Tuesday, August 18, 2015

Seketul Han dan mama Han dalam majalah Ibu & Anak . Hee



Featured in Ibu & Anak magazine. Edisi Ogos 2015. Thanks majalah Ibu & Anak! :)

Featured dalam ruangan tamu blogger. Dunia baru Cik Epal katanya. Kemain ko jahh.Hee.

Memang terasa dunia baru sangat tahu? Sesuai betul lah wartawan tu bagi tajuk begitu.Rasa life ada sikit perbezaan lah bila ada baby ni. Time pregnant haritu,beriya-iya tak sabar nak tunggu baby keluar. Bila baby dah keluar rasa seronok dan tak sangka dah kertu pegang status mak-mak sudah. Kihkih.

Tapi bila baby menangis meraung tak tahu dia nak apa, kadang-kadang ada lah rasa macam nak masuk kan dia dalam perut balik kasi diam. Haha.

Perbezaan ketara ada lah waktu tidur. Masa hidup berdua dengan suami memang tidur aman damai nyenyak saja. Tapi masa dalam pantang agak mencabar gak ah bagi aku nak sesuaikan diri bangun malam-malam baby nangis nak susu. Baby menangis sampai aku-aku pon ikut nangis sekali. Haha. Cewek ngembeng betul.


Tapi sekarang Alhamdulillah dah boleh adapt dah masa tidur dia. Memang dah tahu lah dia akan bangun pukul berapa nak susu. Cuma sekarang dah tak boleh tengok wayang dah. Aku dengan suami dah lah dua-dua kaki wayang. Semenjak ada baby ni nak tengok movie pon semua download aje lah layan dekat rumah.


Seketul Han sedang bergembira.

Dia ni kalau kita dukung dia kemain gembira. Tak kisah lah sesiapa yang dukung pon. 

Seketul Han dengan nekma (ibu aku).

Memang gembira saja kena dukung.


Seketul Han dengan opah (emak mertua ku).

Kerja nak main je. Suka lah orang layan dia.



Seketul Han dan mama Han. hihihi.

Ramai orang cakap muka Han ikut suami aku. Memang pergi mana-mana pon selalunya ramai cakap dia ikut muka papa dia. Yang kata ikut muka aku adalah seketul dua. Haha. Sampai ada sekali ni jumpa orang masa open house. Ada yang cakap

"ni ikut muka siapa ni? macam muka papa dia lah"

aku pon cakap lah "aah memang muka macam papa dia."

pastu dia kata "tak terasa ke orang cakap ikut muka papa tak ikut muka mama dia?"

"laaa nak terasa kenapa. Ok lah tu ikut muka suami sendiri. Terbukti lah memang anak dengan suami.Dari ikut muka suami orang lain berperang lak kang. Hahaha"

Aku pon pelik asal dia tanya gitu. Tapi perasan gak lah ada sesetengah mak-mak sentap kalau anak nya di kata ikut muka ayah nya 100%,tak ada sikit ikut muka dia lansung. Penat-penat beranak orang cakap ikut muka bapak tak ikut mak,memang sentap lah katanya. Pelik-pelik je lah haiiii. Kalau kata anak ikut muka ayah pon tu suami korang kot.Tu pon nak sentap. Hairan betul aku.Tapi aku takde hal pon anak ikut muka siapa janji anak aku sihat. Hihi :)


Eh. Aku nak cerita aku masuk majalah je dalam entry ni. Tetiba melalut bab lain pulak. Mintak mahap habang hakak. Spesis suka membebel memang camni. Haha. By the way, thanks majalah Ibu & Anak kerana sudi menemubual saya. Ehehe.



ok bye!










25 comments:

  1. Buat pertama kali singgah lepas Puan Epal ada baby.... Assalamualaikum Han....hhahaha

    ReplyDelete
  2. akhirnya ada jugak entry pasal Han.. hai Han.. meh sini uncle nak dukung sikit meh,..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah..Assalammualaikum bby han..

    ReplyDelete
  4. Hahaha boleh melalut cerita lain. Saja nak bagi orang beli la ni. Hehe comelnya Han macam parent dia jgak 😄😄😄

    ReplyDelete
  5. hahah..comelnya han..dah masuk majalahhh

    ReplyDelete
  6. Comelnya baby..haah..masa mula-mula dapat baby bila baby kembung perut memang ibu sekali turut menangis. Tapi lama-lama dah ok dah..

    ReplyDelete
  7. Hahaa, comel la seketul han ni. Eh? A'ah, baru perasan. Syok sangat dok membaca, padahal nak cerita ttg masuk majalah dah meleret membebel sendiri.Cik Epal memang begini. hee. Btw, i love ur story :))

    ReplyDelete
  8. qute giler seketul Han..Untie nak cubit sikit pipi gebus tu boleh tak:-P

    ReplyDelete
  9. aah muka anak kita pon 100% muka somi kita. kita suka jeeeee.. dah tentu2 anak dia. nak ikut muka sapa lak. dari jauh orang dah tau mana bapak si kim. HAKHAK

    ReplyDelete
  10. haah kan, kalau anak ikot muka suami, ape ada hal...suami sendiri,...lain la ikut muke orang lain, nanti lagi la dipersoalkannya..

    manusia tak pernah henti menyoal, mungkin. XD

    ReplyDelete
  11. olololooo.. comel dedua mama han dan seketul han.. tahniah la dah featured in mag lagi sekali.. :D

    ReplyDelete
  12. hihi...comel han....muka ayah ke mak jnji anak kte kan..hehe :)

    ReplyDelete
  13. Hai Han..Aunty singgah sini jengah Han..makin comel Han sekarang kan.. :)

    ReplyDelete
  14. Kan eloklah ikut muka papa die sah tu sumbangan papa die..kang tetibe muka Zul Ariffin engkorang jeles pulak

    ReplyDelete
  15. Comelnya seketul Han itu..

    Akak pun dah lali anak 3 sorang pun tak ikut muka daku. Huhu.. Berdoa juga semoga coming soon ikut muka maknya pula tapi version terlajak comel

    ReplyDelete
  16. comel yak mat la seketol han ni... 😋😋😋

    ReplyDelete