tahu ada macam-macam warna. time bersalin haritu memang tak tengok pon lah branula warna apa. ingatkan semua sama. haha

      Delete
  10. erkkk...branula paing besor, paling panjang!

    trip yang penuh suka duka..

    ReplyDelete
  11. Branula grey besornya mak aih... hahahaha

    ReplyDelete
  12. Hahaha.. Keciannya cik epal.. Tapi ayat yg last skali tu klakar plak dengan comment branula tu..

    Lepas ni kena hati2, bahaya jgak kena keracunan makanan.. Blh kurang air dlm badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dehydrate. sebab tu kena tahan haritu. sebab doktor takut pitam

      Delete
  13. banyak nak komen nih... dah ceritanya pun banyak kan

    1. rupa bronok tu tengok alahai... ewww... tak boleh blah betui rupa dia... geli.......
    2. tengah sedap2 baca sekali cite ke spital pulakkkkk..... sila kongsi dan tangkap gambar kedai seafood mana tu... bahya utk kesihatan org lain jugak tuuuuu
    3. pun baru tau jarum pjg tu..... gauge biru tu macam plastik je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1-tapi try lah kerabu bronok tu. baru lah lengkap pergi langkawi. hihi
      2-tu lah tak ingat pulak nama restoran tu. tanya kaum keluarga yg lain pon semua dah hilang ingatan.kalau ingat,memang dah tulis nama restoran tu
      3-tak tahu lah biru tu plastik ke apa.tengok semua macam sama je haha

      Delete
  14. teruje ngan ice cream tu, thanks for the good sharing :) btw luv u blog,teringin nak ada blog macam u tapi x reti nak wat hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat je lah blog. pastu tulis entry apa-apa. dah ada blog sendiri. hehe :D

      Delete
  15. itu ke nama natang tu? baru tahu, ingatkan nama dia drip,hiks. btw kena cirit memang menyeksakan. muntah lagi, marathon pegi jamban lagi, adoiyai. pengalaman betoi kan. . nasib Han belum makan, kalau budak kene cirit lagilah susah plus kesian sangat. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. branula boleh. drip pon boleh kot. haha.
      tu lah. kesian dekat baby je. huhu

      Delete
  16. Laa baru tahu gak pasal branula tuu.. :)

    ReplyDelete
  17. scary juga kena keracunan makanan ni kan. jaga diri cik puan epal. :)

    ReplyDelete
  18. alamak takut plak nak mencuba makan seafood kat langkawi nie...huhuhu

    ReplyDelete
  19. memula syok je baca.. at the end.. sobsobsob.. branula grey tu..

    ReplyDelete
  20. Alright I'll definitely gonna try this . !!

    ReplyDelete
  21. ok,baru taw jugak sal branula grey tu..wakakaka

    ReplyDelete
  22. pergh icecream gulung tu cam sedap n cantik je dlm gambar...
    pasal branula grey tu iols pon baru tau...

    ReplyDelete
  23. best nyeeee....lama dah sye x online...1st post sye stalk kat blog cik epal..hihi... bleh la sye try jgk mse nk gi langkawi nanti.... counting days...hihi

    ReplyDelete
  24. Bronok? Macam gamat je atau betul gamat? Bronok? erks.

    ReplyDelete
  25. Ada kedai durian? Mak aiii nampak menyelerakan durian goreng tu hahahahahaha cryyyyy

    ReplyDelete
  26. cik epal, yg parachute tu parasailing kn? naik dkt mana? tanjung rhu or pantai chenang? brape bayar? sbb ingat nk pegi trip ngn kwn2 so nk budget harga brape. nnti reply eh. thank u :)

    ReplyDelete